Ganja menyebabkan seorang lelaki membakar anak perempuan berusia 3 tahun hidup-hidup

lead image

Anak perempuannya telah mengalami luka terbakar yang teruk kepada 13% daripada badannya. Ibunya telah berkata dia boleh 'hidu bau daging yang terbakar' dan anaknya kelihatan terkejut, menjerit dan menangis kesakitan.

Edward John Herbert, 42,  telah dituduh menuang minyak petrol ke atas kedua-dua anak perempuannya, dan menyalakan api yang membakar anak perempuannya yang berumur 3 tahun. Anak perempuan autistik seorang lagi yang berusia 7 tahun, adalah kakak kepada mangsa.

Kejadian tersebut telah belaku di Doubleview, di utara Perth, di negara Australia pada bulan Ogos 2015. Pada masa itu, Konstabel Stephanie Bochorsky tidak bertugas dan sedang menonton televisyen di rumah jiran apabila terdengar perbalahan antara Herbert dan pasangannya.

Terlalu Cantik

Herbert telah mengejar pasangannya dengan sebilah pisau dan mengancam untuk meletupkan rumah sebelum menyalakan api pada anak perempuannya atas sebab “dia terlalu cantik.”

Stephanie telah menutup kanak-kanak yang terbakar tersebut dalam selimut, untuk memadamkan api. Dia telah melihat Herbert mencurahkan petrol ke atas anak gadis yang lebih tua di katilnya. Stephanie telah menyuruh Herbert untuk menjauhi anaknya, tetapi dia berdiri bercegat disitu dan tidak bergerak.

Stephanie berjaya mengheret anaknya yang lebih tua dari katil, dan bergegas keluar dari rumah.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/03/6735680 3x2 940x627.jpg Ganja menyebabkan seorang lelaki membakar anak perempuan berusia 3 tahun hidup hidup

sumber: abc.net.au

Pengguna Ganja

Pendakwa telah memberitahu mahkamah, Herbert adalah seorang pengguna ganja dan kaki botol. Herbert juga telah berkelakuan pelik dan dengan mood yang tidak stabil sebelum kejadian itu.

Menurut kenyataan mahkamah pasangannya, Herbert seolah-olah sedang bercakap dengan diri sendiri. Dia rasa takut dan telah cuba untuk menenangkan keadaan, tetapi Herbert telah memberitahunya “werewolf akan datang sebelum tengah malam,” dan selepas itu, “saya akan membunuh anda.”

Anak perempuannya telah mengalami luka terbakar yang teruk kepada 13% daripada badannya. Ibunya telah berkata dia boleh ‘hidu bau daging yang terbakar’ dan anaknya kelihatan terkejut, menjerit dan menangis kesakitan.

Bapa kepada tiga orang anak, kini menghadapi 5 tuduhan termasuk tuduhan mencederakan, tuduhan cuba mencederakan anaknya, tuduhan bersenjatakan pisau dan tuduhan menuang minyak petrol ke atas kedua-dua anaknya. Dia juga telah dihantar untuk penilaian kesihatan mental.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/03/1295773.main image.jpg Ganja menyebabkan seorang lelaki membakar anak perempuan berusia 3 tahun hidup hidup

sumber: thesun

 

Ganja boleh menyebabkan Gangguan Bipolar dengan ciri-ciri Psikosis

Mengikut kajian ini, mabuk ganja boleh menyebabkan psikosis yang teruk. Keadaan orang yang sudah berpenyakit psikotik juga akan bertambah teruk.

Penggunaan ganja boleh menyebabkan orang itu depersonalization (keadaan di mana pemikiran dan perasaan seseorang seolah-olah tidak benar atau tidak milik sendiri, atau orang yang kehilangan semua rasa identiti), takut mati, rasa cemas yang tidak rasional serta idea-idea gila ketakutan.

Kajian telah melaporkan bahawa 15% daripada pengguna ganja telah mengalami ciri-ciri psikosis, seperti mendengar suara orang atau mempunyai perasaan penganiayaan yang tidak wajar.

Gangguan Afektif Bipolar

Herbert telah menulis surat kepada pasangannya dari penjara untuk meminta maaf atas kejadian tersebut. Herbert juga memberitahu pasangannya bahawa dia tidak dapat mengingati peristiwa yang berlaku pada 28 Ogos 2015.

“Mereka berkata saya mempunyai penyakit mental dan merokok ganja telah menjadikan keadaan saya lebih teruk.” katanya dalam surat itu.

Doktor Steve Patchett telah memberitahu mahkamah, Herbert berkemungkinan telah mengalami gangguan afektif bipolar.

Dr Patchett berkata terdapat “bukti psikosis” pada hari dan malam kejadian itu, boleh dikaitkan dengan alkohol dan ganja yang digunakan oleh Herbert.

 

Sumber: ABC, Mirror

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!