Gambar viral seorang kanak-kanak mangsa dadah di Amerika

undefined

Jangan biarkan anak anda mengalami keadaan yang sama seperti kanak-kanak yang berada dalam gambar itu. Jauhilah dadah, jangan membiarkan dadah menguasai hidup anda.

Pada satu masa, East Liverpool, terkenal sebagai pusat industri tembikar di Ohio, tetapi malangnya bandar ini sekarang menghadapi masalah dadah opioid, heroin dan fentanyl yang berleluasa.

Jabatan Polis East Liverpool telah mengambil keputusan untuk berkongsi di media sosial, gambar yang menunjukkan Acord, 50, dan Pasek, 47, pengsan dengan mulut terbuka di tempat duduk hadapan SUV mereka, dan seorang kanak-kanak dengan renungan senyap dari belakang. 

Gambar itu telah melukis sejuta perkataan dan mengambil perhatian ramai rakyat orang Amerika.

Gambar viral seorang kanak-kanak mangsa dadah di Amerika

sumber gambar: nbcnews.com

Akibat Penyalahgunaan Dadah

Pegawai polis yang dalam perjalanan ke pejabat telah melihat kereta Acord bergerak dengan tidak menentu sebelum berhenti di tepi jalan. Apabila sedar dibelakang kereta itu terdapat seorang kanak-kanak, pegawai polis itu telah menelefon untuk meminta pertolangan perkhidmatan sosial.

Polis telah menjumpai sekeping lipatan kertas, yang mengandungi sedikit serbuk merah jambu diantara kaki Pasek.

“Heroin mempunyai pengaruh yang kuat dalam banyak masyarakat dan bukan terhad kepada masyarakat kita sahaja. Menunjukkan gambar ini mungkin akan menyinggung perasaan beberapa orang, tetapi kami bersedia untuk menanggung tanggungjawab itu,” kata wakil Jabatan Polis East Liverpool.

Masalah Dadah dalam Malaysia

Media massa mungkin tidak akan menggunakan gambar-gambar yang mengejutkan seperti ini untuk mendapatkan perhatian rakyat Malaysia. Tetapi ini tidak bermakna, kejadian sebegini tidak mungkin akan berlaku di negara kita.

Adakah kita benar-benar tahu tahap teruknya masalah dadah di negara kita sendiri? Sejumlah 131,841 penagih dadah telah didaftarkan di Malaysia antara Januari 2010 dan Februari 2016, kata Kementerian Dalam Negeri, dimana 8,732 diantara mereka adalah remaja dibawah umur 19 tahun. (NST).

Gambar viral seorang kanak-kanak mangsa dadah di Amerika

sumber gambar: psychologytoday

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, dalam tempoh tahun 2010 hingga 2015:

  • Pulau Pinang merekodkan jumlah penagih tertinggi.
  • Pecahan mengikut kaum pula, Melayu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 100,240 penagih.

Kerjasama semua untuk mengatasi gejala ini

Ibu bapa memainkan peranan dalam mengatasi gejala ini. Ibu bapa perlu menasihati dan menegaskan anak-anak mereka agar menjauhi najis dadah.

Jelaskan kepada anak-anak tentang keburukan katagihan dadah dan penyakit berbahaya seperti AIDS. Sebagai ibu bapa kita mestilah memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak kita pada setiap masa.

Masalah ini juga boleh diatasi dengan tindakan individu itu sendiri. Ia adalah harapan setiap ibu bapa untuk mendidik anak untuk mempunyai jati diri yang tinggi agar dapat mengelak apa jua pengaruh negatif yang akan datang.

Tetapi ini bukan hanyalah nasihat kepada remaja-remaja kita. Mungkin ada juga diantara ibubapa yang ketagihan dadah?

Kegembiraan dan suka rasa “high” untuk menghilangkan masalah hanyalah khayalan sahaja. Ia tidak akan menyelesaikan masalah anda. Sebaliknya penyalahgunaan dadah hanya akan menyebabkan kematian dan kesengsaraan.

Jangan biarkan anak anda mengalami keadaan yang sama seperti kanak-kanak yang berada dalam gambar itu. Jauhilah dadah, jangan membiarkan dadah menguasai hidup anda.

sumber: TimeAbc.net.au

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!