9 Fakta Menarik Tentang Bayi Perempuan Yang Akan Buat Anda Terkejut!

lead image

Bayi perempuan katanya penuh dengan surprise. Tapi, anda pasti makin terkejut membaca 9 fakta menarik tentang bayi perempuan ini! Mereka sungguh hebat!

Bayi perempuan penuh kejutan

Orang kata, bayi perempuan ini penuh dengan surpriseSweet surprise gitu! 

Tapi sebenarnya… ada beberapa perkara tentang si manja ini yang akan buat anda terkejut!

Apa yang akan kami dedahkan pada anda ini akan buat anda beri reaksi “woah!” sebab ia susah untuk dipercayai. 

Jom semak apakah 9 fakta menarik tentang si manja perempuan yang akan buat anda terkejut ini!

9 fakta menarik tentang bayi perempuan

1 – Mereka datang haid juga!

Kredit: Giphy.com

Bayi pun datang haid juga?!!

Ya, betul! Mereka juga datang haid. Ini sebab hormon estrogen. Ketika dalam kandungan, mereka telah terdedah dengan hormon ini.

Namun, hormon estrogen turun dengan mendadak selepas bersalin. 

Anda boleh perasan ada titisan-titisan darah di lampin si manja anda pada minggu pertama kelahirannya!

2 – Mereka juga boleh mengeluarkan susu 

bayi perempuan

Kredit: Giphy.com

Hormon adalah punca mengapa si manja anda juga boleh mengeluarkan susu.

Yang lebih mengejutkan, bayi lelaki juga boleh mengeluarkan susu, tau!

Hormon tertentu yang menurun adalah penyebab kenapa si manja anda ini boleh mempunyai sedikit payudara “kecil” yang mengeluarkan susu.

3 – Si manja perempuan lebih ringan

Secara amnya, si manja perempuan lebih ringan berbanding bayi lelaki.

Mengikut purata, bayi lelaki yang lahir akan mempunyai berat 7 pound 10 auns, manakala perempuan pula sebanyak 7 pound 2 auns saja.

4 – Mereka mungkin lahir lebih lambat

Anak perempuan seringkali lahir sehari lebih lambat daripada anak lelaki. Itu adalah perkara biasa.

Malah, kelahiran bayi juga boleh bergantung pada kaum ibu tersebut!

5 – Otak anak perempuan lebih simentri

Otak bayi lelaki tidak terlalu simentri (asymmetrical), namun otak anak perempuan lebih simentri. 

bayi perempuan

Tambahan lagi, doktor membuktikan bayi perempuan lahir dengan lebih banyak “grey matter” berbanding anak lelaki.

Grey matter atau gray matter adalah komponen utama dalam sistem saraf pusat. Ia mengandungi sel badan neuron, neuropil, sel glial, sinapsis dan kapilari.

6 – Mereka juga ada kerak kepala

Ramai yang menyangka kerak kepala hanya ada pada bayi lelaki. Tapi, tanggapan itu salah

Anak perempuan juga mempunyai kerak kepala. 

7 – Mereka boleh menjulingkan mata

Ha… jangan tak tahu! Si manja perempuan yang anda sayang ini juga boleh menjulingkan matanya. Ala-ala roll eyes gituww.

Baby GIF - Find & Share on GIPHY

Jadi, jangan panik pula bila anda nampak mereka berbuat demikian. 

Ini sebenarnya salah satu cara bagaimana mereka mempelajari fungsi biji mata.

8 – Si kecil itu juga boleh ada payudara!

Payudara waktu kecil?!! Apa?

Ya. Semuanya gara-gara hormon. Bayi akan lahir dengan payudara “kecil” kerana kehadiran hormon estrogen yang berlebihan dalam tubuh mereka.

Namun, perkara ini takkan menjejaskan tumbesaran mereka. Jadi ibu-ibu semua jangan risau sangat, ya!

9 – Mereka boleh keguguran rambut

Sama seperti bulu badan, si manja anda juga akan mengalami keguguran rambut selepas mereka dilahirkan.

Rambut baru boleh tumbuh dan mungkin dalam warna atau tekstur yang berbeza dari sebelum ini!

Ha… macam mana? Terkejut tak baca 9 fakta menarik ini? 

Kan dah cakap, anda pasti akan beri reaksi “woah!” selepas habis membaca artikel ini. 

Semoga perkongsian di atas memberi pencerahan tentang keistimewaan si manja anda yang tercinta itu! 

Sumber rujukan: Mom Junction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Adakah Bapa Lebih Rapat Dan Mesra Dengan Anak Perempuan Daripada Anak Lelaki?

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris