'Siap Berjahit Lagi Tali Dia', Guru Terdiam Saat Terlihat Pelitup Muka Anak Murid

Perkongsian di laman Twitter oleh seorang guru mengenai face mask pelajarnya yang kotor dengan siapa berjahit benang hitam meruntun hati orang ramai.

Pelitup muka atau face mask ibarat aksesori wajib sejak menularnya wabak Covid-19. Ibaratnya siapa yang tak pakai, kelihatan pelik sekarang ini.

Langkah kerajaan menguatkuasakan pemakaian pelitup muka di tempat awam sejak 1 Ogos lalu menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan memakai alat pelindung hidung dan mulut ini.

Tidak terkecuali memakainya adalah murid sekolah. Perkongsian di laman Twitter oleh seorang guru mengenai pelitup muka pelajarnya yang kotor dengan siapa berjahit benang hitam meruntun hati netizen.

Face mask berjahit benang hitam, ada kesan kotor

face mask

Guru pendidikan khas di sebuah sekolah di Sabah itu, turut berkongsi gambar pelitup muka  di pakai kanak-kanak berkenaan. Siapa saja yang tak sedih hati melihatnya, sungguh kelihatannya siap dijahit dengan benang hitam.

Jika kita di sini pelitup muka anak dihiasi dengan pelbagai corak, kanak-kanak itu pula pakai pelitup muka yang kelihatan kotor dan berjahit. Sangat meruntun dan menyentuh hati sesiapa saja yang melihatnya.

Katanya ketika ternampak, beliau sedang berbincang denga muridnya mengenai kepentingan memakai pelitup muka ketika berada di kawasan sesak.

“Hari ini saya ambil sedikit masa berbincang dgn murid mengenai pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam kawasan yang sesak. Terdiam seketika saya apabila melihat pelitup muka seorang murid kelihatan kotor dan siap berjahit lagi tali dia.”

Posting guru berkenaan mendapat lebih 5,600 share daripada pengguna laman Twittter malah ada yang siap menawarkan diri untuk memberi bantuan bekalan pelitup muka kepada sekolah dan guru itu. 

Namun guru berkenaan menolak dengan baik dan menyatakan mereka masih mampu lagi untuk menyediakan pelitup muka kepada pelajar dan berharap sumbangan itu disalurkan kepada pihak yang lebih memerlukan. 

“Oleh kerana ciapan ini mndpt perhatian ramai, dan ramai sbenarnya yg bermurah hati & kisah mengenai isu² pelitup muka ini, saya mahu ambil kesmpatn ini utk mrk yg ada rezeki lbh utk sumbangkn pelitup muka, handwash & hand sanitizer kpd…sekolah sekolah berdekatan anda untuk membantu murid yang memerlukan..”

Face mask atau face shield untuk anak?

face mask

Kredit foto: cleaneat

Menurut laporan freemalaysiatoday, yang dipetik dari Bernama penggunaan topeng hidung dan mulut bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun sepanjang berada di dalam kelas tidak digalakkan kerana boleh mengundang risiko keselamatan.

Perkara itu ditekankan Pakar Perunding Kanan Pediatrik, Dr Amar Singh yang mana kanak-kanak pada peringkat usia tersebut, terutama yang percakapannya belum lancar akan berdepan kesukaran apabila memakai pelitup muka dalam jangka masa lama.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti  asma juga mungkin berdepan kesukaran jika memakai pelitup separuh muka untuk tempoh yang lama.

Menurut laporan itu, kanak-kanak yang ada masalah kesihatan seperti asma atau sakit jantung kita tidak cadangkan pakai pelitup separuh muka untuk tempoh lama kerana bimbang mereka akan sesak nafas. Lebih membimbangkan kalau yang belum pandai bercakap untuk memberitahu sama ada sakit, tidak selesa dan sebagainya.

Kanak-kanak yang boleh memahami dan mengikut arahan, pemakaian pelindung muka atau face shield mungkin lebih sesuai.

Bagaimanapun, face shield  tidak sebagus pelitup muka  tetapi ia tidak mengganggu, senang untuk bernafas dan guru boleh tengok muka kanak-kanak itu.

Pemakaian pelitup muka

face mask

Kita semua tahu ada pelbagai jenis pelitup muka yang dijual di pasaran ketika ini. Tetapi yang paling popular adalah

  • Pelitup muka 3 lapis

Pelitup muka jenis ini disarankan untuk 

  1. Petugas kesihatan
  2. Orang awam yang mempunyai gejala saluran pernafasan
  3. Orang awam atau golongan berisiko tinggi yang berada di kawasan Covid-19 dan penjarakan sosial sukar diamalkan
  4. Warga emas 60 tahun ke atas
  5. Berpenyakit kronik
  • Pelitup muka fabrik

Pelitup muka jenis ini disarankan untuk 

  1. Golongan yang tidak mengalami gejala pernafasan yang berada di kawasan Covid-19 dan penjarakan sosial sukar diamalkan
  2. Golongan bekerja
  3. Orang awam sihat yang berada di tempat awam

Tips pemakaian pelitup muka

  • Pastikan ia menutup bahagian mulut dan hidung anda atau anak dengan sempurna
  • Elak menyentuh bahagian luar dan dalam pelitup muka
  • Jangan berkongsi dengan orang lain
  • Dipakai tidak melebihi 8 jam
  • Jangan letak merata-rata
  • Hanya boleh pakai sekali saja
  • Elakkan menurunkan di bawah dagu

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: mStar, myHealth

Baca juga:

Budak 6 Tahun Nyaris Maut Tercekik Kepingan Pelitup Muka Dalam Nugget!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!