Anak kembar usia 2 tahun pelakon Eina Azman dapat jam Rolex RM40,000!
Selain jam Rolex berharga RM40,000, ini antara 5 hadiah untuk anak yang sesuai buat mereka. Tidaklah anda kehabisan idea lagi nak beli mereka hadiah apa!
Kuala Lumpur: Sempena hari jadi anak, pasti ramai ibu bapa yang sanggup berbelanja buat membeli hadiah untuk anak, kan? Ada yang berbelanja kecil-kecilan, malah ada juga yang sanggup berbelanja besar!
Pelakon Suri Hati Mr Pilot dan Zombie Kilang Biskut ini salah satu daripadanya. Bertuah sungguh anak kembar Datin Paduka Eina Azman ini apabila menerima hadiah 2 utas jam tangan Rolex sebagai hadiah harijadi!
Hadiah untuk anak: 2 utas jam Rolex!
Menurut laporan media tempatan, anak kembar yang baru masuk usia 2 tahun itu telah mendapat jam tangan Rolex yang berharga hampir RM40,000.
Hadiah untuk anak ini diumumkan oleh pelakon itu sendiri menerusi akaun Instagram beliau. Dalam video yang berdurasi selama 32 saat itu, Datin Paduka Eina dikatakan sedang memilih 2 utas jam tangan.
Satu jam berwarna biru manakala satu lagi berwarna merah jambu. Eina, atau nama penuhnya Ainur Syakina Azman berkata –
“Yang biru ini untuk Karl dan yang merah jambu untuk Aubrey. Inilah hadiah untuk anak saya. Cantik tak kerlipannya?“
Eina, 22 dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden Abdullah, seorang usahawan berjaya telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2014.
Mereka dikurniakan sepasang kembar yang bernama Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Hadiah untuk anak: 15 hadiah yang bukan dalam bentuk permainan
Selain barang permainan kanak-kanak, ibu bapa juga boleh lebih kreatif dalam memilih hadiah untuk anak.
Bukan apa, kalau setiap tahun anda beri mereka hadiah dalam bentuk permainan, dengan permintaan mereka pada permainan setiap hari lagi, pasti penuh permainan mereka kan!
Jika berkemampuan, bolehlah anda membelikan hadiah untuk anak berupa seutas jam tangan Rolex seperti pelakon ini 😛
Tapi kalau anda biasa-biasa saja, apa kata berikan 15 hadiah untuk anak yang unik ini. Mereka pasti amat menggemarinya, malah mendapat manfaat dari hadiah itu!
1. Kelas
Kelas muzik, kelas menunggang kuda atau kelas mewarna – semua ini bagus untuk merangsang dan menggalakkan pertumbuhan malah minat anak-anak.
Kalau anda mahu tahu apa yang anak minat, cuba tumpukan perhatian dan lihat apa perkara yang paling dia “seronok” buat.
2. Kad keahlian
Kad keahlian di zoo, muzium sains, muzium seni dan sebagainya. Ia juga boleh jadi satu hadiah untuk keluarga. Apabila anda mahu keluar outing, bolehlah guna kad keahlian itu untuk dapat diskaun.
3. Aktiviti bermanfaat
Cuba aktiviti menarik seperti golf mini, permainan bowling atau skating. Semua ini aktiviti bermanfaat yang berguna buat anak-anak.
Anak-anak suka meluangkan masa dengan orang dewasa menerusi aktiviti seperti ini.
4. Buku
Memang anda boleh membenarkan anak membaca buku dengan pergi ke perpustakaan. Tapi berapa kerap anda ke sana?
Kan lebih senang jika anda menjadikan buku sebagai hadiah untuk anak. Pilih buku yang sesuai untuk umur mereka. Sekarang ada pelbagai buku kanak-kanak yang menarik.
Anda boleh meluangkan masa di acara Big Bad Wolf untuk memilih buku-buku dengan harga murah
5. Bekalan untuk permainan outdoor
Kalau anda suka bawa anak keluar outdoor, lebih bagus jika anda membeli set memancing, menanam atau sebagainya buat hadiah untuk anak.
Mereka juga boleh guna hadiah itu nanti!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: New Straits Times
Baca juga:
Ibu bapa tak patut sambut hari jadi anak setiap tahun – pakar psikologi