Suami beri isteri ini duit untuk bayar balik susu badan yang dikeluarkan!
Sebagai tanda berterima kasih atas usaha isterinya menyusukan anak mereka, seorang bapa beri duit untuk semua susu ibu! Jumlahnya hampir RM3,000!
Memberi hadiah pada isteri adalah salah satu cara untuk tunjukkan rasa sayang dan penghargaan pada mereka. Ada suami yang memilih untuk membeli bunga atau coklat dan ada juga yang cuba lari dari definisi cliché romantik. Seperti seorang bapa dari Jepun ini yang memilih untuk memberi hadiah yang luar biasa pada isterinya — duit untuk susu ibu!
Bapa ini beri isterinya duit untuk susu ibu pada hari jadi anak mereka
Sebagai tanda berterima kasih anak mereka sudah selamat dilahirkan selama 6 bulan, daripada membeli hadiah untuk si kecil, bapa ini pilih untuk beri isterinya duit untuk susu ibu yang isterinya hasilkan selama dia bersalin.
Ibu ini sangat terharu dan membuat keputusan untuk kongsi kisah mereka di Twitter. Di dalam pos-nya, yang asalnya ditulis dalam Bahasa Jepun, ibu ini berterima kasih pada suaminya.
Menurutnya, suaminya telah memberikan hampir 100,000 yen (RM 3590.50) untuk membayar balik susu yang dikeluarkan olehnya. Kiraan ini bersamaan dengan harga formula yang perlu dibeli selama 6 bulan.
Ketika artikel ini ditulis, tweet-nya telah dikongsikan sebanyak 71,600 kali.
Screenshot: Twitter
Tip untuk menggalakkan ibu menyusu anak (selain dari beri duit untuk susu ibu)
Bukan semua bapa mampu atau mahu untuk berikan duit untuk susu ibu, (termasuk suami saya :p) tapi ada pelbagai cara lain untuk anda sokong isteri susukan anak. Ini adalah beberapa caranya:
1. Ketahui tanda/isyarat anak lapar
Hanya kerana anda tidak boleh menyusukan anak, ia tak bermakna anda tidak boleh ada naluri untuk mengetahui bila anak lapar.
Anda juga boleh pergi ke kelas menyusukan anak untuk menambah pengetahuan anda. Di sana, bukan saja anda akan belajar tip dan cara menyusu, ia juga dapat membantu anda untuk lebih memahami dan menghargai keperluan isteri anda.
2. Sentiasa ada semasa isteri anda memerlukan
Pengetahuan anda perlu sama dengan tindakan anda. Anda adalah pasangan isteri anda. Menjaga anak anda tidak perlu menjadi seperti tugasan rutin yang anda perlu lakukan.
Anggap ia seperti satu cara untuk anda rapatkan hubungan dengan anak anda.
3. Belajar bagaimana untuk bersihkan anak selepas menyusu dan tolong isteri buat tugasan rumah
Untuk memudahkan urusan isteri, cuba untuk membantu isteri basuh botol, pam susu atau mandikan anak selepas menyusu. Anda juga boleh mengambil alih beberapa tugasan di rumah.
Menyusu memang memenatkan dan isteri anda perlukan sebanyak mana tidur yang mereka boleh dapat. Jadi, pertolongan anda sangat membantu!
4. Tukar pampers anak atau sendawakan anak
Hanya kerana isteri anda menyusukan anak, itu tak bermakna yang fungsi pencernaan anak anda adalah tanggungjawab isteri.
Tukarkan lampin anak atau sendawakan anak tanpa disuruh! Ini mungkin tugas yang mudah, tapi ini dapat menunjukkan yang anda mengambil berat dengan membantu isteri anda melakukan tugas-tugas kecil ini.
5. Positif dan terus mendorong isteri
Yang paling penting, anda perlu menjadi tempat untuk isteri anda meluahkan perasaannya. Setiap ibu menghadapai pelbagai cabaran lain apabila menyusu.
Anda boleh lakukan pelbagai perkara walaupun dengan cara yang mudah untuk buat isteri anda rasa istimewa!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber rujukan: theAsianparent Singapore
Baca juga:
5 langkah mengajak suami bantu isteri dengan kerja rumah dan jaga anak