''Saya Menurut Arahan,''- Rider Foodpanda Kongsi Momen Lucu Ketika Hantar Makanan

undefined

Foodpanda Malaysia menjadi pilihan kebanyakan pengguna bagi mendapatkan sesuatu barangan atau makanan. Kali ini seorang rider berkongsi detik yang melucukan

Aplikasi Foodpanda Malaysia sering menjadi pilihan kebanyakan masyarakat bagi menikmati penghantaran makanan sehingga ke depan pintu rumah. Disebabkan oleh kini kita berada dalam tempoh kawalan pergerakan, semua rakyat berhati-hati bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Selain menjaga penjarakan fizikal dan memakai topeng pelitup muka, anda juga dinasihatkan untuk berwaspada ketika menerima barangan dari mana-mana syarikat penghantaran.

Gelagat lucu penghantar makanan Foodpanda Malaysia

Baru-baru ini tular perkongsian seorang penghantar makanan, Ahmad Suhaimi yang ‘bergayut’ pada jeriji rumah pelanggan. Dia sempat memuat naik sekeping gambar selfie bersama makanan yang dipesan dengan kapsyen ‘Saya menurut arahan’

penghantar makanan

Difahamkan awal-awal lagi pelanggan telah menghantar mesej kepadanya dengan meminta untuk ‘gayut dekat pagar’.

Perkongsiannya telah menghiburkan hati ramai pengguna media sosial sehingga mendapat pelbagai komen. Antaranya ialah:

Hahaha terima kasih kerana menghiburkan hati kamu semua. Boleh la buat ubat sementara segala kesukaran dan kedukaan

Sejak bila perkataan gayut ni bertukar maksud? Hmm tahniah dik, nasib baik kau faham bahasa dia

Bukan gantung je, masuklah dalam sekali tolong suapkan dia!

Selain itu ada juga penghantar makanan yang lain menyukai cara pelanggan ini lakukan kerana mereka tidak perlu menunggu dan memudahkan kerja.

Yang ni aku suka. Senang nak buat kerja. Tak lah terbuang masa nak tunggu orang tu keluar.

Posting lucu ini telah mendapat lebih 2,000 perkongsian di Facebook dan rata-ratanya memberikan emoji suka.

Memang tidak salah untuk kita semua berhati-hati pada musim pandemik ini. Namun mungkin disebabkan terlalu laju menaip mesej, pelanggan tersebut tersalah menggunakan perkataan ‘gayut’ pada pagar.

Walau bagaimanapun pastinya ada banyak pengalaman dilalui oleh kumpulan penghantar makanan. Ada yang suka mahupun duka.

Mereka juga dianggap sebagai barisan hadapan kerana sanggup bermandi peluh bagi memastikan pesanan makanan diterima dalam keadaan yang baik untuk para pelanggan ketika tempoh pandemik ini.

Foodpanda Malaysia: Golongan penghantar berdepan risiko tinggi

rider foopanda

foto: sinar harian

Penggunaan platform dalam talian mencatat peningkatan disebabkan oleh pelaksanaan kawalan pergerakan. Ia menjadi kaedah paling selamat bagi mendapatkan barangan atau perkhidmatan tanpa perlu keluar rumah.

Justeru bagi memenuhi pesanan yang diterima, kumpulan penghantar makanan yang bekerja akan ke sana sini bagi memastikan pelanggan memperoleh barangan dikehendaki.

Bagi anda yang ragu-ragu mengenai keselamatan dan kebersihan makanan, kerajaan sebenarnya sudah mewajibkan penghantar makanan menjalani saringan kesihatan atau klinik swasta sebelum dibenarkan beroperasi.

Bukan itu sahaja, para penghantar makanan turut mematuhi setiap SOP yang ditetapkan seperti menggunakan cecair pembasmi kuman dan memakai topeng pelitup muka semasa bertemu pelanggan mahupun mengambil pesanan barangan.

Mereka yang juga kebanyakannya memiliki keluarga di rumah, sentiasa beringat-ingat dan mengambil langkah pencegahan seperti penghantaran tanpa sentuhan agar diri tidak dijangkiti wabak berkenaan.

Langkah keselamatan bagi mengelakkan penularan Covid-19

tips keselamatan ketika terima barang

credit to sources

Peningkatan kes harian Covid-19 amat membimbangkan seluruh masyarakat. Justeru anda dinasihatkan mempraktiskan beberapa langkah keselamatan ketika menggunakan perkhidmatan penghantar makanan atau barangan iaitu:

  • Elakkan pembayaran secara tunai. Adalah lebih selamat anda melakukannya secara dalam talian
  • Pelanggan boleh meminta ‘contactless delivery’ melalui chat
  • Penghantar perlu memaklumkan pelanggan bahawa pesanan mereka telah sampai melalui panggilan atau chat
  • Minta penghantar tinggalkan sahaja makanan atau barangan di hadapan rumah
  • Ketika menerima barang atau makanan, pastikan anda menjaga jarak 1 meter
  • Sekiranya menerima barangan dari pihak courier, anda perlu lebih berwaspada. Jemur barangan tersebut di tengah panas atau gunakan penyembur sanitasi bagi menyahkan kuman
  • Setelah memegang barangan yang diterima, segera basuh tangan menggunakan sabun. Elakkan menyentuh bahagian hidung dan mata

Kesimpulannya langkah berjaga-jaga yang diamalkan mengikut SOP dapat mengekang penularan wabak Covid-19. Sentiasa berwaspada dan kekal duduk di rumah bagi mengelakkan anda menjadi mangsa seterusnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerana Terlalu Lapar, Anak Saudara Wanita Ini Buat Pesanan Makanan Online Cecah RM1,800!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!