X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Fakta Penting Tentang Alahan Susu Dan Simptomnya Kepada Bayi Anda

3 min bacaan
Fakta Penting Tentang Alahan Susu Dan Simptomnya Kepada Bayi AndaFakta Penting Tentang Alahan Susu Dan Simptomnya Kepada Bayi Anda

Alahan susu lembu adalah tindak balas imun terhadap protein dalam susu lembu dimana protein yang dipanggil kasein dan protein whey(dadih susu) adalah alergen utama.

Alergi susu (dikenali sebagai alahan tenusu atau alahan susu lembu) adalah tindak balas imun terhadap protein dalam susu lembu.

Protein yang dipanggil kasein (αs1-, αs2-, β- dan κ-) dan protein whey (dadih susu) (α-lactalbumin dan β-lactoglobulin) adalah alergen utama dalam susu. 

Ibu-ibu lain mungkin akan memberi cadangan untuk menukarkan susu anak kepada susu kambing.

Tetapi sebenarnya, badan anak itu masih boleh mengalami tindak balas yang sama dari mamalia lain, seperti kambing, biri-biri, kerbau dan unta, kerana mereka hampir sama.

Ia adalah lebih baik kalau anak tidak minum produk susu haiwan jika mereka ada alahan susu lembu.

Alahan susu lebih kerap berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak

Fakta Penting Tentang Alahan Susu Dan Simptomnya Kepada Bayi Anda

Ruam sekitar mulut, simptom alahan protein susu. Sumber: Neocate

Sekurang-kurangnya 2.5% bayi di negara-negara maju mempunyai alahan susu.

Kebanyakan bayi yang mempunyai alergi susu akan menunjukkan simptom dalam bulan pertama hidup dan selalunya dalam masa 1 minggu selepas susu formula lembu diperkenalkan. 

Kebanyakan kanak-kanak akan pulih dari alahan susu lembu sepenuhnya menjelang umur 4 tahun. Walau bagaimanapun, proses ini berlaku pada peringkat yang berbeza:

  • 1 tahun: sehingga 50% daripada kanak-kanak pulih,
  • 2 tahun: sehingga 75% daripada kanak-kanak pulih,
  • 3 tahun: sehingga 90% daripada kanak-kanak pulih.

Dalam kes-kes tertentu, alahan susu boleh berterusan, tetapi jarang sehingga kanak-kanak itu dewasa.

Kira-kira 75% daripada kanak-kanak dengan alahan susu lembu boleh mengambil produk susu dalam mufin, kek atau roti, tanpa mengalami apa-apa masalah.

Sebenarnya langkah menambahkan produk susu dalam kuantiti yang kecil boleh meningkatkan toleransi kanak-kanak terhadap produk susu biasa.

25% kanak-kanak lain yang mempunyai reaksi alahan yang lebih teruk mungkin perlu abaikan susu sepenuhnya untuk mengelak risiko anafilaksis teruk.

Simptom Alahan Susu

Fakta Penting Tentang Alahan Susu Dan Simptomnya Kepada Bayi Anda

Produk tenusu. Sumber: asiafoodbeverages

Biasanya bayi dengan alahan susu akan mengalami lebih daripada dua simptom pada dua sistem organnya:

  • gastrousus (cirit-birit, loya, muntah-muntah);
  • kulit (angioderma, dermatitis, ekzema, gatal-gatal);
  • pernafasan (asma, batuk, rinitis, berdehit). (9)

Bayi boleh mengalamai simptom yang berbeza pada masa yang berlainan.

Ini bergantung kepada jumlah susu atau produk susu yang telah dimakan dan keterukan alahan individu:

Reaksi segera selepas mengambil susu yang yang sedikit (beberapa minit hingga 2 jam):

  • Anafilaksis adalah reaksi paling teruk yang boleh mengancam nyawa. Pesakit akan diberi suntikan adrenalina. 
  • sakit perut dan kekejangan
  • colic (bayi)
  • batuk
  • cirit-birit atau najis yang mengandungi darah
  • ekzema
  • ruam kulit gatal di sekeliling mulut
  • gatal-gatal
  • bengkak pada muka
  • muntah
  • mata berair dan hidung berair
  • berdehit

Rawatan

Tidak ada ubat yang boleh merawat alahan susu lembu, tetapi simptom-simptom dan reaksi alahan boleh dielakkan dengan tidak mengambil produk tenusu atau susu lembu.

Ibu bapa perlu tahu perbezaan antara masalah alahan susu yang boleh mengancam nyawa dengan masalah intoleransi laktosa yang hanya menjejaskan sistem penghadaman.

Intoleransi makanan tidak sama seperti alahan kerana ia tidak melibatkan sistem imun tubuh.

Kalau ibu bapa kurang pasti anak mempunyai alahan protein susu atau intoleransi makanan, dapatkan pengesahan dari doktor pakar, dan dapatkan panduan untuk tukar ke formula lain yang lebih sesuai.

Sumber: Nutrition Mythbusters, Dr. Zubaidi, Allergy UK

Stories Rakan Kongsi
The Lazy Mum’s Guide to Leading a Healthier Life
The Lazy Mum’s Guide to Leading a Healthier Life
8 produk kehamilan anda harus miliki dari Maternity Exchange!
8 produk kehamilan anda harus miliki dari Maternity Exchange!
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Alahan & Sindrom
  • /
  • Fakta Penting Tentang Alahan Susu Dan Simptomnya Kepada Bayi Anda
Kongsikan:
  • Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

    Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

  • Anak Saya Alami Reaksi Alahan Yang Teruk - Saya Sangat Takut

    Anak Saya Alami Reaksi Alahan Yang Teruk - Saya Sangat Takut

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

    Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

  • Anak Saya Alami Reaksi Alahan Yang Teruk - Saya Sangat Takut

    Anak Saya Alami Reaksi Alahan Yang Teruk - Saya Sangat Takut

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.