Seawal Trimester Kedua Ibu Sudah Boleh Mengesan Jantina Bayi, Take Note 5 Perkara Ini!

Hamil trimester kedua biasanya membuatkan ibu sudah tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan. Apa kata semak tips ini!

Saat anda hamil trimester kedua, pastinya hal yang cukup mengujakan adalah mengetahui jantina bayi. Pernah berkali-kali melakukan imbasan di klinik, namun masih tidak dapat melihat jelas jantina bayi sehingga ibu keliru sama ada lelaki mahupun perempuan.

Memang ada yang mengatakan tidak kisahlah sama ada bayi lelaki mahupun perempuan, asalkan anak tersebut lahir dengan sihat dan tidak ada sebarang masalah. Justeru berikut beberapa petanda yang boleh menjadi ‘hint’ kepada anda mengesan jantina bayi dalam kandungan:

Simptom bayi perempuan ketika hamil trimester kedua

mengandung trimester kedua

credit to sources

#1. Hamil trimester kedua- Mengidam makanan manis

Mengidam sesuatu makanan adalah perkara biasa yang terjadi pada diri wanita hamil.

Petua orang-orang dahulu ada mengatakan bahawa jika fasa kehamilan anda sering mahukan sesuatu yang manis, ia adalah petunjuk bahawa anda sedang mengandung bayi perempuan.

Meskipun tidak memiliki kajian yang lebih saintifik, majoriti ibu yang telah melahirkan mengakui perkara ini sewaktu mereka mengandung anak perempuan, mereka acap kali mengidam sesuatu yang manis seperti coklat, kek, aiskrim dan donut.

#2. Wajah kelihatan berseri-seri

Pernahkah anda dipuji oleh orang sekeliling yang menyatakan anda kelihatan lebih cantik dan berseri-seri?

Biarpun hanya sedikit sahaja cahaya menawan di wajah anda, namun ia cukup mengubah diri anda untuk kelihatan lebih menawan lebih dari sebelum ini.

Bukan itu sahaja, ia berpotensi meningkatkan kemungkinan bahawa anda sedang mengandungkan anak perempuan kerana fasa kehamilan trimester kedua akan mengubah hormon anda untuk rajin bersolek dan berdandan.

#3. Rambut berkurangan

trimester kedua kehamilan

credit to sources

Pastinya anda yang sedang mengandung akan mengalami pelbagai perubahan fizikal. Bukan itu sahaja, anda juga akan mengalami perubahan pada kesihatan rambut.

Jika dahulu sebelum anda positif hamil, pastinya rambut anda kelihatan sihat dan bersinar. Namun, jangan panik jika rambut anda sering gugur sehingga mengubah tekstur rambut anda menjadi tidak begitu menawan.

Ramai ibu mempercayai bahawa jika mengandungkan bayi perempuan, tekstur rambut anda akan menjadi kering dan tidak berseri.

Selalunya percaya bahawa jika seorang wanita mengharapkan seorang bayi perempuan, tekstur rambutnya biasanya kering dan membosankan.

#4. Baby bump menonjol & tinggi

Seperti petua nenek moyang kita dahulu, mereka mempercayai bahawa sekiranya anda memiliki bentuk perut yang menonjol dan sedikit tinggi, ia berkemungkinan adalah seorang anak perempuan.

Namun, hanya sebilangan sahaja kebenarannya terbukti kerana tidak semua ibu mengandung memiliki bentuk baby bump yang sama, kerana ia akan menonjol dengan jelas hanya selepas trimester kedua.

#5. Morning sickness teruk

Kebiasaanya di waktu hamil trimester kedua, anda pastinya akan diserang dengan masalah sering berasa mual, muntah, sakit kepala kerana perut sering kembung dan berangin.

Dalam kebanyakan perkara yang dilalui, jika seseorang ibu mengandung kerap disering oleh morning sickness, sebahagian besarnya mengatakan anda bakal menimang cahaya mata perempuan.

Petanda anda sedang hamil trimester kedua anak lelaki

#1. Mengidam snek pedas atau lebih masin

mengetahui jantina bayi

credit to sources

Mengikut kepercayaan yang begitu popular, jika anda sering mengidam untuk mendapatkan makanan ringan yang lebih berperisa atau pedas, pastinya anda berkemungkinan besar untuk mendapatkan anak lelaki.

#2. Nafsu makan yang ‘menggila’

Jika sebelum ini, tabiat pemakanan anda begitu teratur dan anda boleh tidur dengan lena.

Namun, jika anda merasakan anda mengalami perubahan kerap lapar biarpun baru sahaja menjamah makanan, mungkin ini disebabkan oleh jantina bayi lelaki dalam perut sedang meronta mahukan lebih makanan.

Hal ini berbeza dengan selera anda yang mengandungkan anak perempuan. Ibu akan menjadi kurang nafsu makan kerana sering mengalami loya dan muntah sepanjang kehamilan.

#3. Kerap sakit kepala

Kebiasaannya, jika anda mengandungkan bayi perempuan, anda kerap berasa mual dan ingin muntah.

Namun, jika anda sering berasa sakit kepala dan perut kembung sehingga menyebabkan tekanan, ini kemungkinan petanda anda bakal menimang bayi lelaki.

Anda perlu lebih bertenang kerana untuk menghilangkan rasa sakit kepala ini memerlukan sedikit masa dan kesabaran.

#4. Memiliki rambut yang menawan

Ia adalah normal apabila anda mula merasakan bahawa anda kehilangan sejumlah rambut kerana perubahan hormon ibu mengandung.

Walaupun kehilangan sedikit helai rambut semasa kehamilan adalah normal, jangan terkejut jika tiba-tiba ‘mahkota’ anda kembali sihat dan menawan kerana ia adalah tanda pembawakan bayi lelaki!

#5. Kedudukan perut menurun ke bawah

Ada yang mengatakan bahawa jika anda memiliki baby bump yang kelihatan menurun sedikit ke bawah, ia berkemungkinan anda memiliki bayi lelaki.

Pastinya perjalanan sebagai ibu hamil adalah sangat indah dan penuh dengan kejutan. Jika anda sedang diuji dengan morning sickness yang teruk, janganlah merungut kerana setelah kelahiran bayi nanti pastinya anda akan merindui kembali momen indah ini.

Kredit gambar: SehatQ

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: Normalkah Ibu Hamil Kerap Berasa Mengantuk & Tidur Lama Ketika Waktu Siang?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!