28 gambar dari seluruh dunia bukti ibu adalah orang terpenting dalam hidup anak
Melihat kepada kompilasi 28 gambar ibu dan anak ini, ia mengingatkan kita tentang betapa pentingnya peranan seorang ibu dalam hidup seorang anak.
Dalam hidup seorang anak, ibu sememangnya orang paling utama. Dengan kesedaran tersebut, kami kongsikan dengan anda 28 gambar ibu dan anak yang dikompilasikan dari beberapa negara di seluruh dunia.
Ia mengingatkan kita betapa pentingnya peranan seorang ibu
Yang pastinya, kepentingan sosok seorang ibu itu bukan sahaja di kalangan masyarakat kita, tetapi dalam masyarakat lain juga. Melahirkan, menyusu, menjaga, mengasuh, mendidik, dan menyayangi – itu sememangnya “tugasan” yang dilakukan oleh para ibu dengan seikhlas hati.
Dengan melihat gambar ibu dan anak dari seluruh dunia ini, kita akan dapat melihat dan lebih memahami keunikan dan keistimewaan seorang ibu dari negara-negara yang berbeza.
Ia memang menarik dan mampu memberikan inspirasi kepada kita sebagai seorang ibu!
28 gambar ibu dan anak yang beri inspirasi
Malaysia
Indonesia
Thailand
Vietnam
Myanmar
India
China
Timor Leste
Bolivia
Cuba
Gambia
Kenya
Burkina Faso
Guatemala
Uganda
Peru
Nepal
Rusia
Laos
Ethiopia
Malawi
Cambodia
Cameroon
Tibet
Gambar ibu dan anak yang membuka mata kita tentang budaya dan gaya hidup orang lain
Setiap gambar ibu dan anak yang kita lihat di atas berbeza daripada segi wajah, feel dan latar belakang, kan? Namun, semua ibu-ibu ini berkongsi satu perkara yang sama, ianya adalah dedikasi dan kasih sayang pada anak yang tidak berbelah-bahagi.
Dengan mendedahkan diri kita dengan kehidupan ibu-ibu dari negara lain, ia akan membuka mata dan minda kita tentang budaya dan cara hidup masyarakat dunia.
Kita mungkin nampak berlainan. Kita mungkin mempunyai petua dan cara penjagaan anak yang berbeza dengan mereka, tetapi pada dasarnya, kita semua adalah seorang ibu.
Apa kata anda pula berkongsi gambar ibu dan anak yang menjadi kegemaran anda? Ia pasti dapat menceritakan seribu satu kisah dan pengalaman anda sebagai seorang ibu.
Sumber: Brightside.me
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: