theAsianparent Logo

Sebelum pilih fesyen pakaian untuk anak-anak, ibu perlu fikir 10 perkara ini dulu

Tampak macam comel saja baju itu bila digayakan oleh anak-anak, tetapi adakah ia bersesuaian dengan mereka? Ibu bapa harus teliti 10 faktor ini dulu!

Bukanlah mudah untuk memilih pakaian yang sesuai dengan terutama apabila ibu bapa ‘teringin’ menggayakan mereka dengan pelbagai fesyen pakaian anak yang nampak menarik dan trendy.

Mereka biasanya mengelak daripada berpakaian hingga menyukarkan ibu-ibu untuk mempersiapkan si kecil. Huh, memang kena banyakkan bersabar!

Walaubagaimanapun, dengan tips yang theAsianparent sediakan ini, ia sedikit sebanyak akan membantu ibu bapa mempersiapkan si kecil agar tampil bergaya dan sempurna.

10 jenis fesyen pakaian anak dan kanak-kanak

1.  Keselesaan

fesyen pakaian, fesyen kanak-kanak dan bayi, pertunjukkan fesyen anak-anak, fesyen terkini kanak-kanak dan bayi, fesyen

Ini adalah faktor yang sangat penting ketika memilih pakaian anak kecil. Keadaan cuaca dan aktiviti yang akan dilalui oleh kanak-kanak perlu diambil kira apabila membuat pilihan fesyen pakaian.

Terutamanya bayi. Si kecil ini akan menunjukkan kurang selesa dengan cara menangis. Jadi dari situ, ibu dapat mengesan salinlah pakaian anak dengan segera.

2. Mudah digayakan

fesyen pakaian, fesyen kanak-kanak dan bayi, pertunjukkan fesyen anak-anak, fesyen terkini kanak-kanak dan bayi, fesyen

Apabila memilih fesyen pakaian anak, pakaian yang mudah dan cepat menjadi kelebihan.

Menggayakan pakaian yang mempunyai butang berwarna-warni dan kancing baju yang betul akan membuatkan ibu-ibu mudah untuk menyarungkan pakaian kepada anak. 

3. Bercetak dan bercorak

fesyen pakaian, fesyen kanak-kanak dan bayi, pertunjukkan fesyen anak-anak, fesyen terkini kanak-kanak dan bayi, fesyen

Memilih pakaian dengan warna ceria dan menggembirakan adalah satu bonus buat ibu bapa.

Anak-anak juga pasti suka apabila ibu mereka menyarungkan pakaian yang bercetak dan bercorak ini. Malah cetakan seperti haiwan dan kartun antara yang popular di kalangan kanak-kanak berusia 1 ke 6 tahun.

4. Warna yang terang dan ceria

fesyen pakaian, fesyen kanak-kanak dan bayi, pertunjukkan fesyen anak-anak, fesyen terkini kanak-kanak dan bayi, fesyen

Kanak-kanak dan bayi juga amat sukakan warna ceria dan terang. Jadi ibu bapa bolehlah  memastikan pakaian anak penuh dengan warna-warna ini, malah ia pasti akan membantu mood mereka sepanjang hari.

5. Fit dengan tubuh

fesyen pakaian, fesyen kanak-kanak dan bayi, pertunjukkan fesyen anak-anak, fesyen terkini kanak-kanak dan bayi, fesyen

Fesyen pakaian terlalu besar atau terlalu kecil mencipta banyak masalah yang tidak diingini untuk anak-anak. Kemalangan kecil juga akan berlaku sekiranya pakaian tidak sesuai dengan tubuh si kecil.

Ini amat penting untuk melihat anak-anak kekal aktif setiap hari.

6. Jangan biar anak pakai aksesori berlebihan

fesyen pakaian, fesyen kanak-kanak dan bayi, pertunjukkan fesyen anak-anak, fesyen terkini kanak-kanak dan bayi, fesyen

Bayi seharusnya tidak mempunyai terlalu banyak aksesori yang disemat, dipotong atau direka bentuk dalam pakaian mereka.

Ia berbahaya sehingga boleh membawa kepada menelan, mengetuk atau menggunakannya untuk menyakiti anak-anak lain. Ia juga boleh jadi mimpi buruk kepada ibu bapa.

Jadi hadkan, aksesori pada pakaian anak sebelum membeli.

7. Terlebih pakaian yang sepadan

fesyen pakaian, fesyen kanak-kanak dan bayi, pertunjukkan fesyen anak-anak, fesyen terkini kanak-kanak dan bayi, fesyen

Ini boleh menjadi mimpi ngeri untuk dilihat. Satu pakaian warna sudah cukup menceriakan hari anak-anak.

Menambahkan cetakan dan reka bentuk adalah perbuatan yang “terlalu” berani malah ia menyakitkan mata dan gangguan penampilan. Walaupun sesetengah ibu bapa mungkin merasa comel untuk mengenakan pakaian sebegitu, tetapi lihat dan perhatikan apa yang kurang kala menggayakan mereka.

8. Terlalu bergaya

fesyen pakaian, fesyen kanak-kanak dan bayi, pertunjukkan fesyen anak-anak, fesyen terkini kanak-kanak dan bayi, fesyen

Elakkan fesyen pakaian anak kecil anda dalam penampilan yang terlalu istimewa jika mengikut tema sesuatu majlis.

Ini sebab ia akan menampakkan kejanggalan dan kanak-kanak menjadi tidak selesa.

9. Warna neutral

fesyen pakaian, fesyen kanak-kanak dan bayi, pertunjukkan fesyen anak-anak, fesyen terkini kanak-kanak dan bayi, fesyen

Di usia kanak-kanak, anak anda sepatutnya mempunyai kebebasan untuk bergaya dengan pelbagai warna dan corak yang menarik.

Adalah memalukan sekiranya anda memakaikan mereka dengan warna neutral sahaja malah ia membosankan apabila dipandang.

10. Sesuai dengan aktiviti

fesyen pakaian, fesyen kanak-kanak dan bayi, pertunjukkan fesyen anak-anak, fesyen terkini kanak-kanak dan bayi, fesyen

Jangan memberi fesyen pakaian anak yang membahayakan keselamatan mereka terutamanya apabila membabitkan aktiviti luar. Kasut yang dipakai juga perlu diambil kira agar tidak terlalu ketat atau longgar.

Barulah anak akan kelihatan lebih macho dan bergaya!

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga:

6 perkara yang ibu bapa perlu ingat sebelum pilih fesyen dan baju anak