Wanita akan lebih ghairah ketika bulan mengambang penuh?

Ada yang mengatakan bahawa ghairah wanita akan meningkat apabila bulan mengambang penuh. Sejauh mana kebenaran dakwaan ini?

Saat bulan purnama tiba, kita memang akan terpesona dengan keindahannya. Tapi ada yang kata ghairah wanita akan meningkat saat bulan mengambang penuh. Betul ke?

Sebagai salah satu fenomena alam, bulan purnama juga mempunyai beberapa kesan dalam kehidupan manusia.

Seperti contoh, ia memberi kesan kepada keadaan pasang surut air laut, sifat manusia seperti sukar tidur dan mempengaruhi perasaan manusia. Malah, ada satu kajian baru yang mengaitkan bulan purnama dengan kehidupan seks.

Memang betul, bulan purnama boleh meningkatkan ghairah wanita!

Pengaruh bulan purnama pada ghairah wanita

ghairah wanita, keinginan seks wanita, keinginan seks, bulan purnama, hubungan seks, saat wanita ghairah

Menurut Arnold L. Lieber, penulis The Lunar Effect: Biological Tides and Human Emotions, sel-sel tubuh manusia dipengaruhi oleh medan magnet bulan.

Ini adalah lebih releven bila anda ingat yang tubuh badan manusia terdiri daripada 80% air. Jadi, seperti air pasang surut, bulan mempengaruhi tindakan biologi tubuh manusia dengan cara yang sama.

Semasa bulan penuh, tarikan graviti akan meningkat. Ia memberi kesan kepada fungsi otak dan menyebabkan perasaan dan ransangan meningkat.

Ia membuatkan manusia menjadi lebih bertenaga, lebih extrovert, rasa lebih tertarik dengan pasangan dan meningkatkan ghairah seks.

Bulan purnama dan kaitannya dengan kesuburan malah ghairah wanita

Apa yang lebih menarik, kajian menunjukkan ramai wanita akan ovulasi, tahap testosteron mereka akan meningkat dan ini membuatkan keinginan seks mereka membuak-buak.

Perkara ini dipanggil sebagai “kitaran bulan putih” – fenomena di mana ramai wanita “akan berdarah bersama pada bulan baru dan ovulasi pada bulan purnama”.

Beberapa wanita pula ada yang mendapat haid pada bulan penuh dan ini dipanggil Kitaran Bulan Merah.

Bulan purnama juga secara tradisional dikaitkan dengan fasa ovulasi lebih-lebih lagi pada kitaran bulan putih kerana impak cahaya pada bumi dan tubuh badan kita.

ghairah wanita, keinginan seks wanita, keinginan seks, bulan purnama, hubungan seks, saat wanita ghairah

Menurut Alisa Vitti, pakar hormon wanita, “bulan penuh adalah masa kesuburan yang paling tinggi di kalangan wanita kerana cahaya tambahan yang diterima oleh tumbuhan apabila ada cahaya bulan yang terang dan cahaya matahari.”

Dikaitkan dengan peningkatan tahap estrogen, ia memberikan wanita rangsangan tambahan pada keyakinan diri mereka dan secara tak langsung meningkatkan ciri-ciri kewanitaan.

Kulit akan jadi lebih berseri. Malah suara kita juga menjadi lebih senang untuk didengar.

Kaji selidik dari laman web Perancis menyokong lagi dakwaan ini, menurut AsiaOne.

Ia menunjukkan 37% dari 6,000 wanita yang menyertai kaji selidik ini di seluruh dunia mengatakan yang “membuat hubungan intim di bawah sinaran bulan akan membuatkan mereka gembira dan lebih yakin dengan tubuh badan mereka.

Kesan bulan purnama pada ghairah wanita: Bagaimana untuk guna tenaga pada masa ini?

ghairah wanita, keinginan seks wanita, keinginan seks, bulan purnama, hubungan seks, saat wanita ghairah

Walaupun betul yang bulan purnama memberi kesan kepada hormon dan ghairah wanita, tapi dengan peningkatan estrogen dan testosteron pada lelaki juga, lelaki boleh merasakan kesan magik bulan purnama ini.

Ini adalah beberapa tip semasa bulan mengambang:

  • Emosi anda boleh menjadi tinggi dan jika anda tak beri perhatian penuh kepadanya ia mudah untuk menjadi tak stabil. Jadi, meditasi boleh membantu anda. Berjalan di luar berkaki ayam atau ritual lain yang anda selesa juga boleh membantu.
  • Luangkan masa dalam alam semulajadi beberapa hari sebelum bulan purnama. Hadkan pendedahan kepada cahaya buatan dan teknologi kerana ia boleh memberi kesan kepada hormon anda.
  • Buat ruang untuk masa bersama pasangan. Persediaan mudah seperti lilin aroma atau menyiapkan tempat tidur dengan cadar yang bersih atau mandi dengan beberapa titis minyak pati lavender.
  • Rancang untuk keluar makan malam romantis dengan pasangan anda.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!