Kajian mengatakan anak kedua lebih rebel dan cenderung jadi penjenayah?

lead image

Anda pasti pernah dengan orang kata fakta anak kedua yang suka rebel dan melawan, kan? Tapi pernah dengar mereka cenderung jadi penjenayah tak?

Pernah tak anda perasan yang anak kedua anda kelihatan sedikit rebel? Biasanya, memang kanak-kanak memiliki personaliti dan karakter yang tersendiri. Kali ini, kami bawakan kepada anda fakta anak kedua pula.

Fakta anak kedua yang paling terkenal ialah anak kedua “dilahirkan untuk melawan”. Adakah ia benar? Jom kita kupas isu ini dengan lebih lanjut.

Fakta anak kedua: Dilahirkan “rebel” — betul ke?

Beberapa tahun lalu, sainstis telah menemui fakta anak kedua yang dikukuhkan lagi dengan pemerhatian ibu bapa sendiri. Kajian itu mendapati anak pertama biasanya lebih patuh pada ibu bapa.

Namun, adik beradik yang lain pula akan lebih bijak berdikari, sukakan adventure dan mampu mengendali perubahan. 

Seorang pengkaji yang bernama Sulloway juga menjumpai keputusan kajian yang hampir sama pada tahun 1996.

fakta anak kedua, fakta anak kedua perempuan, fakta anak kedua lelaki, fakta anak kedua menurut Islam, perangai anak kedua, jodoh anak kedua

Menurut teori beliau, fakta anak kedua lebih cenderung rebel kerana mereka perlu bersaing dengan adik beradik yang lain untuk mendapatkan perhatian ibu bapanya.

Oleh sebab itu, anak kedua tidak takut untuk melawan, terbuka kepada perubahan radikal dan suka mengambil risiko.

Hal ini membuktikan satu perkara yang lain iaitu turutan dalam keluarga mampu menjejaskan perkembangan personaliti kanak-kanak.

Fakta anak kedua: Mereka lebih cenderung jadi penjenayah?

Tapi, penemuan baru-baru ini tentang fakta anak kedua agak mengejutkan! Kajian dari Massachusets Institute of Technology mendedahkan, turutan dalam keluarga mampu menjejaskan “tahap jenayah” seseorang.

Maksudnya di sini, fakta anak kedua yang suka rebel mungkin membuatkan mereka lebih cenderung jadi penjenayah!

Data kajian ini diperoleh dari Denmark dan Florida — dua buah wilayah yang tidak sama langsung budayanya — namun ia menghasilkan paten yang sama. 

Pengkaji mendedahkan hasil kajian mereka seperti berikut:

“Dalam keluarga yang ada dua atau lebih anak, jika dibandingkan dengan anak pertama, anak kedua 20% atau 40% lebih cenderung melakukan jenayah. 

Anak kedua juga mungkin selalu mengalami masalah disiplin di sekolah dan mempunyai rekod dalam sistem jenayah.”

Apa yang mendorong fakta anak kedua yang mengejutkan ini?

fakta anak kedua, fakta anak kedua perempuan, fakta anak kedua lelaki, fakta anak kedua menurut Islam, perangai anak kedua, jodoh anak kedua

Anda pasti tertanya-tanya, mengapa ia terjadi? 

Menurut pengkaji, ada beberapa sebab mengapa fakta anak kedua ini diperkukuhkan dengan kajian yang berjaya dilakukan. Antaranya ialah masa yang dihabiskan ibu bapa pada anak-anak.

“Kesihatan takkan menjejaskan mana-mana anak. Tapi, kami menemui waktu yang diluangkan ibu bapa mampu memberi kesan. 

Ibu bapa didapati meluangkan lebih masa pada anak sulung mereka. Walaupun jika anak kedua sudah hadir, namun anak sulung masih mendapat kelebihan kerana mereka meluangkan lebih banyak masa dengan ibu bapa sebelum ini. 

Apabila ibu bapa meluang masa untuk tahu perkembangan anak sulung mereka, anak kedua pula sebaliknya. Mereka perlu “bersaing” dengan abang/kakak mereka. 

Selain itu, fakta anak kedua lebih cenderung menjadi penjenayah juga mungkin disebabkan oleh:

  1. Mereka perlu bersaing dengan karier ibu bapa juga: Ibu bapa boleh selalu cuti ketika ada anak pertama, tapi mereka lebih bekerja keras bila ada anak kedua. Akibatnya, anak kedua kena bersaing dengan karier ibu bapa untuk dapat perhatian yang lebih.
  2. Salah lihat contoh: Anak sulung akan lihat ibu bapanya sebagai role model. Tapi tidak anak kedua. Mereka mungkin melihat kawan-kawan atau kanak-kanak lain sebagai role model mereka.
  3. Ibu bapa jarang main dengan anak kedua: Kajian mendapati ibu bapa tidak terlalu mahu meluangkan masa untuk berinteraksi dengan anak mereka yang masih muda.

Adakah anak kedua saya akan jadi penjenayah?

fakta anak kedua, fakta anak kedua perempuan, fakta anak kedua lelaki, fakta anak kedua menurut Islam, perangai anak kedua, jodoh anak kedua

Jangan risau. Walaupun kajian mengatakan fakta anak kedua lebih cenderung jadi penjenayah, tapi ia tak bermaksud anak anda akan jadi penjenayah terus!

Lebih banyak kajian harus dilakukan untuk menentukan apakah faktor-faktor yang boleh menjelaskan karakter anak kedua ini. 

Malah, ibu bapa juga harus bijak mendidik dan memberi contoh yang bagus dalam keluarga. Apa yang penting ialah didikan anda.

Janganlah pilih kasih dengan anak-anak. Layan mereka sama rata. Dengar apa yang anak anda ingin katakan. 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Ditulis oleh Kevin Wijaya; diterjemah dengan kebenaran dari theAsianparent Singapura

Baca juga:

5 perbezaan lucu perangai ibu bapa melayan anak pertama dan anak ke-2