Kisah benar: "Saya gugurkan kandungan tanpa pengetahuan suami!"

undefined

Ibu mana yang tak sedih untuk gugurkan kandungan? Tapi ibu ini ada alasannya tersendiri kenapa dia sanggup buat demikian. Ikuti kisah benar dari Suri ini.

Ibu gugurkan kandungan tanpa pengetahuan suami

Ibu mana yang tidak sedih dan rasa bersalah apabila mempunyai niat untuk gugurkan kandungan. Tapi, ada pelbagai sebab mengapa menggugurkan kandungan adalah pilihan sesetengah wanita.

Ikuti kisah dan luahan hati Suri * (bukan nama sebenar), seorang ibu yang nekad untuk gugurkan kandungan tanpa pengetahuan suaminya ini. 

Moga-moga kita boleh mendapat pengajaran dan petunjuk dari kisah beliau.

*****

Nama saya Suri. Suami saya seorang businessman dan saya seorang guru sekolah. Kami telah lama berkahwin dan dikurniakan 5 cahaya mata.

3 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Anak-anak kami memiliki jarak umur yang tidak jauh berbeza. Selang setahun sebab saya bersalin hampir setiap tahun.

gugurkan kandungan

Kredit: CNN.com

Ketika melahirkan anak yang nombor 5, saya cakap cukuplah. Saya tak mahu anak lagi. Cukuplah 5 orang yang saya ada sekarang. 

Jadi saya suruh suami menjalani vasektomi. Tapi suami saya tak mahu. Suami juga tidak mahu memakai kondom ketika berintiman.

Akhirnya, pil perancang satu-satunya jalan keluar saya. Saat itu saya tak pernah terfikir nak gugurkan kandungan ke apa jika saya “termengandung”.

Ibu gugurkan kandungan kerana suami 

Penat menjaga 5 anak tidak terhingga. Suami saya pula jarang berada di rumah dan lebih banyak out station dengan perniagaannya.

Seperti yang kita semua tahu tentang kaedah merancang keluarga menggunakan pil perancang, ia hanya berkesan sebanyak 99% saja. 

Ternyata, sayalah kes “kemalangan” yang dalam 1% itu! Tiba-tiba saya termengandung anak yang ke-6!

Mula-mula saya tak tahu yang saya hamil. Biasanya, apabila suami balik dari out station, kami memang akan “bersama”. Entah bila terjadi, tiba-tiba saya hamil pula…

2 bulan kemudian, saya asyik muntah dan moody. Oleh sebab saya telah melalui keadaan ini selama 5 kali dah sebelum ini, saya tahu sangat yang saya hamil.

gugurkan kandungan

Kredit: The Conversation

Saya buat ujian kehamilan dan saya menjerit apabila melihat tanda positif saya hamil. Tiba-tiba saya menangis. Menangis tak berhenti dan memukul-mukul perut saya.

Kenapa? Sebab saya sudah ada 5 anak! Anak-anak ini pun tak terjaga, suami saya tidak meringankan beban ini, dan sekarang saya hamil anak ke-6 pula???!!!

Isteri gugurkan kandungan dalam diam

Saya sangat yakin yang suami mesti akan mahu anak ini. Dia selalu kata 6 adalah nombor bertuah dan dia selalu berharap kami ada 6 orang anak. 

Jadi saya nekad… Saya mahu menggugurkan kandungan! Saya berdiri di hujung tangga dan memandang ke bawah. Tinggi juga…

Saya tak berani nak lompat dari atas jadi saya undur balik. Saya berlari-lari dalam rumah seperti orang gila. Sengaja saya biar perut ini melanggar semua benda tajam.

Bucu meja, buku katil dan sebagainya. Sakitnya itu… 

Tapi lama-lama saya sedar perbuatan saya itu sia-sia. Apa yang saya patut buat sekarang adalah menggugurkan kandungan di klinik.

Setelah buat kajian klinik mana di Malaysia yang menyediakan khidmat ini, saya terus pilih satu untuk pergi pada hari Isnin.

Pada hari yang dijanjikan, saya bangun tidur dengan tenang. Saya pakai baju kegemaran saya dan menaiki teksi untuk ke klinik tersebut.

Selepas menandatangani surat persetujuan, rasa bebas terlintas dalam fikiran saya…

gugurkan kandungan

Kredit: The Federalist

Tiada siapa tahu isteri ini menggugurkan kandungannya

Selepas pulih dari pengaruh ubat bius, saya perlahan-lahan ambil teksi untuk balik. Suami keluar out station. Jadi saya minta anak-anak saya membiarkan saya bersendirian kerana saya demam dan selesema.

Mereka percaya dengan pembohongan itu. Semua orang di rumah membiarkan saya berehat.

Saat ini, saya masih seorang ibu kepada 5 anak yang sihat. Tiada sesiapa pun yang tahu akan rahsia itu. 

Saya sedar menggugurkan kandungan adalah perbuatan yang tidak baik. Ia perbuatan kejam dan saya menyesal sekarang.

Tapi, kalau saya melahirkan bayi itu dan menolaknya, bukankah itu 2 kali lebih kejam berbanding menggugurkan bayi itu sendiri?

 

*Nama Suri terpaksa ditukar untuk melindungi identitinya.

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comapa-jadi-pada-janin-yang-digugurkan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!