Dua Tahun Diganggu Bekas Suami Gila Talak, Selalu Buat Bising & Panjat Pagar Rumah

Gila talak bila bekas isteri jadi lebih cantik, wanita ini kongsikan pengalaman pahit diganggu bekas suami selama hampir dua tahun

Apa yang anda akan lakukan sekiranya bekas pasangan anda muncul dan mula menganggu kehidupan anda? Inilah yang terjadi pada wanita ini apabila bekas suami gila talak dan mula mengganggunya dengan duduk di tepi pagar rumah.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Karya Kayra, dia mula diganggu oleh bekas suaminya itu sejak dua tahun yang lalu.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Kisah benar: wanita perit diganggu bekas suami yang gila talak
  • Jadi gila talak selepas lihat perubahan bekas isteri yang semakin cantik dan wangi
  • Terus diganggu oleh bekas suami dan keluarganya selama hampir dua tahun
  • Mohon pihak berkuasa buat siasatan dan ambil tindakan 
  • Setelah dua tahun, baru dapat pengadilan yang diharapkan

Kisah benar: wanita perit diganggu bekas suami yang gila talak

gila talak

Difahamkan bekas suami adalah seorang jurutera di sebuah syarikat kontraktor manakala bekas isteri adalah seorang Doktor Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Manakala bekas isteri memegang jawatan sebagai Pegawai Kerajaan dan Penjawat Awam. Disifatkan sebagai seorang yang cantik, lemah-lembut dan berpelajaran tinggi.

Dia diceraikan bekas suaminya ketika sedang hamil anak kedua kerana ingin berkahwin dengan wanita lain. Dan, sudah pasti talak jatuh sebaik sahaja anak kedua mereka dilahirkan.

Jadi gila talak selepas lihat perubahan bekas isteri yang semakin cantik dan wangi

Lebih menyedihkan, si bekas suami tidak pernah menjenguk bekas isteri dan anak kedua yang baru dilahirkan sehinggalah bayi  itu berusia lapan bulan ketika Hak Hadhanah dibicarakan.

Hakim Mahkamah Syariah telah menyerahkan Hak Hadhanah penjagaan kedua anak mereka kepada wanita itu dengan bekas suami dibenarkan melawat dua kali sebulan.

gila talak

Tambah perkongsian wanita itu lagi, semasa melawat anak, bekas suami mula terpegun melihat perubahan  jandanya. 

Si bekas suami melihat wanita itu kelihatan semakin cantik, langsing dan berbau harum bahkan lebih harum daripada isteri baharunya.

Melihatkan jandanya semakin cantik bahkan lebih cantik daripada bini muda barunya, si lelaki mula gila talak dan bermulalah sengsara wanita ini.

Si bekas suami juga kerap mengamuk dan mengugut wanita itu sehinggakan anak mereka yang masih dibawah usia 5 tahun trauma melihat kelakuan si bapa.

Lebih menakutkan, lelaki tersebut turut ‘bersidai’ di tepi pagar rumah jandanya dan membuatkan wanita ini rasa tidak selesa dan trauma.

Melihatkan keadaan itu, wanita itu melarang bekas suami untuk melawat anak mereka dan sedang dalam proses untuk memohon Perintah Hak Hadhanah Penuh ke atas anak mereka.

Terus diganggu oleh bekas suami dan keluarganya selama hampir dua tahun

Tidak tahan dengan gangguan yang diterima, wanita ini telah membuat laporan polis terhadap bekas suaminya itu. 

Antara gangguan yang dterima wanita itu sejak dua tahun lalu sehingga sekarang adalah:

  1. Membunyikan hon bertalu-talu di hadapan rumah.
  2. Menggunakan pembesar suara di hadapan rumah sambil menjerit untuk mengaibkannya sekeluarga.
  3. Mengelilingi rumah, memanjat pagar rumah, di samping menjerit serta menyanyi sehingga menyebabkan wanita itu, anaknya serta jiran tertangga takut dengan tindakan lelaki terbabit.
  4. Menyekatnya semasa terserempak di hadapan KPJ Perdana ketika memandu di jalan raya serta membuli dengan mengambil gambar serta merakam videonya tanpa sebarang sebab sehingga dia terpaksa berlindung di IPK Kota Bharu
  5. Menyebarkan fitnah serta mengaibkannya dan keluarga, menganggu serta bergaduh dengan penduduk kampung
  6. Bekas suami buat laporan polis palsu yang menyebabkan dia disoal siasat oleh dua Pegawai Polis dari IPD Pasir Mas yang memperkenalkan diri mereka sebagai “Special Branch (SB) Bukit Aman dari Cawangan IPD Pasir Mas”

gila talak

Mohon pihak berkuasa buat siasatan dan ambil tindakan 

Wanita ini turut menyatakan menerusi perkongsian laman Facebooknya, walaupun sudah membuat laporan polis, tiada tindakan yang diambil terhadap bekas suaminya itu.

Dia juga turut menyerahkan bukti gangguan berbentuk video yang diperolehi daripada CCTV di rumahnya dan turut melantik peguam untuk menghentikan kelakuan bekas suaminya namun hampa kerana pihak berkuasa gagal menyelesaikan kesnya.

Bahkan, kerana laporan palsu yang dibuat bekas suami, dia pula yang disoal siasat oleh pihak polis.

Oleh demikian, wanita itu telah memohon agar pihak berkuasa untuk membuat siasatan terhadap gangguan dan fitnah yang diterima sejak dua tahun lalu.

Dia juga meminta kes ini untuk disiasat di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan Fitnah bagi tujuan mendatangkan aib dan menjatuhkan maruah serta Akta Gangguan terhadap penjawat awam.

Setelah dua tahun, baru dapat pengadilan 

Menurut perkongsian terkini, wanita berkenaan akhirnya telah mendapatkan pengadilan yang diharapkan. Pihak polis Kelantan akhirnya mendengar permohonannya dan mengambil tindakan terhadap gangguan yang diterima sejak dua tahun lalu.

Kini, dia tidak lagi diganggu dan kelibat bekas suaminya itu tidak lagi kelhatan bersidai di tepi pagar rumahnya.

Tambahnya lagi, dia juga sudah menerima tarikh perbicaraan untuk tuntutan Hak Hadhanah Penuh daripada Mahkamah Syariah dan perbicaraannya itu ditetapkan pada bulan Jun 2022.

Sama-sama kita doakan urusan wanita ini dipermudahkan. Amin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Aduh, Mulut Isteri Dikatakan Punca Perceraian? Ini 7 Rahsia Suami Yang Anda Kena Sorok!

Baca juga:  Perceraian Dalam Islam: Ini Kesan Kepada Anak-Anak, Ibu Ayah Patut Tahu!

Baca juga:  Wahai Isteri Anda Layak Happy Selepas Cerai, Inilah Cara Yang Tepat Untuk Move On!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!