11 hacks untuk bayi baru lahir - kenapa sebelum ni tak terfikir pun!
Cubalah hacks untuk bayi baru lahir di bawah untuk memudahkan tugas menjaga si manja.
Hacks untuk bayi baru lahir adalah antara tips yang paling penting untuk ibu bapa baru. Di sini kami kumpulkan 11 hacks paling berguna untuk mengurangkan tekanan dan membolehkan ibu bapa untuk meluangkan lebih banyak bonding time dengan si kecil.
Hacks untuk bayi baru lahir #1 – Alas katil kalis air
Walaupun bunyinya sangat leceh, alaskan tilam bayi dengan alas katil kalis air kemudian kain cadar dan lakukan ini sebanyak dua kali.
Ini akan membantu ibu bapa untuk menukar kain cadar dengan cepat jika bayi mereka muntah atau bocor lampin tengah-tengah malam.
Sumber: Two Twenty One.
Hacks untuk bayi baru lahir #2 – Bra pam payudara DIY
Ibu mengepam susu tapi tidak mahu membazirkan terlalu banyak wang untuk membeli bra khas untuk pam payudara anda? Dapatkan inspirasi untuk membuat bra DIY ini dari Lil Miss. Kami janji anda akan menjimatkan banyak wang.
Hacks untuk bayi baru lahir #3 – Cangkuk di belakang kerusi tinggi budak
Hacks ini tidak hanya memudahkan kerja ibu untuk mencari bib anak apabila ia diperlukan, malah mengurangkan tugas melipat dan menyimpan pakaian! Sumber : Definitely Jennifer
Hacks untuk bayi baru lahir #4 – Senaman bayi untuk membuang angin
Hacks untuk bayi baru lahir #5 – Pengalas selak pintu DIY
Pernah tak bayi anda terus bangun sambil menangis apabila ibu bapa keluar dari bilik? Ini mungkin kerana mereka terdengar bunyi ibu bapa menutup pintu.
Jika bayi anda sangat sensitif terhadap bunyi, cubalah pengalas selak pintu DIY ini. Paling best, ibu bapa tidak perlu pandai menjahit! Nak cuba? Dapatkan langkah-langkahnya di Project Nursery.
Hacks untuk bayi baru lahir #6 – Barang bayi dalam troli
Ibu bapa yang pernah menukar lampin bayi pasti tahu cara paling senang ialah jika semua keperluan si kecil sudah teratur dan senang dicapai. Oleh itu tips inilah paling berguna.
Cukup tempat untuk meletakkan semua barang keperluan, beroda lagi tu dan senang untuk ditolak ke mana sahaja di rumah. Lagipun Ikea kan dekat sahaja? Kalau nak tempah online pun boleh. Sumber: Love Laugh Mirch
Hacks untuk bayi baru lahir #7 – Cara untuk menjejak ubat bayi
Kurang pasti anak sudah makan ubat ke belum? Cuba pula hack ini. Ibu bapa pasti takkan lupa. Sumber idea: Lovezilla.
Hacks untuk bayi baru lahir #8 – Beri bayi makan ubat
Jika si kecil sakit dan tidak suka makan ubat, ibu bapa bolehlah cuba hack ini pula. Ibu bapa hanya perlu potong lubang kecil dalam puting kosong dan gunakan penitis untuk memberi ubat.
Ataupun ibu bapa boleh cuba pula cara ini. Sumber: Pinterest.
Hacks untuk bayi baru lahir #9 – Pengalas rel katil bayi DIY
Tak nak bazirkan wang tetapi tak pandai menjahit? Jangan risau, boleh cuba tutorial ini pula. Anda boleh membuat pengalas rel katil bayi walau tanpa menggunakan mesin jahit.
Ataupun ibu-ibu ingin menutup kesan pada katil bayi lama untuk anak kedua? Dapatkan langkah-langkahnya di Jane Marie Blog.
Hacks untuk bayi baru lahir #10 – Aiskrim susu ibu untuk bayi keluar gigi
Bayi tumbuh gigi dan rasa tidak selesa? Gunakan tutorial ini untuk membuat ais krim susu ibu dengan puting kosong! Sumber: The Johnstons.
Hacks untuk bayi baru lahir #11 – Pemegang botol susu
Pernah tengok mainan ini tak? Ha.. suami sudi tolong potong lubang, masukkan botol, si kecil bolehlah pegang botol sendiri. Comel bukan? Sumber: Instructables.
Cuba dulu hacks di atas ini ya ibu bapa! Semoga membantu! Jika ibu-ibu ada hacks lain, jangan lupa untuk kongsi bersama ibu bapa lain di ruang komen dibawah. Jangan lupa “sharing is caring.”
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Peralatan Bayi: Apa yang boleh digunakan semula dan apa yang perlu dibeli baru?