6 gambar anak yang tidak harus anda letak dalam media sosial
6 gambar anak yang tidak harus anda letak dalam media sosial
Kita amat berbangga dengan anak-anak kita dan pelbagai tingkah manis yang mereka lakukan. Media sosial pula memudahkan urusan – untuk menunjukkan betapa indah dan cantiknya anak kecil kita ini, pada seluruh dunia.
Memang benar, si manja anda itu kelihatan amat comel dalam gaun barunya, atau ketika bermain di pantai Bali dengan baju renang polka dotted itu. Namun, adalah lebih baik untuk menyimpan beberapa kenangan dan gambar peribadi tertentu.
Dengan cara ini, anda sebenarnya menyelamatkan anak anda daripada potensi berasa malu pada masa hadapan, apabila dia mengetahui anda telah meletakkan “gambar" dia dalam tab mandi di Facebook.
Tetapi apa yang lebih penting, anda sebenarnya melindungi dia daripada bahaya sebenar dan amat menakutkan – iaitu pemangsa atas talian.
Untuk menjelaskan beberapa konteks di sini, sebuah laporan yang amat menakutkan pada tahun 2012, daripada WND’s Chelsea Schilling telah mendedahkan sekumpulan pengguna Facebook yang mempromosi dan mengongsi pornografi kanak-kanak dengan menggunakan akaun mereka sendiri, malah juga kumpulan Facebook yang lain.
Pada tahun 2016, bahaya seperti ini masih wujud.
Oleh itu, sila ambil perhatian ibu dan bapa. Berikut merupakan 6 jenis gambar kanak-kanak* yang tidak harus anda letak dalam media sosial.
*Imej yang digunakan di dalam galeri ini adalah daripada bank imej yang berasaskan langganan, dan ia digunakan untuk menyerlahkan setiap isi atau perkara yang dibangkitkan dalam galeri. Hal ini bermaksud, ibubapa kanak-kanak ini telah meluluskan penggunaan imej-imej tersebut kepada individu yang telah melanggan bank imej ini.
1. Anak individu lain
Sebelum anda meletakkan atau tag gambar-gambar indah anak anda ketika sambutan majlis hari jadi atau lawatan sekolah di Facebook, periksa dengan kedua ibubapa kanak-kanak lain yang mungkin turut serta dalam gambar, jika mereka selesa dengan tindakan ini.
Walaupun anda mungkin selesa untuk meletakkan gambar anak anda sendiri, namun terdapat ibubapa lain yang mungkin tidak selesa apabila gambar anak-anak mereka dikongsikan. Maka adalah berbudi bahasa untuk meminta kebenaran daripada mereka sebelum berbuat tindakan sedemikian.
2. Di mana sekolah anak anda
Ya, kita meletakkan kepercayaan ke atas keselamatan anak-anak kita di sekolah/pra sekolah mereka, setiap hari. Namun ingat, ketika waktu persekolahan, anda tidak berada di sana untuk sentiasa mengawasi dengan ketat akan si manja anda ini.
Walaupun penculikan ketika di sekolah jarang berlaku, namun ia ternyata pernah berlaku. Maka, elakkan perkongsian gambar anak-anak anda di sekolah mereka, atau ketika memakai pakaian seragam sekolah. Jika anda ingin meletakkan juga gambar ini, pastikan tiada sebarang ciri-ciri yang boleh dikenal pasti atau dapat dilihat, dan lokasi sekolah tersebut disembunyikan.
3. Waktu mandi
Waktu atau ketika mandi melibatkan gambar bogel atau separuh bogel daripada anak anda.
Sementara pada pandangan anda – gambar anak montel anda yang sedang bermain dengan air itu ternyata amat comel dan suci, ingatlah bahawa pemangsa atas talian atau pedofilia tidak akan berfikiran sedemikian.
4. Sebarang gambar untuk tontonan umum – yang tidak akan disukai anak anda
Ya, mereka anak anda. Namun mereka juga berhak ke atas privasi mereka sebagai seorang bayi yang masih kecil, malah juga ketika mereka sudah dewasa.
Maka, sekiranya pada masa akan datang – anda ingin berkongsi gambar bayi anda yang baru sahaja mula menggunakan tandas, atau ditangkap berkelakuan nakal – fikir sekali lagi. Adakah anak anda akan “suka" dengan gambar seperti itu? Mungkin tidak.
Tambahan lagi, perbuatan meletakkan “gambar yang memalukan bagi kanak-kanak" mampu memberikan kesan jangka pendek dan jangka panjang ke atas mereka. Tingkah memalukan dengan cara ini mampu memusnahkan kepercayaan antara ibubapa dan anak, dan mengakibatkan kebimbangan atau kemurungan di kemudian hari.
5. Gambar anda & anak anda yang kelihatan “seperti tidak selamat”
Masyarakat yang berhubung atas talian ini memiliki kecenderungan sama rata untuk menjadi seorang pencinta atau pembenci, terutamanya dalam semua perkara yang berkaitan dengan sifat keibubapaan.
Maka, untuk mengelakkan diri anda dihakimi oleh orang lain, fikir dua kali sebelum meletakkan – gambar anda di dalam kereta dengan si manja anda di riba, sedang memegang stereng kereta, atau gambar bayi anda di awangan, sebelum ditangkap oleh suami anda (seperti “balingan seorang ayah")
Individu lain tidak mengetahui keadaan sebenar sesebuah gambar, dan akan terburu-buru meninggalkan komen atau menghakimi – membiarkan anda merasakan anda adalah seorang ibubapa yang teruk.
6. Lokasi percutian
Kita semua bersalah dengan tindakan ini (termasuk saya juga). Dengan menyiarkan gambar percutian keluarga atau mendedahkan lokasi percutian anda, anda sebenarnya mendedahkan keluarga anda kepada bahaya.
Pertama sekali, individu yang tidak bertanggungjawab di negara anda, akan mengetahui anda jauh dan akan menggunakan maklumat tersebut untuk memecah masuk ke dalam rumah ketika ketiadaan anda. Kedua pula, pemangsa atas talian di destinasi percutian anda akan mengambil informasi ini, dan hal ini akan meletakkan anak anda dalam keadaan yang berbahaya.
Walaupun ia kedengaran agak melampau, namun lebih baik berhati-hati daripada menyesal, bukan begitu ibubapa?