Dengan Duit 1 Dolar, Anda Boleh Makan BESAR Takpun Makan Sayur Saja Di Negara Ini!

Mari lihat makanan-makanan sedap apa yang anda boleh beli dengan duit satu dolar Amerika. Lepas ini tahu dah nak melancong ke mana dengan makanan murah!

Duit satu dolar Amerika (bersamaan dengan 3.90 - 4 ringgit) tidaklah banyak mana. Namun sebenarnya, ia boleh beli pelbagai makanan juga!

Tak percaya? Mari kita lihat makanan apa yang boleh dibeli dengan duit 1 dolar Amerika di negara serata dunia menurut Bright Side.

Makanan dengan duit satu dolar di benua Amerika

1 - Kanada

duit satu dolar, makanan, negara, dunia, makanan seluruh dunia

Di Kanada, duit satu dolar hanya boleh digunakan untuk membeli seikat daun salad. Wah, boleh kurus kalau makan salad setiap hari!

2 - Amerika Syarikat

duit satu dolar, makanan, negara, dunia, makanan seluruh dunia

Kalau di Amerika Syarikat, duit satu dolar boleh beli sepotong pizza. Kira-kira cukup kenyang, tak?

3 - Peru

duit satu dolar, makanan, negara, dunia, makanan seluruh dunia

Senang betul nak kenyang di Peru. Dengan duit satu dolar Amerika, kita boleh makan makanan khas Peru iaitu Aji de Gallina, yang dibuat dari ayam, kentang, telur, saus krim, kacang walnut, cili Peru (aji amarillo), zaitun hitam, dan disajikan bersama nasi.

Wah, sedapnya!

Makanan dengan duit satu dolar di benua Eropah

1 - Rusia

duit satu dolar, makanan, negara, dunia, makanan seluruh dunia

Di Rusia, duit satu dolar boleh beli dua kilo ubi kentang! Boleh buat macam-macam menu kentang ni.

2 - Hungaria

duit satu dolar, makanan, negara, dunia, makanan seluruh dunia

Duit satu dolar di Hungaria dapat membeli kuih tradisional yang disebut Kurtoskalacs. Kuih ini berbentuk panjang dan rasanya manis, garing, dan biasanya diletak taburan gula, kelapa, dan kayu manis.

3 - England

Bila berjalan-jalan di England, duit satu dolar cukup untuk membeli sepotong roti.

4 - Perancis

Di kota yang romantik ini, duit satu dolar boleh digunakan untuk membeli roti Perancis yang panjang dan keras.

5 - Itali

duit satu dolar, makanan, negara, dunia, makanan seluruh dunia

Italia terkenal dengan kopi yang enak dan harganya yang tak terlalu mahal. Secawan kopi espresso dengan kualiti yang baik di Itali hanya satu dolar.

Makanan dengan duit satu dolar di benua Afrika

1 - Tanzania

Chipsi Mayai atau telur dadar dan kentang adalah makanan yang paling biasa ditemukan di Tanzania, Afrika Timur. Makanan ini boleh didapati dengan harga satu dolar Amerika.

Makanan satu dolar di benua Asia

1 - Mesir

duit satu dolar, makanan, negara, dunia, makanan seluruh dunia

Di Mesir, duit satu dolar boleh digunakan untuk membeli makanan tradisional Koshari dan yang penting confirm kenyang.

Koshari adalah makanan tradisional Mesir yang terdiri dari nasi, makaroni, dan kacang lentil yang dicampur dengan sos tomato pedas, cuka bawang putih, serta bawang goreng.

2 - Dubai

duit satu dolar, makanan, negara, dunia, makanan seluruh dunia

Shawarma berisi daging (boleh pilih ayam, lembu, atau kambing) dan sayur-sayuran serta topping lainnya dengan harga satu dolar sahaja! Agak-agak ada tak shawarma yang murah dekat Malaysia ni?

3 - Nepal

duit satu dolar, makanan, negara, dunia, makanan seluruh dunia

Satu dolar di Nepal dapat membeli sepuluh ladu! Ladu Nepal, Momo ini sama dengan ladu dari Jepun, Gyoza.

4 - India

duit satu dolar, makanan, negara, dunia, makanan seluruh dunia

Di antara negara-negara lain, mungkin hanya di India anda akan merasa paling kenyang hanya dengan duit satu dolar. Mana taknya? Duit satu dolar di India dapat membeli satu set menu lengkap yang berisi nasi, kari, dan roti naan. Nyums!

5 - Jepun

duit satu dolar, makanan, negara, dunia, makanan seluruh dunia

Jepun memang terkenal dengan barang yang mahal. Jadi, duit satu dolar hanya dapat digunakan untuk membeli satu coklat sahaja. Lapar? :p

6 - Korea Utara

Di Korea Utara, sebotol susu segar harga lebih kurang satu dolar Amerika.

7 - Korea Selatan

duit satu dolar, makanan, negara, dunia, makanan seluruh dunia

Para peminat drama Korea pasti tahu makanan ini. Iya, mirip dengan sushi dari Jepun, ini adalah kimbap sayur dari Korea Selatan.

Nasi yang digulung dengan nori dan berisi sayuran ini boleh didapatkan dengan harga satu dolar.

8 - Hong Kong

Selain Jepun, Hong Kong juga termasuk salah satu negara yang mahal di Asia. Dengan satu dolar Amerika, anda hanya akan boleh mendapatkan satu tin Coca-cola.

Bagaimana dengan Malaysia?

Agak-agak 4 ringgit boleh beli apa ya? Jom share makanan yang sedap harga 4 ringgit di ruangan komen!

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!