Adakah miss V saya akan kembali seperti biasa selepas bersalin?

lead image

Anda tertanya-tanya adakah miss V akan kembali pulih lepas bersalin? Mari semak gambar faraj selepas bersalin ini untuk mengetahui apa terjadi pada faraj.

Gambar faraj selepas bersalin

Dengan rasa berdebar-debar untuk bersalin dan jumpa baby comel itu, pasti anda pernah tertanya-tanya apa yang akan terjadi pada miss V selepas bersalin. Ada ibu-ibu yang siap google gambar faraj selepas bersalin untuk mencari jawapannya!

Mungkinkah faraj boleh kembali pulih selepas merenggang untuk bersalin normal melalui vagina? Adakah perineum (kulit antara dubur dan vagina) akan terkoyak juga? Ataupun adakah anda akan terpaksa melalui episiotomi?

Proses bersalin bagi setiap wanita adalah berbeza-beza. Namun jika anda ingin tahu apa yang terjadi pada vagina selepas bersalin dan bagaimana gambar faraj selepas bersalin, kami akan berkongsi jawapannya.

Faraj sudah bersedia untuk proses kelahiran

gambar faraj selepas bersalin, kemaluan wanita selepas bersalin, faraj selepas bersalin, cara menjaga faraj selepas bersalin, cara jaga faraj, faraj selepas bersalin, faraj selepas beranak, proses bersalin, proses beranak, miss v selepas bersalin, miss v selepas beranak, faraj wanita, faraj,

Kredit: bloopz.tumblr.com

Walaupun sukar untuk membayangkan gambar faraj selepas bersalin, tapi sebenarnya miss V anda ini sudah dicipta khas untuk bersedia bagi proses kelahiran. 

Sepanjang anda mengandung, badan telah menyediakan miss V ini untuk melakukan tugasnya dengan merembeskan hormon estrogen dan relaxin.

Kemaluan wanita selepas bersalin: proses regangan

Faraj anda akan merenggang ketika dalam proses bersalin. Proses renggangan ini berbeza bagi setiap ibu bergantung kepada:

  • Saiz bayi
  • Genetik anda
  • Sama ada anda melakukan senaman lantai pelvik atau tidak ketika mengandung
  • Mungkin memerlukan bantuan forceps atau vakum
  • Berapa banyak kali anda pernah bersalin

Gambar faraj selepas bersalin: jika perineum tidak terkoyak

Jika anda bersalin normal melalui vagina dan perineum tidak terkoyak, anda hanya akan merasa sedikit kesakitan dan ketidakselesaan saja. 

Walaubagaimanapun, vagina anda masih merenggang dan mengalami kesan lebam. Ia biasanya berlanjutan sehingga 3-5 minggu. Ibu mungkin akan rasa sakit jika ingin bersin atau batuk.

Gambar faraj selepas bersalin: jika perineum terkoyak atau anda melalui episiotomi

gambar faraj selepas bersalin, kemaluan wanita selepas bersalin, faraj selepas bersalin, cara menjaga faraj selepas bersalin, cara jaga faraj, faraj selepas bersalin, faraj selepas beranak, proses bersalin, proses beranak, miss v selepas bersalin, miss v selepas beranak, faraj wanita, faraj,

Kredit: commons.wikimedia.org

Jika anda bersalin normal namun perineum anda terkoyak atau anda terpaksa melalui episiotomi (proses membuka ruang pada vagina), maka begini keadaan dan gambar faraj selepas bersalin anda.

Anda akan merasai sedikit kesakitan dan rasa seolah-olah melecur kerana kesan koyakan. Biasanya, ia akan dijahit. Luka jahitan memerlukan masa hampir 7 hingga 10 hari untuk baik.

Jadi, ibu-ibu digalakkan untuk memberi faraj anda masa untuk sembuh. Kalau jahitan sudah sembuh, kesakitan yang anda rasa mungkin akan hilang selepas 6 minggu.

Kemaluan wanita selepas bersalin: jika anda melalui c-section

Jika anda tidak meneran dan terus melakukan pembedahan c-section, gambar faraj selepas bersalin anda tidak akan berubah.

Namun jika anda sempat meneran sebelum c-section, faraj anda mungkin akan sedikit merenggang dan anda akan mengalami rasa tidak selesa selepas bersalin. 

Walau apapun cara dan kaedah anda bersalin, doktor pasti akan menasihati anda untuk berhenti melakukan seks sekurang-kurangnya sehingga habis pantang atau selama 6 minggu.

Adakah faraj anda akan kembali seperti biasa selepas bersalin?

gambar faraj selepas bersalin, kemaluan wanita selepas bersalin, faraj selepas bersalin, cara menjaga faraj selepas bersalin, cara jaga faraj, faraj selepas bersalin, faraj selepas beranak, proses bersalin, proses beranak, miss v selepas bersalin, miss v selepas beranak, faraj wanita, faraj,

Ini persoalan yang sentiasa bermain di minda semua wanita. Mereka risau apa akan terjadi pada faraj mereka selepas bersalin.

Jangan risau. Adalah normal untuk faraj tidak kembali sepenuhnya seperti dulu kala. Namun, selepas ia sembuh, ia seakan-akan sama seperti faraj kita yang dulu! Faraj ini sungguh power sebab ia elastik dan mampu kembali seperti sedia kala.

Adakah pasangan akan sedar dengan perubahan pada vagina ini?

Melainkan jika anda mengalami kesan koyakan selepas bersalin (seperti 3 degree atau 4 degree), suami takkan sedar langsung perubahan ini!

Gambar faraj selepas bersalin: Bagaimana nak ketatkan faraj selepas beranak?

Cara paling bagus untuk mengembalikan keanjalan faraj anda selepas bersalin adalah dengan melakukan senaman otot pelvik iaitu Kegel. 

Kegel akan membina otot di sekitarnya untuk kembali pulih. Cuba lakukan senaman ini apabila anda sudah selesa selepas bersalin. Lakukannya selama 5 minit setiap 3 kali sehari. 

Walau apapun yang terjadi, jangan risau wahai wanita-wanita hebat semua. Vagina anda itu telah dicipta untuk mampu melalui proses bersalin dan ia akan kembali pulih selepas itu.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda. Jom kongsi ia dengan wanita-wanita lain di luar sana 😉

 

 

 

Sumber rujukan: What to Expect

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Suami Cakap Faraj Saya Longgar Selepas Bersalin, Ini Apa Saya Buat…