[Video] Episiotomi: Bagaimana vagina dibuka ruang semasa bersalin normal

lead image

Episiotomi adalah prosedur membuka ruang atau laluan dengan memotong kawasan vagina ibu agar bayi mudah keluar. Anda tahu bagaimana ia dibuat?

Prosedur episiotomi semasa bersalin normal

Episiotomi merupakan prosedur yang dilakukan bagi membuka ruang atau laluan dengan memotong di kawasan vagina agar bayi mudah keluar.

Prosedur ini boleh dilakukan jika ibu dan anak dalam keadaan perubatan yang tertentu seperti posisi bayi songsang, bayi terlalu besar hingga bayi tidak dapat keluar,  bayi mengalami stres, proses bersalin terlalu lama atau terlalu cepat.

Episiotomi juga perlu dilakukan jika anda melalui proses bersalin menggunakan alat bantuan seperti vakum atau forsep. Berikut merupakan video ilustrasi yang menunjukkan bagaimana proses tersebut dilakukan.

Proses vagina dibuka ruang dilakukan agar bayi lebih cepat boleh dilahirkan untuk mengurangkan risiko bayi keracunana air ketuban atau terlilit oleh tali pusat. 

Selepas bayi lahir, hasil potongan episiotomi akan dijahit ataupun digam bagi menyambung semula kesan koyakan atau guntingan. Para ibu akan dibius di kawasan vagina sebelum pemotongan episiotomi dilakukan. Luka bekas episiotomi akan sembuh sepenuhnya dalam jangka masa 3 minggu.

Di Malaysia, 24 jam selepas gunting vagina dijalankan, bekas potongan akan dikompres dengan ais. Biasanya jururawat akan membantu melakukannya. Pengorbanan seorang ibu agar bayi dilahirkan dengan selamat ke dunia, sungguh tidak ternilai. Siapa pun inginkan proses bersalin yang lancar tanpa sebarang kesukaran.

Namun, masih ada keadaan-keadaan tertentu ketika proses bersalin. Demi si kecil, para ibu sanggup melalui apa saja.

 

Sumber: theAsianParent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Penjagaan luka bersalin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner