7 Sebab Kenapa Bayi Bawah Setahun Tak Boleh Diberi Gula & Garam

lead image

Sebaiknya, ibu harus tahu bahaya jika diberikan garam untuk bayi makan. Ini kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit tertentu pada bayi anda!

“Tawarnya rasa makanan bayi ni. Cuba tambah garam untuk bayi kamu makan. Barulah dia berselera sikit!” 

Ini antara alasan yang sering kita dengar bila menyediakan makanan untuk bayi, walhal si kecil itu belum pandai pun beza yang mana sedap dan tidak. 

Sebenarnya, makanan bayi bawah setahun disarankan tidak menggunakan apa-apa bahan perasa dan garam sehingga mereka mencecah usia satu atau dua tahun.

Garam untuk bayi – kenapa tak boleh diberi pada bayi bawah setahun? 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/Sarawakvoice.com .jpg 7 Sebab Kenapa Bayi Bawah Setahun Tak Boleh Diberi Gula & Garam

Kredit: Sarawak voice.com

  • Keperluan garam untuk bayi kurang dari satu gram sehari. Dalam susu ibu atau formula sendiri sudah terkandung 0.4 gram sodium yang cukup untuk si kecil. 
  • Selama enam bulan, bayi hanya terima satu rasa iaitu susu ibu. Disebabkan itu, menu sesedap mana pun akan menjadi ‘rasa’ baru baginya. 
  • Jika terlalu banyak garam dalam tubuh bayi, ia akan menyebabkan ginjal jadi berat, sekaligus risiko hipertensi dan penyakit ginjal ketika dewasa.

Ketika usia masuk setahun ke atas, sebaiknya ibu masih perlu mengehadkan pemberian garam bagi menjaga kesihatan bayi. 

Berikut merupakan panduan garam untuk bayi daripada Scientific Advisory Committee On Nutrition (SACN):

  • 0-12 bulan – kurang dari 1 gram (0.4 gram sodium)
  • 1-2 tahun – 2 gram (0.8 gram sodium)
  • 4-6 tahun – 3 gram (1.2 gram sodium)
  • 7-10 tahun – 5 gram (2 gram sodium)
  • 11 tahun ke atas – 6 gram (2.4 gram sodium)

Bagaimana dengan gula? Gula boleh bagi ke tidak?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/pama.jpg 7 Sebab Kenapa Bayi Bawah Setahun Tak Boleh Diberi Gula & Garam

Kredit: PAMA

Sama seperti garam, gula juga dilarang untuk bayi bawah setahun. Namun, ramai ibu bapa salah faham dengan tidak bagi langsung makanan manis pada si kecil.

Gula yang dimaksudkan ialah gula buatan yang melalui proses kimia seperti gula pasir atau gula-gula. 

Amalan makan gula jenis ini bahaya pada kesihatan si kecil. Alasannya kerana:

 Bahan pengganti garam untuk makanan bayi 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/hello sehat.jpg 7 Sebab Kenapa Bayi Bawah Setahun Tak Boleh Diberi Gula & Garam

Kredit: Hello Sehat

Tidak sukar mencari bahan pemanis yang asli seperti buah-buahan yang memiliki rasa manis semula jadi. Contohnya seperti pisang dan betik. 

Apatah lagi dengan pisang, ibu boleh menyediakan pelbagai jenis makanan daripada buah tersebut seperti puri pisang, lempeng pisang, yogurt pisang dan lain-lain. 

Selain itu, ibu juga boleh menambah madu, kurma, kismis, lobak, kentang dan ikan bilis ke dalam makanan anak. Semuanya mencipta rasa yang enak dan sihat buat si kecil. 

Semoga bermanfaat. 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar : Wide Open Eats

Sumber: Penulis asal Febby. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga 

101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!