Golongan Darah Jenis O Lebih Selamat & Tidak Mudah Dijangkiti Covid-19 - Kajian

Menurut penyelidikan yang dijalankan mendapati bahawa golongan darah O memiliki peratusan yang lebih rendah untuk tidak dijangkiti covid-19.

Dalam satu kajian baru-baru ini didapati bahawa golongan darah jenis O cenderung untuk tidak mengembangkan Covid-19. Di sini penjelasannya.

Menurut penyelidikan awal oleh 23andme, didapati bahawa individu dengan darah jenis O memainkan peranan penting dalam mencegah penularan Covid-19. Berdasarkan kajian, golongan dengan darah itu cenderung untuk tidak dijangkiti dengan virus berkenaan.

Dari 750,000 orang yang terdapat dalam data penyelidikan mereka, dianggarkan bahawa 9% hingga 18% orang dengan golongan darah O tidak memiliki Covid-19.

Peserta yang termasuk dalam kajian itu lulus dengan beberapa soalan tinjauan yang merangkumi beberapa perkara seperti gejala yang dialami, pembelajaran dan maklumat genetik.

Daripada kajian tersebut menunjukkan bahawa gen ABO mempunyai peluang rendah untuk mengembangkan virus tersebut.

o-blood-type-covid-19

Peratusan terendah jenis darah O didapati pada covid-19 adalah 1.3%. Diikuti oleh golongan darah A dengan 1.4% dan jenis B dan AB adalah 1.5%.

Di samping itu, dalam tinjauan yang mereka lakukan itu, semua daripada mereka ini merupakan orang yang terdedah kepada covid seperti kakitangan perubatan, pekerja atau barisan hadapan.

“Kami membatasi data ini kepada mereka yang mungkin terdedah dengan wabak ini. Ini termasuklah pekerja penjagaan kesihatan profesional, mempunyai hubungan rapat dengan kes yang diketahui dan pekerja barisan hadapan yang lain.

Kajian itu meskipun tidak mempunyai asas yang kuat untuk mengesahkan kesahihannya, namun kebanyakannya yang dimasukkan ke hospital bukan terdiri daripada mereka yang memiliki darah jenis O.

Bagaimana Covid-19 boleh dijangkiti?

o-blood-type-covid-19

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), covid 19 adalah virus yang sangat berbahaya kerana merebak dengan cepat. Ia boleh menular ke haiwan tapi sangat jarang berlaku.

Gejala covid-19 yang biasa berlaku adalah seperti berikut:

– Demam
– Batuk kering
– Cepat penat
– Kesukaran bernafas
– Sakit tekak
– cirit-birit
– Hidung berair
– loya

Bagaimana ia tersebar apabila mereka yang dijangkiti mengeluarkan virus melalui batuk atau bersin. Titisan air segera dapat disebarkan terus kepada mereka yang tidak dijangkiti. Di sinilah pendedahan bermula.

Orang yang paling berisiko tinggi untuk covid 19 adalah mereka yang menghidap penyakit paru-paru kronik juga kes lain termasuklah:

– Wanita mengandung
– Berumur 65 tahun keatas
– Orang yang mempunyai sejarah perjalanan
– Individu yang merawat pesakit covid-19
– Terdapat keadaan perubatan seperti penyakit hati, asma, kegagalan buah pinggang, penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes.

Protokol kesihatan Covid-19

Menurut CDC, orang yang berisiko dengan covid-19 memerlukan tindakan pencegahan yang tepat pada hari ini. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingati:

– Sentiasa memakai topeng
– Elakkan tempat yang sesak
– Elakkan perjalanan ke negara terjejas
– Jauhkan jarak sosial
– Mencuci tangan secara berkala
– Elakkan menyentuh wajah
– Sentiasa bersih

Info extra: kelebihan dan keistimewaan darah jenis O

o-blood-type-covid-19

Sejak dari dahulu, individu dengan darah jenis ini memiliki peranan yang sangat penting untuk masyarakat. Ini kerana keunikan individu darah ini diwarisi oleh nenek moyang dari kalangan pemburu yang harus mematuhi dan menilai perseitaran dengan tepat untuk terus bertahan.

Ini kerana, mereka mempunyai kualiti yang hebat seperti tenaga dan kebolehan yang lebih fokus. Inilah ciri-ciri yang perlu ada untuk memimpin dan produktiviti.

Warisan genetik ini memberikan peluang mereka menjadi lebih kuat dan dapat hidup dengan lebih lama.

Di Jepun, individu dengan darah O dikaitkan dengan sifat komited, teratur, fokus, bertanggungjawab, praktikal dan teliti.

Selain mereka juga memiliki daya pemikiran logik yang lebih baik.

Tips supaya kekal sihat untuk darah jenis O

– Individu dengan darah jenis O lebih aktif secara fizikal berbanding kumpulan darah lain jadi bagi mengekalkan kesihatan dan kestabilan emosi mereka maka anda perlu bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu terutama jika berat berlebihan.

– Elakkan mengambil alkohol dan kafein kerana ia berbahaya dan dapat meningkatkan adrenalin dan noraedrenalin.

– Mengambil semua jenis makanan sambil makan secara duduk dan kunyah secara tenang.

Sumber: Penulis asal Mach Marciano. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Philipine untuk diterjemah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comdarah-jenis-a

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!