Gambar Menyayat Hati Bapa Memegang Anaknya Sebelum Meninggal Dunia Akibat Kanser
Sebelum meninggal dunia, Braiden Prescott telah meminta atok dan neneknya serta ibu bapanya untuk mengambil gambarnya. Ini kisah seorang kanak-kanak yang tewas melawan kanser neuroblastoma.
Braiden Prescott telah didiagnos dengan neuroblastoma oleh doktor di usia seawal dua tahun.
Dia telah melawan penyakit tersebut selama lima tahun sebelum meninggal dunia, iaitu pada September tahun lalu.
Sebelum meninggal dunia, Braiden Prescott telah meminta atok dan neneknya serta ibu bapanya untuk mengambil gambrnya.
Dan sekarang, pasangan ibu bapa yang masih berduka itu mengongsikan gambarnya itu.
Tujuan mereka ialah, meningkatkan kesedaran tentang sakit kanser yang ‘rare’ ini.
Ibu Braiden telah menceritakan bagaimana hari-harinya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Apabila dia memanggil jururawat, mereka menyatakan yang masanya sudah hampir tiba. Jadi dia mengejutkan Wayne, suaminya yang sedang tidur.
Steph sepatutnya memegang Braiden namun tidak cukup kuat. Jadi, Wayne memeluknya sambil memegang tangannya.
Apabila Braiden meminta untuk mengambil gambar, mereka terkejut.
Ini kerana Braiden mempunyai tumor di rahangnya yang menyebabkan dia tidak dapat membuka mulut dengan betul.
Kemudian, Braiden meninggal dunia…
Ia adalah sesuatu yang sangat sukar diterima oleh mana-mana ibu bapa. Walaupun mereka sudah tahu masa itu akan tiba.
Mengingati kembali perjalanan hidup Braiden yang awalnya telah didiagnos mempunyai septic arthritis pada Februari 2012.
Selepas pembedahan ke atas pinggul kanannya dilakukan, dia tidak bertambah baik.
Jadi Steph meminta untuk pemeriksaan lanjut dijalankan dan mereka menemui ketulan pada perutnya dan lapisan tebal pada tulang yang menandakan ianya adalah kanser.
Mereka telah memberitahu Steph dan Wayne yang ia mungkin satu kanser yang jarang berlaku atau leukemia.
Kemudiannya mereka memberitahu yang ianya adalah neuroblastoma. Sejenis kanser yang memang jarang terjadi.
Braiden terpaksa melalui 11 jenis kemoterapi yang berbeza. Malah, dia turut pergi ke Amerika Syarikat bagi menjalani immunoterapi.
Namun, kanser tersebut datang semula sebanyak dua kali. Hingga dia menghembuskan nafas terakhir pada September 2016.
Tiada ibu bapa yang harus melihat anak mereka meninggal dunia seawal ini dipangkuan mereka. Ia sungguh meruntun jiwa.
Semoga keluarga Braiden dapat menerima kehilangannya dengan hati yang terbuka.
Sedikit perkongsian tentang apa itu neuroblastoma.
Apakah itu neuroblastoma?
Neuroblastoma ialah sejenis kanser yang bermula sangat awal iaitu dari semasa embrio atau fetus mula membentuk sel saraf.
Ini bermakna sejak dari bayi di dalam rahim lagi!
Ianya sering terjadi kepada bayi baru lahir dan anak kecil serta jarang sekali terjadi kepada kanak-kanak berumur lebih dari 10 tahun.
Neuroblastoma selalunya terjadi di dalam satu kelenjar yang terletak berhampiran buah pinggang (kawasan berdekatan pinggul).
Atau di dalam tisu saraf di sepanjang saraf tunjang leher, dada, perut atau pelvis.
Walaubagaimanapun, ia tidak terhad di kawasan ini dan boleh merebak ke bahagian lain seperti tulang, kelenjar limfa, hati dan kulit.
Punca utama neuroblastoma masih belum diketahui. Namun ianya bukanlah sesuatu yang genetik. Malah, ianya adalah kanser yang jarang berlaku.
Tanda-tanda kanser neuroblastoma
Tanda-tanda neuroblastoma sebenarnya bergantung kepada di mana kanser tersebut telah merebak.
Tanda-tanda awal juga tidak nyata dan sukar untuk dikenalpasti. Malah ia sering kali disalah tafsir dengan keadaan yang normal.
Antara tanda-tanda awal ialah:
- bengkak di perut, kadang-kala sembelit dan sukar buang air kecil
- sukar bernafas dan menelan
- ada benjolan di leher
- benjolan biru di kulit dan lebam terutamanya di bahagian mata
- kaki lemah dan sukar berjalan
- kebas di bahagian bawah badan
- cepat letih, hilang tenaga, kulit pucat, tidak ada selera makan dan berat badan yang menurun.
- sakit sendi dan tulang hingga seperti tempang
Ibu ayah semua, sekiranya anda mulai perasan seperti ada yang tidak kena dengan anak anda, jangan teragak-agak mendapatkan pemeriksaan dari pegawai perubatan.
Terangkan tanda-tanda yang anda perasan dan mereka akan menjalankan pemeriksaan yang diperlukan.
Lebih awal dikesan untuk rawatan, lebih baik!
Sumber: metrouk, cancer.org