15 Idea Hadiah Istimewa Untuk Suami, Pasti Suami Suka & Makin Sayang Anda!

lead image

Hari lahir suami dalam masa terdekat? Jangan runsing lagi, jom tengok pilihan hadiah yang kami sediakan!

Ada tak di kalangan anda sekarang sedang pening memikirkan hadiah untuk suami?

Ya, memilih hadiah memang sangat mengelirukan, dan sebenarnya sangat susah! Sebelum membeli hadiah, lebih baik anda siasat dulu tentang minat dan pilihan suami supaya tak tersalah pilih pula.

Apa kata anda tengok minat si suami, contohnya jika dia suka bermain muzik, anda boleh membelikan gitar. Jika dia suka menonton bola sepak, anda boleh mendapatkan jersi pasukan pilihannya.

Masih bingung juga? Jangan khuatir, anda boleh terus bertanyakan kepadanya, tidak salah melakukan itu ya! Jika anda masih keliru nak mendapatkan hadiah untuk suami, jangan risau, kami ada sediakan pilihan untuk anda.

15 Cadangan Hadiah Untuk Suami

Jom tengok idea hadiah yang menarik untuk suami anda!

#1 Kasut Sukan

hadiah untuk suami, hadiah untuk kekasih, kejutan hari jadi untuk suami, hadiah untuk sahabat lelaki, hadiah harijadi, hadiah birthday, wallet lelaki, jam tangan untuk lelaki, hadiah pilihan lelaki, apa yang lelaki suka, malay

Jika suami anda gemar bersukan, apa kata anda berikan kasut sukan yang sudah lama diamatinya, atau survey kasut kasut terbaharu di pasaran.

Pastikan anda memilih kasut dengan warna kegemaran suami dan jenis kegemarannya ya!

#2 Mesin Pembuat Kopi

Ada lelaki yang gemarkan kopi, malah setiap harinya pasti tidak ketinggalan minum kopi. Jika suami suka minum kopi, anda boleh memberikannya mesin pembuat kopi manual.

Dengan memberikan hadiah ini, suami anda pasti senang kerana dapat membuat kopi dengan pelbagai jenis kopi. Mana tahu, bila suami buat kopi dia akan teringat anda pula, hihi.

#3  Kacamata Hitam

Sepasang kacamata hitam dengan lensa biru merupakan kombinasi sempurna antara retro dan moden. Pasti suami akan kelihatan bergaya!

Suami anda tentu sukakannya, malah dia boleh membawa ke mana-mana sahaja.

#4 Sneakers

Bagi suami yang gemar berpenampilan sederhana dan suka memakai sneakers, ini merupakan pilihan tepat. Pastinya suami akan kerap memakai sneakers kerana dia sering berpakaian kasual bukan?

Malah sneakers sesuai dipakai dengan kebanyakkan pakaian lelaki.

#5 Jam Tangan

hadiah untuk suami, hadiah untuk kekasih, kejutan hari jadi untuk suami, hadiah untuk sahabat lelaki, hadiah harijadi, hadiah birthday, wallet lelaki, jam tangan untuk lelaki, hadiah pilihan lelaki, apa yang lelaki suka, malay

Bagi isteri yang mempunyai suami yang sering mengejar masa, malah sering terlambat, jam tangan merupakan pilihan terbaik baginya.

Dengan memakai jam tangan setiap hari, siapa tahu suami boleh mengatasi sikap buruknya itu.

#6 Minyak Wangi

Agar anda sentiasa selesa di sisi suami, berikan minyak wangi sebagai hadiah. Minyak wangi juga boleh menambahkan keyakinan si suami tau!

#7 Jaket

hadiah untuk suami, hadiah untuk kekasih, kejutan hari jadi untuk suami, hadiah untuk sahabat lelaki, hadiah harijadi, hadiah birthday, wallet lelaki, jam tangan untuk lelaki, hadiah pilihan lelaki, apa yang lelaki suka, malay

Jika suami anda seorang yang gemar bergaya makan jaket kulit, jeans model terbaharu pastinya merupakan pilhan terbaik.

Suami mana yang tidak gembira apabila isteri berikan barangan yang mereka suka, termasuklah jaket bergaya khas untuk suami yang fashionable.

#8 Gel Rambut

Jika suami obses memiliki rambut yang berhaya, anda boleh memberikan gel rambut sebagai hadiah. Gel rambut dapat membantu suami menata gaya sehingga mendapatkan hasil yang diharapkannya.

Selain itu, gel rambut boleh membuatkan rambut suami nampak berkilau, sekaligus dapat menaikkan keyakinannya.

#9 Set Pencukur

Bukan wanta sahaja yang memerlukan penjagaan diri, lelaki juga perlukannya. Ini merupakan pilihan yang bagus buat suami yang bermisai atau berjambang!

#10 Tali Leher

Tali leher palihan tepat bagi suami yang bekerja di pejabat. Pastinya pilihan tali leher yang baru akan menggembirakan suami.

#11 Power Bank

Ketika suami kerap menggunakan handphone ketika bekerja atau mungkin kehabisan bateri telefon ketika memandi, mengapa tidak anda memberikan power bank bagi mengatasi masalahnya itu?

Dengan power bank, suami pasti rasa dibantu kerana boleh terus berkomunikasi dengan rakan sekerja dan pada masa-masa penting. Suami pun akan semakin sayangkan isteri kerana peka mengenai apa yang diperlukannya.

#12 Sweater

Apa kata anda belikan sweater untuk suami?

Pejabat suami yang sejuk dengan penghawa dingin pasti memerlukan dia memakai pakaian yang tebal. Malah sweater merupakan pilihan bijak yang boleh digayakan semasa berjalan-jalan di pusat membeli belah bersama keluarga juga.

#13 Speaker Bluetooth

hadiah untuk suami, hadiah untuk kekasih, kejutan hari jadi untuk suami, hadiah untuk sahabat lelaki, hadiah harijadi, hadiah birthday, wallet lelaki, jam tangan untuk lelaki, hadiah pilihan lelaki, apa yang lelaki suka, malay

Apabila suami sering mendengar muzik, malah mempunyai playlist yang banyak, hadiah speaker bluetooth boleh menjadi pilihan yang hebat. Suami pasti makin teruja mendengar muzik dengan speaker barunya! 

14. Meja Lipat

Pilihan hadiah yang dapat diberikan kepada suami seterusnya adalah meja lipat. Alasan memberikan meja lipat keranaa benda ini sangat bermanfaat, apalagi jika suami sering menghabiskan waktu di atas tempat tidur semasa membuat kerja.

Meja lipat ini pun boleh memudahkan suami dalam menyelesaikan tugasnya sambil bersantai.  Malah boleh digunakan untuk menghidangkan santapan kepada suami.

15. Beg Serbaguna

Bukan wanita sahaja yang perlukan beg ya, suami juga akan sukakan bila mempunyai beg yang memudahkan mereka menyimpan barang. Lelaki bukannya selalu beli beg, jadi bila mendapatnya sebagai hadiah pasti dia suka!

***

Mana satu yang sesuai untuk suami anda ya? Jangan lupa selitkan pesanan manis untuk suami tersayang!

Apa hadiah sesuai untuk ayah saya yang berusia 60 tahun?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Finna Prima Handayani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

5 Hadiah Yang Akan Membuat Anak Anda Lebih Bijak, Kaya Dan Sihat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!