Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

Gambar bayi baru lahir yang lucu semasa doktor nak potong tali pusatnya

Ramai sekarang ibu yang baru bersalin membuat sesi photoshoot untuk merakam gambar bayi baru lahir mereka dengan pelbagai posing yang comel.

Semuanya yang ibu ayah lakukan ini semata-mata untuk menjadikan gambar bayi baru lahir itu sebagai memori yang terindah sekaligus akan dikenang sampai bila-bila.

Meskipun itu, baru-baru ini tular gambar bayi baru lahir yang berkerut dahi semasa memandang ke arah doktor lalu membuatnya menangis.

Bayi comel itu diberi nama Isabela Pereira De Jesus dilahirkan secara pembedahan caeserean pada 13 Februari yang lalu di Hospital Di Rio De Janeiro.

Gambar bayi baru lahir jadi viral di laman sosial Facebook

gambar bayi baru lahir

Seperti yang kita tahu, doktor sering menggalakkan bayi menangis selepas kelahiran bagi menunjukkan bahawa paru-paru bayi berfungsi dengan baik.

Walaubagaimanapun, semasa pakar obstetrik memberi galakan pada bayi Isabela untuk membuat bising atau menangis, si kecil ini seolah tidak terkesan atau tidak memberi respon.

Dalam pada itu, ibu bayi berkenaan mengupah seorang jurugambar profesional, Rodrigo Kunstman untuk merakam gambar kelahiran Isabela dan setiap detik dirakam dengan sangat cantik.

Jurugambar berkenaan memberitahu kepada pihak majalah Brazil bahawa pakar obstetrik meminta bayi itu menangis buat pertama kali semasa pakar berkenaan mahu memotong tali pusatnya.

Namun lain pula yang terjadi, bayi Isabela membuka luas mataya tetapi tidak menangis.

gambar bayi baru lahir

Doktor lalu berkata “menangis Isabela” dalam nada yang serius namun si kecil itu mula menangis selepas tali pusat dipotong.

Dalam pada itu, Kunstman memberitahu Daily Mail bahawa bersalin merupakan momen yang sungguh unik dan ia harus dirakam dengan baik.

Atas sebab itu dia menangkap momen berharga itu lalu memuat naik di laman Facebook miliknya.

“Bayi saya sungguh comel dan berani” kata ibu bayi Isabela kepada pemberita.

” Boleh dikatakan, si kecil ini sentiasa mengerutkan dahinya semasa menukar lampin dan menyusu,” ungkapnya lagi.

5 Tips terbaik untuk mengambil gambar anak sendiri di rumah

gambar bayi

#1. Sediakan prop

Sebelum memulakan sesi fotografi sediakan prop atau alatan tambahan seperti pakaian yang sesuai untuk mendapatkan hasil gambar yang menarik dan cantik.

Apapun sebelum memulakan sesi bergambar, fikirkan dahulu apakah tema yang ingin ditampilkan supaya kena dengan pakaian yang ingin si kecil gayakan.

#2. Kedudukan yang sesuai

Kedudukan yang sesuai ini penting namun ia perlu diberi fokus kepada sumber pencahayaan kerana tanpa sumber cahaya yang cukup pasti gambar tidak cantik seperti yang diharapkan.

Jadi, pastikan kedudukan yang dipilih itu mempunyai sumber pencahayaan semulajadi yang mencukupi.

Apapun, cahaya semulajadi dari cahaya matahari pada waktu pagi adalah yang paling terbaik terutama kalau nak buat sesi bergambar di luar rumah (outdoor).

#3. Beri bayi minum susu atau makanan (jika 6 bulan ke atas)

Bagi mengelak bayi meragam, perkara yang perlu dititikberatkan adalah pada pemakanan dan penyusuan.

Ini kerana tidak mungkin bayi boleh duduk diam tanpa merengek jika ibu tidak memberi susu yang mencukupi kepada si comel itu.

Jadi, sebelum mulakan sesi bergambar suap dulu si kecil makan atau minum susu terlebih dahulu supaya mengelak bayi menangis atau mengamuk.

Silap-silap cancel sesi photoshoot nanti!

#4. Wujudkan suasana yang menyeronokkan

Selepas makan atau minum, wujudkan dahulu suasana yang happy dan tenang dengan bermain bersamanya terlebih dahulu.

Selain itu, boleh juga minta bantuan daripada anak-anak yang lain untuk bermain bersama dengan si kecil anda.

#5. Jangan paksa

Ini paling penting ya ibu! Sekiranya bayi sudah penat dan tidak mahu memberi kerjasama, jangan terus dipaksa.

Jika diteruskan juga, bayi akan membuat kesimpulan sendiri bahawa sesi mengambil gambar adalah sesuatu yang merimaskan dan membosankan.

Biasanya bayi akan meragam bila merasakan sesuatu itu rasa bosan dan mengantuk lalu dia akan menunjukkan perasaannya.

Jadi nampak anak macam mengamuk apa kata berhenti rehat sebenar untuk menidurkannya dahulu.

Inilah sedikit tips yang boleh diguna pakai oleh anda sekiranya mahu melakukan sesi bergambar bersama anak di rumah.

Malah dengan cara ini dapat menjimatkan wang dan masa untuk mendapatkan seorang jurugambar profesional yang tentu mengenakan bayaran tertentu.

Tapi kalau ada bajet lebih tidak ada salahnya untuk anda mengupah fotografer bagi merakam detik indah ini.

Semoga bermanfaat.Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka Pelik Comel Sungguh!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : DailyMail, Sis Hawa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comgambar-perut-mengandung-hati-hati

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!