Emosi anak boleh terabai jika ibu bapa tak peka, ini apa 7 benda anda patut buat

lead image

Tahukah anda yang emosi anak anda itu sebenarnya boleh terabai? Mereka mungkin rasa terabai dan rasa tidak disayangi, tidak dikasihi atau tidak diperlukan!

Emosi anak boleh terabai jika ibu bapa tidak peka

Terabai secara emosi boleh memberi impak yang sangat negatif terhadap seseorang individual. Apatah lagi kanak-kanak yang masih belum pandai mengawal emosi. Emosi anak yang terabai boleh menyebabkan anak rasa tidak disayangi, tidak dikasihi, dan tidak diperlukan.

Apa yang lebih menyedihkan, kadang-kala ibu bapa tidak perasan yang anak mereka rasa terabai secara emosi. Berikut adalah tanda-tanda yang boleh diperhatikan pada anak yang rasa terabai secara emosi:

  1. Tidak pasti dengan kemampuan diri
  2. Tidak ada keyakinan diri
  3. Tidak sayang dengan diri sendiri tetapi sangat sayang orang lain
  4. Rasa tidak sempurna
  5. Mengalami kesukaran meluahkan apa yang mereka rasa.

Masalah terabai emosi akan memberi kesan jangka masa panjang. Anak-anak akan membesar dengan memendam perasaan. Ini boleh menjadi punca mereka menjadi seorang yang negatif apabila dewasa.

Banyak sebab mengapa anak boleh rasa terabai secara emosi. Antara punca utama ialah MASA, kurangnya masa bersama oramg yang tersayang. Atau ibu bapa terlupa yang mereka sedang berdepan dengan anak kecil.

Apa yang boleh dibuat ibu bapa untuk menjaga emosi anak?

Berikut adalah senarai apa yang anda boleh lakukan bagi memastikan anak anda tidak terabai secara emosi:

1. Tunjukkan sayang

menipu 4 1 Emosi anak boleh terabai jika ibu bapa tak peka, ini apa 7 benda anda patut buat

Tunjukkan sayang anda dengan perbuatan

Mereka bukanlah pembaca fikiran, mereka tidak tahu ibu bapa sayangkan mereka atau tidak jika ia tidak ditunjuk.

Ekspresikan rasa sayang anda kepada mereka, ucapkan ‘ibu sayang kamu‘ supaya mereka tahu dan jelas dengan perasaan anda.

2. Ambil peduli tentang perasaan mereka

Jika anak anda menunjukkan rasa marah, kecewa, atau rasa sedih, jangan terus menidakkan apa yang mereka rasa.

Tanya mereka mengapa mereka rasa sedemikian, biarkan mereka luahkan apa yang mereka rasa. Mereka akan rasa anda mengambil peduli tentang perasaan mereka.

3. Luangkan masa dengan mereka

terabai emosi 4 Emosi anak boleh terabai jika ibu bapa tak peka, ini apa 7 benda anda patut buat

Luangkan masa bersama anak anda

Masa adalah anugerah paling bernilai yang anda dapat berikan kepada anak anda. Tidak perlu masa yang khas, cukuplah sekadar membaca buku bersama juga sudah mampu membuatkan mereka rasa bahagia.

4. Buat mereka rasa yakin

Keyakinan diri akan membantu anak anda rasa stabil secara emosi dan membuatkan mereka kurang rasa terabai. Ini kerana mereka yakin untuk bergantung kepada diri mereka.

5. Ajar mereka sayangi diri sendiri

Ini adalah ajaran yang sangat penting setiap ibu bapa harus ajar kepada anak mereka. Sayangi diri sendiri dan jangan biarkan orang lain mengubah hal itu. 

6. Makan bersama sama

terabai emosi 1 Emosi anak boleh terabai jika ibu bapa tak peka, ini apa 7 benda anda patut buat

Makan bersama keluarga adalah sangat penting

Waktu makan sebenarnya adalah waktu yang penting dihabiskan bersama keluarga. Bersembang, tanyakan tentang hari mereka.

Jadi, sesibuk mana pun, pastikan sekurang-kurangnya sekali sehari anda makan bersama seluruh keluarga.

7. Ajarkan belas kasihan

Biar anak anda lebih prihatin dengan apa yang orang lain rasa. Mereka akan lebih peka tentang emosi dan secara tidak langsung membantu emosi mereka juga.

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore, theAsianparent Philippinesblogs.psychcentral.compsychologytoday.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

6 sebab penting kenapa anda perlu luang masa “one-on-one” dengan anak