Emosi ibu hamil jangan dibuat main, ia boleh JEJASKAN kesihatan bayi!

lead image

Emosi ibu yang kurang stabil boleh menyebabkan kesihatan bayi yang dikandung turut terjejas

Kehamilan merupakan saat indah bagi seorang ibu. Malah, ia merupakan waktu yang memerlukan perhatian daripada keluarga, terutamanya suami. Ini sebab, dalam waktu tertentu, emosi ibu mengandung sukar difahami. 

Bahkan, ketika hamil ini juga tubuh ibu mudah terkena serangan penyakit seperti selsema, demam, batuk, sakit kepala dan sebagainya. 

Namun, emosi ibu mengandung perlu dijaga dengan baik kerana masa inilah mereka perlu dilayan bak puteri kerana anda pasti tidak mahu ibu dan bayi dalam kandungan stres dengan perkara yang lain, kan?

Apakah perubahan tubuh dan emosi ibu mengandung?

emosi ibu mengandung, emosi ibu, emosi, perasaan ibu mengandung, emosi negatif ibu mengandung, sebab ibu beremosi, emosi semasa hamil, emosi ketika hamil, emosi ketika mengandung, emosi ketika berbadan dua, emosi ibu, tips mengawal emosi, sebab ibu beremosi

Kredit: Hello Sehat

Perubahan paling ketara yang akan dialami tubuh ibu adalah dari segi berat badan. Terutamanya apabila kehamilan sudah mencecah trimester ketiga. 

Sebab itu mengandung bukanlah perkara mudah. Sebelum hamil, ibu bebas bergerak ke sana sini tapi setelah hamil, pergerakan juga sedikit terbatas dan perlu berhati-hati. 

Bahkan, ibu juga perlu membataskan beberapa aktiviti yang bahaya seperti sukan lasak. 

Antara perubahan lain yang akan dialami ibu mengandung adalah: 

  • Ibu mudah rasa mual, muntah dan sakit kepala. 
  • Keinginan atau “mengidam” sesuatu benda seperti makanan. 
  • Apabila idaman tidak dipenuhi, emosi ibu mengandung akan terganggu. Mereka akan rasa sangat kecewa dan bersedih. 
  • Emosi ibu mengandung juga merasakan kesepian, sedih, menangis dan ada ketikanya mudah rasa marah. 

Mengapa emosi ibu mengandung sungguh sensitif dan ibu cepat terasa?

emosi ibu mengandung, emosi ibu, emosi, perasaan ibu mengandung, emosi negatif ibu mengandung, sebab ibu beremosi, emosi semasa hamil, emosi ketika hamil, emosi ketika mengandung, emosi ketika berbadan dua, emosi ibu, tips mengawal emosi, sebab ibu beremosi

Ibu mengandung akan mudah beremosi walaupun terhadap perkara yang kecil dan remeh temeh. 

Secara umumnya, perasaan marah dan kecewa yang menyerang ibu hamil disebabkan dua faktor. Pertama kerana perubahan hormon. Kedua kerana perubahan tubuh yang menimbulkan rasa kurang senang. 

Namun begitu, emosi ibu mengandung harus dibendung supaya perkembangan bayi dalam kandungan tetap dalam keadaan yang baik dan sihat. 

Berikut merupakan punca lain yang membuatkan emosi ibu mengandung sering terganggu:

#1. Penat 

Ketika berbadan dua, ibu harus sesuaikan diri dengan kondisi tubuh baru. 

Ketika trimester pertama, ibu hamil akan melalui fasa tak cukup tidur hingga rasa penat dan kurang bersemangat pada keesokannya. Ia juga berlaku apabila ibu kekurangan vitamin E atau sumber tenaga lain. 

#2. Kurang selesa 

emosi ibu mengandung, emosi ibu, emosi, perasaan ibu mengandung, emosi negatif ibu mengandung, sebab ibu beremosi, emosi semasa hamil, emosi ketika hamil, emosi ketika mengandung, emosi ketika berbadan dua, emosi ibu, tips mengawal emosi, sebab ibu beremosi

Ketika hamil, ibu akan merasaka gejala mual dan muntah (morning sickness) di pagi hari setelah bangun tidur.

Bukan itu sahaja, ibu hamil juga akan mengalami sembelit, sakit kepala dan sengal pada bahagian punggung. Disebabkan itu, emosi ibu mengandung sering terganggu bila keadaan jadi kurang selesa. 

Sebaiknya, suami dan keluarga memberikan dorongan supaya emosi ibu mengandung sentiasa dalam keadaan baik dan tidak terlalu ‘beremosi’. Ia mampu membawa kesan buruk pada janin dalam kandungan!

#3 Rasa bimbang dengan keselamatan kandungan 

Semasa hamil, ibu sering rasa bimbang tentang keselamatan kandungan. Ia berkemungkinan disebabkan bayi semakin membesar dan ibu bimbang jika berlakunya keguguran atau perkara lain.

Sedangkan tak ada tanda-tanda yang menunjukkan ke arah yang tak baik! 

Tambahan pula banyak sangat mitos kehamilan yang tak betul. Tapi, biasalah ibu muda sedikit sebanyak akan tetap terpengaruh.

Hai ini menyebabkan ibu jadi over protective.  

Emosi ibu mengandung yang berlebihan merupakan sesuatu yang kurang baik untuk kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungan. 

Emosi ibu hamil yang tak terkawal dapat mempengaruhi bayi yang dikandung. Hal ini kerana bayi akan merasai segala emosi ibu, termasuklah jika ibu stres dan tertekan.

Maka bayi akan mudah menangis, kelahiran bermasalah, konflik pada bayi, masalah berat badan  dan lain-lain. 

Semoga para ibu sentiasa mengawal emosi sepanjang kehamilan.

Adalah lebih baik sentiasa berfikiran tenang dan memperbanyakkan amalan soleh supaya diri terjaga dengan sempurna. Diharap artikel ini memberi manfaat pada semua. 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Baby center

Sumber: Hamil.co id 

Baca juga

Tiga Jenis Masalah Kemurungan Selepas Bersalin