Garis Panduan Diperlukan untuk Menangani Obesiti Di Kalangan Kanak Kanak

undefined

Terdapat 11 jenis kanser yang berkaitan dengan obesiti seperti, kanser usus, kanser hati, kanser perut, kanser esofagus dan kanser pankreas.

Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (ASCOM) William Huee mencadangkan bahawa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan garis panduan serta melakukan pemeriksaan terhadap pengusaha kantin kantin sekolah.

Langkah ini adalah untuk memastikan bahawa kanak kanak sekolah memakan makanan yang lebih sihat dan menangani masalah obesiti di kalangan kanak kanak sekolah.

Beliau berkata demikian setelah mendapati beberapa buah sekolah menjual makanan rapu dan minuman berkarbonat di dalam dan luar kawasan sekolah. Makanan dan minuman sebegini sangat membahayakan kesihatan kanak kanak, terutamanya, ia mengandungi banyak bahan pengawet, pewarna dan gula, yang melebihi saranan Kementerian Kesihatan.

Selain dari obesiti, makanan dan minuman ringan sebegini akan mengakibatkan masalah hati dan jantung, serta kencing manis. Huee yang pernah didenda 40 tahun lepas kerana menjual makanan tidak sihat juga berkata, “Matlamat saya adalah untuk mewujudkan kesedaran dikalangan kanak kanak sekolah tentang makanan alternatif.

Contohnya, daripada meminum air sirap yang penuh dengan gula dan pewarna, minumlah minuman seperti air barli atau cincau”

Kajian menunjukkan bahawa risiko kanak kanak mendapat penyakit kronik adalah tinggi jika mereka adalah obes. Pakar pemakanan dari Persatuan Kanser Kebangsaan; Chan Wan Thung berkata, terdapat 11 jenis kanser yang berkaitan dengan obesiti seperti, kanser usus, kanser hati, kanser perut, kanser esofagus dan kanser pankreas.

Hal ini adalah sangat penting dan Kementerian Kesihatan dan Pendidikan haruslah memain peranan penting untuk mencegah obesiti. Mulalah dengan mendenda penjaja yang menjual makanan tidak sihat di dalam dan diluar kawasan sekolah, menggalakkan memakan makanan sihat dan menjual makanan alternatif yang lebih sihat.

Penjaja-penjaja juga haruslah bertanggungjawab dan jangan menjual makanan rapu dan minuman berkarbonat kepada kanak kanak. Mereka juga haruslah menjalani kursus untuk meningkatkan ilmu tentang pemakanan sihat.

Ibu bapa juga haruslah memainkan peranan penting dan cubalah pek makanan dari rumah yang senang disediakan seperti sandwic, salad, nasi goreng dengan sayuran atau bijirin supaya anda boleh memantau pengambilan makanan mereka.

Rujukan: Astro Awani

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!