11 idea hadiah hari jadi isteri, barulah si dia bertambah sayang...

lead image

Nervous suami kalau nak sambut birthday isteri. Ada yang sudah plan macam-macam dan ada juga yang nak buat surprise last minit. Diharapkan 11 idea ini dapat membantu kalian!

Seperti yang kita faham, ulang tahun kelahiran adalah hari bagi meraikan pertambahan usia seseorang. Masa ini juga sesuai untuk buat kejutan seperti beri hadiah istimewa buat pasangan. Tapi, suami selalu hilang idea apakah hadiah hari jadi isteri yang sesuai untuk diberikan? 

Hadiah hari jadi isteri itu haruslah istimewa dan terindah. Ini supaya dia teruja dan seronok menerima pemberian daripada suami yang tercinta.

Ia sekaligus menjadikan ulang tahun kelahirannya paling diingati. Jom kita lihat 11 idea hadiah hari jadi isteri yang amat cun dan pasti digemari isteri ini!

11 idea hadiah hari jadi isteri – jom sambut ulang tahun kelahirn isteri dengan istimewa!

Berikut merupakan beberapa idea untuk “memberi kejutan” pada isteri anda terutama pada hari ulang tahun kelahirannya.

1. Hadiah yang boleh ditampal pada dinding rumah 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/impiana.jpg 11 idea hadiah hari jadi isteri, barulah si dia bertambah sayang...

Kredit: Impiana

Cara yang paling mudah untuk memberikan hadiah hari jadi isteri adalah dengan mengumpul gambar dan detik istimewa dalam hidupnya. 

Ini termasuklah gambar zaman kanak-kanak, ketika bercinta dengan anda, gambar ketika berkahwin, foto dengan keluarganya atau apa saja gambar yang boleh mengembalikan semula memori terindah dalam hidup isteri.

Sweet kan? 

2. Rawatan spa 

Isteri memang akan teruja kalau dapat baucer set spa. Almaklumlah, perempuan kan suka melawa, jadi kalau suami bagi baucer spa ini tentunya buat dia bertambah sayang. 

Kalau boleh pilihlah spa yang berdekatan dengan rumah atau khidmat rawatan spa yang boleh berkunjung ke rumah anda. Isteri akan rasa lebih istimewa saat itu. 

3. Set barang kemas 

Ya Tuhan, set barang kemas ini kalau dapat di hari ulang tahun kelahiran, sure isteri menjerit teruja. 

Hampir semua wanita suka perhiasan tapi hadiah hari jadi isteri di ulang tahun kelahiran haruslah lebih berbeza dan istimewa. Sekali sekala, tak mengapalah buat poket suami kering sedikit. Haha! 

Untuk tampil berbeza pada set barangan kemas itu, ukir namanya pada buah rantai leher supaya dia menghargai pemberian tersebut buat selamanya. 

4. Kek hari jadi 

Namun begitu, janganlah rasa terbeban untuk beri hadiah hari jadi yang mahal-mahal pada isteri.

Sebabnya, kadang-kadang isteri ini rasa lebih dihargai bila suami mengingati ulang tahun kelahirannya. Itu sudah cukup membuatnya gembira. 

Kemudian, memadai dengan meraikannya dengan kek hari jadi bersama kad ucapan istimewa. For sure isteri mengalirkan air mata gembira dan terharu. 

5. Izinkan isteri keluar meraikan hari jadinya bersama teman rapat 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/Irish Mirror.jpg 11 idea hadiah hari jadi isteri, barulah si dia bertambah sayang...

Kredit: Irish Mirror

Mungkin pada hari jadi isteri itu, anda sibuk dengan beberapa hal penting hingga tidak dapat meluangkan masa bersamanya. 

Jadi adalah lebih molek kalau anda membenarkan isteri keluar bergembira bersama teman rapatnya bagi meraikan ulang tahun kelahirannya itu. 

Biarkan isteri berehat dengan menonton wayang, menyaksikan pementasan teater, menikmati hidangan di restoran mewah, melihat pameran komedi atau apa saja aktiviti yang boleh membuatnya rasa gembira pada hari tersebut. 

6. Berbelanja untuk keperluan isteri 

Kadang-kadang suami terlupa dan ada juga yang tak pernah bagi duit belanja untuk isteri membeli apa saja keperluan bagi dirinya sendiri. 

Jadi, sempena ulang tahun kelahirnnya itu, keluarkan sedikit modal untuk isteri berbelanja apa saja kemahuannya sama ada alat solek, pakaian, tudung atau lain-lain yang boleh membuatnya rasa dihargai dan dicintai oleh suami tersayang. 

7. Bawa bercuti dan melancong

Ini adalah saat manis untuk berduaan bersama isteri tercinta. Luangkan masa dan simpan sedikit modal untuk membawanya melancong ke destinasi yang belum pernah kalian kunjungi. 

Ia juga adalah peluang percutian istimewa di mana boleh meraikan ulang tahun kelahiran isteri dengan perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. 

Pastikan tempat percutian itu jauh daripada kesibukan kota tapi boleh diakses dengan kemudahan penting. 

8 . Tulis surat cinta 

Jika anda terlalu sibuk dengan kerja, tentunya tidak ada ruang waktu untuk meraikan ulang tahun isteri. Tak mengapa, tuliskan sepucuk surat cinta dan letakkan di katil peribadi kalian berdua. 

Dalam surat itu, tulislah betapa anda menghargai dirinya dengan kata-kata cinta yang memikat hati. 

Jika ingin menjadikannya sedikit nakal, boleh juga bercakap mengenai banyak perkara yang anda ingin lakukan bersamanya seperti pengalaman seksual dan romantis.

Pasti isteri akan tersengih-sengih membaca luahan cinta daripada sang hero pujaan hatinya itu. 

9. Set alarm I LOVE YOU 

Nak lagi romatis, anda boleh set jam penggera di telefon bimbit isteri dengan mesej I LOVE YOU atau apa saja yang berunsurkan romantis.

Tapi, jangan lupa untuk meletak pada nada yang tinggi. Biarkan dia terkejut dengan surprise yang tak dijangka itu!

10. Setup makan malam istimewa di rumah 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/SheKnows.jpg 11 idea hadiah hari jadi isteri, barulah si dia bertambah sayang...

Kredit: She Knows

Seronoknya rasa kalau suami buat kejutan dengan menyediakan makan malam yang istimewa.

Tanpa perlu ke restoran atau hotel mewah pun, suami boleh meraikan sesuatu yang boleh dianggap istimewa dan romantis pada mata isteri! 

Sebab itu, suami harus pandai menghargai isteri yang sanggup menerima anda apa adanya. Juga menelan segala kemanisan dan kepahitan hidup bersama-sama kalian. 

11. Suami sebagai hadiah hari jadi isteri 

Suami sebagai hadiah? Ya! 

Maksudnya, pada hari istimewanya itu tak salah untuk anda membiarkan dia berehat sepanjang hari.

Bebaskan diri isteri daripada membuat sebarang kerja-kerja rumah sama ada memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah, jaga anak dan sebagainya. 

Tapi, biarkan tugas itu beralih kepada anda. Wah, pasti isteri tersenyum kegembiraan jika anda baginya hadiah hari jadi ini!

Semoga tips di atas membantu anda dalam merealisasikan hadiah hari jadi isteri yang akan dikenang seumur hidupnya. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mom Junction

Baca juga:

40 kata-kata romantik untuk suami di hari yang istimewa, suami pasti rasa dihargai

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!