Ibu ayah tidur gaya apa? 5 fakta unik ini kesan personaliti anda melalui gaya tidur!

Tahukah anda yang gaya tidur dan personaliti anda saling berkait rapat? Ha... kalau tak percaya, jom semak apa gaya tidur dan apa personaliti anda.

Wah, dari posisi gaya tidur sahaja kita boleh tahu personaliti seseorang? Ya, betul! Pakar psikologi mendedahkan gaya tidur dan personaliti saling berkaitan.

Ketika kita tidur, alam bawah sedar akan mengambil alih tibuh kita dan semua pergerakan semasa tidur. Oleh itu, posisi gaya tidur yang paling sering anda lakukan boleh mencerminkan keperibadian anda!

Tak percaya? Jom baca betul ke personaliti anda sama dengan gaya tidur anda ini melalui 6 perkongsian gaya tidur dan personaliti yang kami sediakan di bawah.

1. Gaya tidur dan personaliti: Meringkuk seperti bayi dalam kandungan

gaya tidur dan personaliti

Untuk sesetengah orang, tidur paling selesa adalah dengan posisi meringkuk seperti ini. Sayangnya, mereka yang suka tidur meringkuk ini sebenarnya memiliki personaliti cepat cemas dan selalu memikirkan perkara-perkara negatif dan selalu risau.

Namun, apa yang mengejutkan adalah kajian mengatakan posisi ini adalah posisi yang paling sering dilakukan!

Tak hairanlah ramai orang tidur gaya ini selepas fikir banyak perkara, mereka nak tidur yang tenang seperti bayi.

2. Gaya tidur dan personaliti: Satu kaki bengkok ke atas

gaya tidur dan personaliti

Orang yang tidur dengan gaya begini adalah orang yang cerewet dan hendak orang lain mengikut kemahuan mereka.

Mereka juga sering mengeluh dan tak ingin menyesuaikan diri. 

Orang dengan gaya tidur ini juga sering nervous dan fikir sejuta kali sebelum membuat keputusan. Tapi jika dia sudah membuat keputusan, dia tidak akan mengubah pendiriannya walau apa yang terjadi.

3. Gaya tidur dan personaliti: Posisi gaya tidur badan ke bawah

gaya tidur dan personaliti

StockSnap / Pixabay

Gaya tidur ini merupakan gaya tidur yang tidak selesa. Orang yang tidur gaya ini selalunya orang yang mempunyai ego yang tinggi dan keras kepala.

Dia juga suka menguruskan semua benda serta sensitif dan tidak boleh menerima kritikan.

4. Gaya tidur dan personaliti: Posisi gaya tidur telentang

gaya tidur dan personaliti

Anda pernah tidur telentang dengan kedua tangan dan kaki seperti ini, dan hampir menguasai seluruh permukaan tempat tidur?

Orang yang suka tidur dalam posisi ini, adalah pendengar yang baik dan teman yang sangat baik.

Orang ini juga boleh membuat orang lain merasa tenang dengan karakternya yang periang dan berjiwa bebas. Mereka juga suka berada di tempat yang tersorok kerana tidak sukakan perhatian.

5. Posisi gaya tidur menegak seperti pokok

gaya tidur dan personaliti

Mereka yang tidur dengan gaya ini akan menjaga badannya supaya kekal dalam posisi ini sehongga mereka bangun.

Orang yang tidur gaya ini adalah seorang yang ceria dan mudah bergaul. Tetapi, mereka juga senang percaya pada orang dan mudah ditipu. Jadi, berhati-hati ya?

6. Tidur dengan menutup selimut dari hujung rambut sampai hujung kaki

gaya tidur dan personaliti

Free-Photos / Pixabay

Gaya tidur ini mencerminkan seseorang yang berani walaupun dalam situasi yang sukar. Mereka juga suka menyelesaikan masalah sendiri tanpa bantuan orang lain. 

Orang ini juga biasanya pemalu dan banyak menyimpan rahsia.

Ha... apa gaya tidur dan personaliti anda "kena" dengan apa yang kami kongsikan ini?

 

 

 

 

 

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Anak lahir waktu pagi atau malam? Ketahui peribadi anak ikut waktu lahir