10 filem romantik yang sesuai ditonton suami isteri malam ini, apa salahnya dating tengok filem!

Malam ini kalau anda dan suami tak merancang nak ke mana-mana, apa kata kalian dating di rumah tonton 10 filem romantik English yang kami sediakan ini?

Apa salahnya kalau malam ini anda suami isteri meluangkan masa bersama-sama untuk menonton filem romantik English pula, kan? 

Asyik sibuk dengan anak-anak, kerja dan rumah tangga, kadang-kadang kita memang tidak sempat nak keluar atau menumpukan perhatian pada pasangan. 

Tapi malam ini, kami bawakan kepada anda 10 senarai filem romantik English yang wajib anda tengok dengan pasangan. Kesemua filem-filem yang disenaraikan ini amat menarik, romantik dan penuh lovey-dovey. 

Sesuai sangatlah nak dijadikan filem untuk bermanja dengan pasangan! Jom tengok filem apa yang ada dalam senarai.

10 filem romantik English yang anda wajib tonton dengan pasangan

#1 The Notebook (2004)

filem romantik english, filem romantik, filem romantik malaysia, filem romantik 2017

Kredit: Seventeen

Kalau anda dan suami masih tak pernah tengok filem romantik English yang satu ini, maka sudah sampai waktunya anda tengok ia! Kisah cinta antara Noah dan Allison ini pasti akan buat anda menangis!

Malah, kekuatan cinta mereka juga seakan memberi harapan kepada semua pasangan suami isteri. Itulah erti cinta yang takkan pernah pudar…

#2 Definitely, Maybe (2008)

filem romantik english, filem romantik, filem romantik malaysia, filem romantik 2017

Kredit: Kamisco

Filem romantik English ini mengisahkan tentang seorang bapa yang menceritakan kepada anaknya tentang kisah percintaan beliau sebelum ini.

Selepas itu, si bapa meminta anaknya meneka siapa ibu sebenar anak itu. 

#3 A Walk To Remember (2002)

filem romantik english, filem romantik, filem romantik malaysia, filem romantik 2017

Sama seperti tajuknya, filem romantik English ini pasti akan buat anda terbuai-buai dengan erti cinta. Namun, ia tak bermaksud hidup ini tidak dilanda badai!

Jamie Elizabeth Sullivan-Carter, watak utama dalam filem ini telah menghidap Leukemia dan cinta mereka akhirnya diuji…

#4 Notting Hill (1999)

filem romantik english, filem romantik, filem romantik malaysia, filem romantik 2017

Kredit: Pastposters

Sekali sekala, apa salahnya berangan selebriti (seperti Fattah Amin ke LOL) jatuh cinta pada kita, kan? Ha… samalah macam filem romantik English ini!

Ia mengisahkan tentang seorang selebriti Hollywood yang jatuh cinta pada orang biasa.

#5 P.S. I Love You (2007)

filem romantik english, filem romantik, filem romantik malaysia, filem romantik 2017

Kredit: Headstuff

Ini bukan filem romantik English yang biasa. Saya menangis semahu-mahunya selepas menonton filem bermakna ini. 

Selepas menonton filem P.S. I Love You, anda akan semakin menghargai cinta dan kehadiran pasangan anda itu, percayalah!

#6 Pretty Woman (1990)

filem romantik english, filem romantik, filem romantik malaysia, filem romantik 2017

Kredit: NPR

Filem ini akan mengajar anda tentang erti cinta yang tidak mengira bangsa atau agama. Ia mengisahkan tentang bagaimana seorang jutawan jatuh cinta pada seorang pelacur.

#7 Me Before You (2016)

Satu lagi filem romantik English yang sungguh bermakna dan mampu membuatkan anda menangis menontonnya. 

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki lumpuh dan seorang jururawat yang menjaganya. Mereka akhirnya jatuh cinta di antara satu sama lain.

Selepas menonton filem ini, anda pasti mahu memeluk suami anda itu erat-erat!

#8 Killer (2010)

filem romantik english, filem romantik, filem romantik malaysia, filem romantik 2017

Filem romantik English ini mungkin nampak cliche dan biasa saja pada mulanya. Ia berkenaan bagaimana seorang lelaki berjumpa wanita pilihannya dan mereka berkahwin.

Namun tanpa pengetahuan si isteri, suaminya itu sebenarnya seorang spy! Filem ini membuktikan bagaimana seorang isteri sanggup menyokong dan mencintai suaminya walau dalam apa keadaan sekalipun. Sweet, kan?

#9 A Cinderella Story (2004)

filem romantik english, filem romantik, filem romantik malaysia, filem romantik 2017

Cerita dongeng klasik versi moden. Filem romantik English ini mengisahkan tentang seorang remaja perempuan yang dilayan dengan buruk oleh ibu tiri dan kakak tirinya.

Dia kemudian mengadu pada kawan di atas talian dan mula jatuh cinta pada lelaki tersebut!

#10 Titanic (1997)

filem romantik english, filem romantik, filem romantik malaysia, filem romantik 2017

Filem yang sepatutnya anda suami isteri sudah khatam sejak kahwin. Siapa tak tengok filem Titanic lagi dengan pasangan?

Kesemua filem-filem romantik yang kami senaraikan ini akan membuatkan anda tidak lupa mengapa anda jatuh cinta dan mengahwini pasangan anda itu.

Sempena hari menghargai suami yang akan berlangsung kelak, jom kita layan suami kita dengan lebih baik selepas ini 🙂

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

50 idea keluar dating dengan pasangan dalam suasana romantik dan fun, semuanya murah saja!