Fakta Penting Tentang Demam Bayi
Demam adalah reaksi semulajadi tubuh badan manusia melawan jangkitan. Berikut adalah tips dan fakta tentang deman bayi.
Sebagai ibu bapa, memang janggal jika anda tidak pernah risau terhadap bayi yang demam. Demam adalah reaksi semulajadi tubuh badan manusia melawan jangkitan.
Demam yang harus dipantau dan dipandang serius apabila bayi di bawah 6 bulan.
Segera mendapatkan rawatan kecemasan di hospital berdekatan jika bayi berusia kurang 3 atau bulan mencatatkan suhu badan lebih 38 darjah Celcius. Gunakan termometer bagi menentukan suhu badan bayi anda dengan tepat.
Tips mengesan demam pada bayi
- Cuba menyentuh atau mengucup dahinya
- Gunakan thermometer untuk bacaaan yang tepat, thermometer oral hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak berusia lebih 3 tahun.
- Thermometer oral juga boleh digunakan untuk bayi kecil untuk mencatatkan bacaan di ketiaknya, (thermometer baharu akan mengeluarkan bunyi bip jika suhu telah diambil)
- Thermometer telinga berharga mahal tetapi boleh mencatatkan bacaan suhu yang lebih tepat.
- Jalur demam boleh digunakan walaupun tidak tepat, namun ia mudah digunakan ke atas bayi yang meronta-ronta.
Cara merawat bayi yang demam
- Jika bayi berusia lebih daripada 8 minggu, Panadol boleh diberikan untuk menurunkan suhu badan bayi mengikut dos yang tepat dan berhati-hati.
- Pakaikan baju yang nipis, jangan bedung bayi anda.
- Pastikan pengudaraan bilik lancar. Letakkan kipas meja berhampirannya, dan gunakan sehelai cadar dan selimut untuk menyelimutkannya.
- Pastikan bayi sentiasa terhidrat. Bayi kecil yang demam memerlukan lebih cecair daripada biasa, samada susu formula mahupun susu badan. Berikan bubur jika merasakan susu badan tidak mencukupi.
- Lap badan bayi ketika mandi menggunakan span. Elakkan lap badan bayi anda, biarkan badan bayi anda kering sendiri.
- Tuam dahi bayi anda gunakan kain basah atau coolfever khas untuk bayi.
- Gunakan humidifier di bilik bayi, elakkan penggunaan terus menghadap bayi. Humidifier digunakan untuk melancarkan pengudaraan di dalam bilik sahaja.
- Sinar matahari mengurangkan demam. Bawalah bayi anda di bawah sinar matahari sebelum pukul 10 pagi untuk menggalakkan peluh keluar daripada tubuhnya.
Tanda-tanda bayi demam serius
- Suhu badan mencatatkan 38.2 darjah Celcius.
- Bayi menangis tidak seperti biasa dan anda tidak mampu memujuknya.
- Letih dan enggan menyusu.
- Bayi yang demam dengan serius perlu diberi perhatian lebih jika umurnya kurang daripada 3 bulan.
Segeralah bawa si kecil ke hospital untuk tindakan lanjut, lebih-lebih lagi jika demamnya berlanjutan melebihi 3 hari.