Emosi Apakah Yang Menusuk Ini Apabila Lihat Anak Semakin Membesar?

Emosi Apakah Yang Menusuk Ini Apabila Lihat Anak Semakin Membesar?

Pengalaman sebagai ibu bapa penuh dengan emosi. Anda masih ingat pertama kali tahu anda hamil atau imbasan pertama? Sekarang si kecil itu makin besar... Inilah realiti keibubapaan yang anda harus terima.

Jadi ibu bapa mengajar pelbagai emosi

Pengalaman keibubapaan penuh dengan pelbagai emosi

Contohnya hati rasa lega lepas dengar tangisan anak saat dia lahir.

Hati penuh dengan kasih sayang apabila mendukung si kecil itu untuk kali pertama. Hati teruja apabila melihat anak mengambil langkah pertamanya dan mula berjalan.

Ya Tuhan...

Anda masih ingat masa anda cuba hamil? Perasaan ketika anda melihat dua garisan yang terang pada keputusan ujian kehamilan anda?

Emosi Apakah Yang Menusuk Ini Apabila Lihat Anak Semakin Membesar?

Imbasan kali pertama atau kali pertama anda dapat merasakan pergerakan bayi dalam kandungan? 

Pernahkah anda rasa kagum kerana ada nyawa sedang berkembang  dalam rahim? Adakah anda rasa bersyukur kerana ditakdirkan menjadi ibu kepada pertama hati ini?

Dari peringkat bayi sehinggalah sekarang, masa itu telah berjalan dengan sekelip mata. Tanpa sedar, mereka kini semakin besar.

Apabila saya masuk ke bilik mereka, saya tersenyum melihat karenah kedua-dua anak saya yang tidur macam bersilat atas katil.

"Hmm, sudah macam tak muat lagi katil ini. Nanti kena belikan yang baru..."

Tiba-tiba, saya rasa panik dan badan saya diselubungi rasa sayu yang menusuk hati.

Pada mulanya saya tidak faham emosi yang dialami. Tapi lama-lama baru saya sedar, anak-anak saya sudah besar. Tidak lama lagi, mereka tidak akan memerlukan saya....

Mengapa emosi ini menusuk hati?

Emosi Apakah Yang Menusuk Ini Apabila Lihat Anak Semakin Membesar?

Tiada lagi suara comel yang suka baby talk

Hilang semua lemak montel pada lengan dan kaki. Saya rindu cium bau kepala bayi yang semakin kurang.

Saya masih ingat lagi rupa wajah kecil yang dibalut dengan kain bedung dalam dakapan. Sudikah anak duduk atas paha saya lagi? 

Apabila saya melihat anak-anak saya membesar, saya dapat merasakan emosi yang pahit dan manis.

Ya, memang pengalaman ibu bapa tidak semuanya manis. Kadang-kadang ia boleh melibatkan emosi yang sayu juga.

Anak ibu, janganlah terlalu cepat membesar...

Emosi Apakah Yang Menusuk Ini Apabila Lihat Anak Semakin Membesar?

Kita selalu dengar ibu-ibu mengadu, "jangan membesar terlalu cepat" - ini bukan cliché, ini apa yang semua ibu mahu!

Kanak-kanak akan membesar dengan sangat cepat dan satu-satu cara untuk menghadapi rasa sayu ini adalah dengan menikmati masa bersama anak anda sekarang.

Berhenti seketika.

Jangan biarkan kesibukan urusan harian menghalang anda daripada meluangkan masa dengan anak.

Jangan mengejar kemewahan sehingga anak diabaikan. Ambil kesempatan ini apabila mereka masih kecil.

Tangkap memori-memori ini dan simpan dalam hati.

Anda mungkin sedang cuba menghabiskan kerja apabila anak datang dengan permintaan yang kecil.

Jangan tidak mengendahkan mereka. Dengar apa yang dikatakan. 

Renung mukanya yang teruja dan penuh emosi apabila dia menceritakan sesuatu yang menarik. 

Ingat mukanya yang gembira kerana berjaya mendapat perhatian sepenuhnya dari anda. Dia rasa penting, dia rasa disayangi.

Emosi Apakah Yang Menusuk Ini Apabila Lihat Anak Semakin Membesar?

Apabila mereka minta didukung, dipeluk dan dicium, jangan tolakkan permintaannya. 

Jangan suruh anak buat sesuatu dengan cepat kerana anda kesuntukan masa.

Sekarang masanya. Apabila sudah besar nanti, tak ada lagi kemewahan ini.

Pengalaman sebagai ibu bapa penuh dengan pelbagai emosi. Yang manis, yang pahit dan yang sayu, semua emosi ini tidak dapat dielakkan.

Seperti kegembiraan, kebanggaan dan kasih sayang yang tidak terhingga.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.com/mengendong-anak-saya/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner