Keindahan proses menyusu anak tergambar dalam 21 foto zaman Victorian
Melalui 21 gambar menyusu anak ini, kita dapat lihat bagaimana para ibu di era Victorian menyusukan anaknya seperti yang terakam oleh kamera pada zaman tersebut. Memang indah dan nostalgik!
Gambar menyusu anak
Menyusukan si kecil adalah sebuah proses semula jadi, di mana si ibu memberikan nutrisi berkhasiat kepada bayi. Ia menjadi satu detik bonding antara ibu dan bayi yang cukup intim. Melalui 21 gambar menyusu anak yang dirakam dari era Victorian ini, memang jelas terpampar keindahan tersebut.
1. Kemesraan hubungan ibu dan bayi mula tercipta di saat penyusuan badan bermula
2. Ibu ini menyusukan anaknya di depan rumah
3. Bukan sahaja si bayi yang menyusu, si kakak pun ikut serta di dalam foto yang dirakam ini
4. Tidak kiralah di manapun, nutrisi untuk si anak selalu diutamakan
5. Demi anak, ibu ini tetap menyusukan walaupun keletihan
6. Ekspresi bahagia si ibu apabila mengetahui yang anaknya menerima khasiat yang terbaik
7. Gambar menyusu anak zaman dahulu, berposing bersama bayi di depan kamera
8. Detik indah ibu dan anak yang boleh dilakukan di mana saja
9. Ibu menyusukan anaknya di bilik bayi pada siang hari
10. Si bayi yang sedang menyusu sedang menatap wajah ibunya
11. Tatapan mesra ibu melihat bayinya yang sedang menyusu dengan tenang
12. Berkongsi ketawa dengan bayi ketika sedang menyusui
13. Usaha seorang ibu untuk menyusukan anaknya dirakam oleh kamera
14. Berkongsi susu badan dengan haiwan peliharaan!
15. Si kakak memeluk manja si ibu yang sedang menyusukan adiknya
16. Gambar menyusu anak, ia momen indah yang tiada gantinya
17. Sejak dulu, para ibu juga menyusukan anaknya sehingga usia dua tahun
18. Seorang ibu bekerja dirakam sedang menyusukan anaknya
19. Semangat ibu menyusukan bayi tak akan pernah pudar dek waktu
20. Tiap ibu mempunyai gaya berbeza ketika menyusukan bayi
21. Di mana sahaja, bila-bila masa, susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi
Memang indah rakaman gambar menyusu anak di atas. Ia dirakam pada zaman Victorian dan ternyata, foto-foto di atas membuktikan yang aktiviti menyusu badan bukanlah hal yang dianggap memalukan.
Ia boleh dilakukan di mana saja dan bila-bila masa sahaja, selagi mana adab dan adat penduduk setempat dihormati.
Keperluan bayi adalah fokus utama ibu, dan pada masa yang sama, ia juga menjadi momen bonding yang tidak ternilai buat ibu dan anak.
Sumber: The Asian Parent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia