Adakah Kek Dan Gula Penyebab Kanser Yang Kita Tak Tahu Selama Ini?

lead image

Betulkah gula penyebab kanser? Artikel ini ada berkongsi satu kajian yang telah dibuat oleh para saintis dan membongkar kebenarannya tentang hal ini.

Adakah gula penyebab kanser?

Baru-baru ini saya ada terbaca tentang isu gula penyebab kanser. Sebelum itu, saya ingin membuat satu pengakuan. Ibu ayah semua, saya sukakan kek.

Isteri saya juga penggemar tegar cupcake. Kami memang selalu memakannya.

Jadi, saya pasti anda boleh bayangkan betapa terkejutnya saya apabila membaca tajuk artikel di portal online yang menyebut: Kaitan menakutkan antara kek dan kanser.

Saya terus meletakkan kek ke pinggan dan sambung membaca artikel tersebut.

Adakah Kek Dan Gula Penyebab Kanser Yang Kita Tak Tahu Selama Ini?

Rupa-rupanya, artikel tersebut, walaupun sangat penuh dengan informasi, tidak menunjukkan kaitan antara kek dan kanser. Ia hanyalah satu artikel yang mempunyai headline yang…menarik perhatian!

Anda juga mungkin mengatakan begini: “artikel ini pun sama!”

Tunggu dulu, artikel ini sedikit berlainan. Objektif artikel ini adalah untuk menyiasat sama ada kek benar-benar ada kaitan dengan kanser.

Jawapan ringkasnya adalah: ia agak kompleks dan kami tidak tahu lagi. Tapi, kami ada melihat secara mendalam kepada kajian yang disebut dalam artikel tersebut.

Gula penyebab kanser?

makanan penyebab kanser

Kredit: Newsrepublica.com

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh para saintis di University of Texas di Dallas, ada beberapa jenis kanser yang bergantung kepada gula. 

Pasukan ini melihat data dalam satu database kanser yang sangat besar.

Ia menemui kandungan sejenis protein, GLUT 1 yang bertanggungjawab untuk mengangkut glukos ke sel, adalah tinggi dalam kanser paru-paru, Squamous Cell Carcinoma.

Beberapa eksperimen lain juga telah mengesahkan protein ini sangat aktif untuk kanser jenis ini.

Malah, ia lebih aktif daripada adenocarcinoma paru-paru, iaitu sejenis kanser paru-paru yang lain.

Tetapi, ia tidak bermakna yang mengambil gula akan menyebabkan kanser paru-paru. Ada juga beberapa pengkaji lain yang cuba melihat sama ada teori gula penyebab kanser itu benar.

Jadi, saya sebagai seorang doktor, telah membuat dua rumusan daripada bukti kajian yang ada.

  1. Tiada bukti kukuh yang membuktikan kek, atau gula, boleh menyebabkan kanser
  2. Kita memerlukan satu kajian khas yang dapat membuktikan gula boleh menyebabkan kanser yang sedia ada dalam badan menjadi semakin serius

Kaitan antara gula dan kanser

gula dan kanser

Kredit: Huffingtonpost.com

Ada banyak artikel di luar sana yang mengaitkan beberapa jenis makanan dengan kanser.

Selepas membaca, saya akan membuat kajian dan membaca lebih banyak artikel ilmiah lain untuk mengesahkannya.

Apabila bercakap tentang gula, anda perlu tahu yang badan kita masih memerlukannya. Gula, dalam konteks yang saya bincangkan ini, adalah karbohidrat.

Glukos, fruktos, sukros, galaktos – semua ini adalah gula. Ia membekalkan tenaga dalam beberapa tahap. Jadi, ia penting untuk badan kita.

Cancer Research UK adalah antara badan kajian yang paling gah di dunia. Organisasi ini menaja kajian dan membantu kerajaan untuk membentuk polisi bagi melawan kanser.

Salah satu daripada artikel mereka ada memperbetulkan beberapa mitos tentang kanser.

Ia ada menyebut tentang bagaimana kurangnya kajian yang benar-benar membuktikan bahawa gula itu adalah salah satu penyebab kanser.

Kesederhanaan adalah kunci utama

Jadi ibu ayah sekalian, kanser bukanlah disebabkan oleh kek atau makanan manis lain. Tetapi, menurut kata-kata daripada pengkaji dari Cancer Research UK:

“Apabila menawarkan tip diet pemakanan yang dapat mengurangkan risiko kanser, kajian mendapati yang nasihat boring tentang makanan sihat adalah betul. Buah-buahan, sayuran, serat, daging putih, dan ikan baik untuk anda. Terlalu banyak lemak, gula, daging merah dan daging proses serta alkohol pula adalah tidak bagus!”

Anda tidak perlu membuang terus kek dari hidup anda. Cuma, anda perlu pastikan yang diri, anak dan ahli keluarga anda terus mendapatkan diet makanan yang sihat dan seimbang!

Sumber: Ditulis oleh Dr. Anay Bhalerao di The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

5 Benda Bukan Penyebab Kanser dan 2 Yang Berpotensi Menyebabkan Kanser!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Noor