4 Gaya Pemberian Makanan: Adakah anda tahu gaya anda?

Kajian ada menyatakan bahawa cara anda memberi makan kepada anak anda mempengaruhi hubungan mereka dengan makanan

Semua daripada kita inginkan anak yang sihat, sebab itulah kita cuba untuk memberi makanan kepada mereka dengan baik. Tetapi, tahukah anda yang bagaimana kita memberi makan kepada mereka juga adalah faktor kepada kesihatan anak anda?

Psikologi moden telah lama mengenalpasti 4 gaya pemberian makanan ibu bapa: secara autoriti, bersifat lalai, terlalu membenarkan dan berwibawa. Empat gaya pemberian makanan ibu bapa ini merangkumi semua bidang pengasuhan anak, termasuklah pemakanan.

Kajian telah menunjukkan beberapa kaitan di antara gaya pemberian pemakanan dan habit pemakanan anak-anak, seperti yang dirumuskan di bawah.

Apakah Gaya Pemberian Makanan Anda?

1. Secara Autoriti

Inilah yang para psikologi panggil gaya pemakanan ‘pinggan bersih’. Melalui gaya ini, ibu bapa mengarahkan anak-anak untuk makan dan meletakkan makanan di pinggan untuk anak-anak. Mereka selalunya tidak kisah apa yang anak mereka suka atau tidak suka, asalkan semua yang diberi kepada anaknya itu habis dimakan.

Bagaimana Ia Mempengaruhi Anak-Anak

Anak-anak yang diberi makan melalui gaya autoriti selalunya tidak mampu untuk mengenalpasti bila mereka lapar atau kenyang, seterusnya membuatkan mereka mudah untuk mempunyai berat badan berlebihan atau kurang berat badan.

Mereka juga cenderung untuk kurang makan buah atau sayur, dan lebih kepada makanan yang dilarang apabila mereka mempunyai akses kepada makanan tersebut. Anak-anak ini turut kurang menikmati makanan, dan sering makan dengan perlahan.

Photo: Shutterstock Photo: Shutterstock

2. Terlalu Membenarkan

 Ibu-bapa sebegini tidak menetapkan had yang jelas, jadi anak-anaklah yang menetapkan apa yang mereka makan. Jika anda selalu memasak makanan untuk anak anda di saat-saat akhir, ini mungkin gaya pemberian makanan anda.

Bagaimana Ia Mempengaruhi Anak-Anak

Anak-anak yang dibesarkan oleh ibu-bapa yang terlalu membenarkan akan makan lebih banyak makanan ringan dan snek. Berat badan berlebihan di kalangan anak-anak prasekolah juga pernah direkodkan.

3. Bersifat Lalai

Adakah peti ais anda selalu kosong? Adakah anda lupa untuk makan dan memberi makan kepada anak anda? Ia mungkin masanya untuk anda berubah, kerana ia adalah sejenis gaya pemberian makanan yang bersifat lalai, yang akan menjejaskan anda dan juga kesihatan anak anda.

Bagaimana Ia Mempengaruhi Anak-Anak

Apabila anda tidak pasti bilakah hidangan seterusnya akan sampai kepada anda, ia sememangnya logik untuk anda selalu memikirkan hal makanan, dimana ianya adalah sesuatu yang telah dikenalpasti oleh para pengkaji, berserta dengan ketidakstabilan emosi.

pexels-photo-128402

4. Berwibawa

Ini adalah gaya pemberian makanan “Tepat”, di mana ibu bapa memberikan banyak sokongan kepada anak untuk makan dengan baik, disamping mengharapkan dan memupuk tabiat baik semasa waktu makan.

Melalui gaya pemberian makanan ini, ibu bapa bertanggungjawab terhadap apa, bila, dimana waktu makan, sementara anak-anak menetapkan berapa banyak dan sama ada untuk makan atau tidak.

Bagaimana Ia Mempengaruhi Anak-Anak 

Gaya pemberian makanan yang berwibawa selalu menghasilkan anak-anak yang menunjukkan sikap mengambil berat terhadap pengambilan makanan mereka sendiri. Mereka juga lebih banyak makan makanan yang sihat berbanding rakan sebaya mereka.