Selama Ini Ibu Ayah SALAH Guna Baby Carrier, Ini Pentingnya Memilih Carrier Jenis Ergonomic

undefined

Tabiat gendong anak menggunakan baby carrier semakin meluass. Namun, tahukah anda kesilapan menggunakan alatan ini memberikan risiko besar kepada bayi?

Tidak dinafikan, penggunaan baby carrier untuk gendong anak menjadi pilihan golongan ibu ayah pada masa kini supaya memudahkan urusan membawa bayi keluar berjalan.

Pelbagai pilihan dan jenama carrier dalam pasaran yang sesuai dengan anak kecil, namun kebelakangan ini nampaknya ibu ayah tidak sedar akan kesilapan mereka dalam menggunakan alatan gendong anak ini.

Sedarkah anda bahawa membawa bayi dalam carrier non ergonomic and facing forward adalah tidak sesuai dan memberikan kesan yang tidak baik kepada bayi?

Sebenarnya, meletakkan bayi dalam kedudukan sebegini boleh membuatkan bayi berasa tidak selesa kerana kakinya terjuntai begitu sahaja ke bawah.

gendong bayi

Credit: sources

Kaedah gendong anak yang selamat

Front facing adalah muka bayi menghadap ke hadapan dan bukannya dada ibu.

Memang segelintir ibu merasakan kedudukan ini menambahkan kemesraan dengan anak, namun jika tersalah teknik ia boleh memberikan risiko terhadap kesihatan fizikal bayi.

Pemilihan alat gendong anak yang paling mudah ialah anda perlu memastikan bahagian panel pengendong tersebut boleh menyokong kedudukan kaki anak dari lutut ke lutut.

Dalam hal ini, ibu ayah perlu mengutamakan penggunaan carrier yang jenis ergonomic kerana kedudukan bayi lebih selesa dan berbentuk M setelah diletakkan dalam carrier berkenaan.

Kesan Penggunaan Baby Carrier Secara Face Facing

Amalan gendong anak menggunakan baby carrier dengan cara menghadap ke depan untuk tempoh yang lama sangat berbahaya kepada mental dan fizikal bayi.

#1. Menjejaskan fungsi otak

Ia boleh menganggu fungsi otak bayi yang berusia bawah 2 tahun kerana belum sepenuhnya berkembang.

Dalam hal ini, sekiranya anda terbiasa membawa anak-anak keluar berjalan di pusat beli belah mahupun bersiar-siar, bayi akan terdedah dengan pelbagai banyak perkara.

Otak si manja akan menerima maklumat yang berlebihan biarpun sebenarnya belum bersedia untuk menerima kuantiti maklumat secara sekaligus.

Bayi yang terpaksa melihat persekitaran yang penuh dengan pelbagai situasi membebankan mental mereka.

#2. Menyebabkan Hip Dysplasia

cara salah gendong anak

foto: Today’s Parent

Penggunaan alatan menggendong bayi yang salah ini mendatangkan kesan buruk kepada bayi dengan gejala hip joint atau dikenali sebagai Hip Dysplasia.

Hip dysplasia terjadi apabila tulang pangkal paha bayi (femoral head) terkeluar dari socket (acetabulum) atau kedudukan asal (lihat gambar A).

Anda boleh melihat kesan ini apabila bayi mula berjalan pada usia 2-3 tahun. Mereka bergerak secara kurang stabil kerana salah satu kaki menjadi lebih panjang.

#3. Membahayakan kedudukan tulang bayi

Ketika anda menggendong bayi secara menghadap ke hadapan, posisi bayi akan menjadi sedikit condong ke depan.

Jika anda meletakkan bayi dalam keadaan begini untuk waktu yang cukup lama, ia boleh menyebabkan tulang belakangnya berubah menjadi melengkung.

Bukan itu sahaja, anda juga akan menghadapi kesukaran untuk memakai lampin bayi dan ketika bayi meniarap, akan kelihatan kedudukan pinggul yang tidak selari.

Jika masalah ini tidak dirawat terlebih awal, kesakitan ini akan dirasai pada usia remaja dan boleh mengudang masalah artritis.

#4. Kesan negatif terhadap kepala & leher

kesilapan menggendong bayi

Credit to sources

Jika dipegang menghadap ke dada ibu, secara automatiknya anak akan bersandar pada badan anda.

Tetapi jika diletakkan menghadap ke depan, kepala bayi akan jatuh ke hadapan dan boleh membahayakannya kerana saluran pernafasannya.

Ia boleh menjadi bengkok dan tidak boleh bernafas dengan bebas. Ini boleh mengakibatkan kematian secara tiba-tiba kerana bayi mengalami sesak nafas akibat tekanan pada saluran udara.

#5. Memberikan tekanan pada paha 

Bayangkan jika bahagian paha ibu diberikan tekanan dan geseran tanpa henti, adakah ia selesa? Jika anda memegang anak anda menghadap ke depan, perasaan inilah yang akan dirasakan oleh bayi.

Di samping itu, aliran udara tidak boleh melalui kawasan tersebut akan menyebabkan ruam gatal pada tubuh bayi.

Bagi bayi lelaki pula, penggunaan pengendong bayi yang salah akan menyebabkan zakarnya tertekan. Bahagian perut pula menjadi mampat dan menyebabkan aliran darah ke organ-organ penting menjadi terhalang.

Bukan itu sahaja, ia boleh menjejaskan kesihatan buah zakar bayi dan berisiko menyebabkan kematian kerana aliran darah telah terhalang buat tempoh yang begitu lama.

Hal ini bukan sahaja membuatkan bayi anda merasa kesakitan yang melampau, bahkan jika tidak ditangani lebih awal, mereka mungkin perlu menjalani pembedahan buah zakar.

#6. Bayi menerima lebih rangsangan

Dalam membesarkan si manja, mereka sememangnya perlu melihat dunia dan sekelilingnya. Tapi bagi anak yang baru berusia bawah umur 1 tahun, anda perlu mengelakkan bayi menerima lebih rangsangan.

Terlalu banyak perkara yang dilihat membuatkan otak si kecil terbeban. Selain anak menjadi penat, daya ketahanan tubuhnya akan menurun yang menyebabkan bayi mudah dijangkiti penyakit.

Oleh hal yang demikian, ibu ayah perlu peka mengenai hal ini. Jangan membeli pengendong hanya kerana harganya murah semata-mata tetapi pilihlah yang jenis ergonomic kerana fungsinya yang lebih selamat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Selama Ini Ibu Ayah SALAH Guna Baby Carrier, Ini Pentingnya Memilih Carrier Jenis Ergonomic

Baca juga: 13 Baby Carrier Ergonomik Yang Mudahkan Ibu Ayah, Malah Si Manja Pun Selesa!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!