10 Hidangan bufet halal di Singapura
10 Hidangan bufet halal di Singapura
Jika anda dalam perancangan untuk menjamu selera di restoran bufet yang memiliki sijil Halal, berikut adalah senarai 10 bufet Halal, yang terkenal di Singapura.
#1 21 on Rajah di Hotel Days, Singapura
Manjakan diri anda dengan kepelbagaian pilihan masakan tempatan dan Mediterranean di 21 on Rajah ini. Pada setiap hari Isnin, nikmati bufet yang bertemakan Fiesta Itali, termasuklah dengan bar pasta DIY.
Pada hari Rabu, peminat makanan Sepanyol pula harus menantikan acara Viva España yang terdiri daripada makanan paella, tapas DIY, dan lain-lain.
Pesta Morocco pula berlangsung pada setiap hari Jumaat dengan hidangan istimewa seperti udang ketak bersama sos harissa yang dibuat sendiri.
Manakala bufet Mediterranean-Asia pula berlangsung pada hari Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad – dan mempunyai 21 hidangan istimewa, termasuklah sos buatan sendiri daripada mereka, laksa Nyonya Singapura, dan banyak lagi.
Waktu Makan:
Bufet Makan Tengahari: 12 tengahari – 2.30 petang (Isnin – Jumaat dan Malam Cuti Umum)
Bufet Sarapan Tengahari (brunch): 12 tengahari – 3 petang (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
Bufet Makan Malam: 6 petang – 10 malam (Isnin – Khamis), 6 petang – 11 malam (Jumaat – Sabtu, Walaupun ketika Cuti Umum)
Harga: Dewasa: SGD29 ke atas, Kanak-kanak: $15 ke atas.
Alamat: No 1, Jalan Rajah, 329133, Singapura
Hubungi: +65 6808 6847
Laman web: www.dayshotelsingapore.com/dining
Tambahan: Kanak-kanak dapat menikmati bahagian yang didedikasikan khas buat mereka! Jangkakan pengenalan kepada pelbagai aktiviti dan hiburan yang berbeza setiap minggu.
Gambar kredit: Facebook 21 on Rajah#2 1 Market by Chef Wan
Dimiliki oleh salah seorang chef selebriti yang terkenal di dunia, restoran bufet ini merangkumi pelbagai jenis hidangan yang terdiri daripada resepi inspirasi Chef Wan sendiri.
Nikmati hidangan dan juadah mewah pada bahagian hidangan gril yang lazat, makanan kegemaran Timur Tengah, hidangan dari Asia, dan banyak lagi.
Akhiri santapan anda yang amat menyelerakan ini dengan pencuci mulut mewah 1 Market – yang mengandungi krim brulee dan stesen ais kacang.
Waktu Makan:
Bufet Makan Tengahari: 11 pagi – 2.30 petang (Setiap Hari)
Minum Petang: 3 petang – 5.30 petang (Setiap Hari)
Bufet Makan Malam: 6 petang – 10 malam (Setiap Hari)
Harga: Dewasa: SGD29.80 ke atas, Kanak-kanak: SGD17.80 ke atas.
Alamat: Plaza Singapura, 68 Orchard Road #04-45 hingga 49, 238839, Singapura
Hubungi: 6341 9159
Laman Web: www.1market.com.sg
Gambar kredit: Facebook 1 Market
#3 Straits Kitchen di Hotel Hyatt
Straits Kitchen menyajikan pelbagai jenis hidangan Singapura yang terdiri daripada masakan India, Cina dan Melayu.
Beberapa stesen hidangan telah dibina seumpama sebuah pasaran kontemporari, memberikan pengalaman menjamu selera yang unik – dengan citarasa Singapura, secara keseluruhannya.
Waktu Makan:
Bufet Makan Tengahari: 12 tengahari – 2.30 petang (Isnin – Jumaat), 12.30 tengahari – 3 petang (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
Bufet Makan Malam: 6.30 petang – 10.30 malam (Setiap Hari)
Harga: Dewasa: SGD45 ke atas, Kanak-kanak: SGD25 ke atas
Alamat: Grand Hyatt Singapura, Aras Lobi, 10 Scotts Road, 228211, Singapura.
Hubungi: 6738 1234
Laman Web: www.singapore.grand.hyattrestaurants.com/straitskitchen
Tambahan: Ahli kelab di Hotel Hyatt boleh menikmati diskaun sehingga 50% dalam bil makan mereka.
Gambar kredit: www.singapore.grand.hyattrestaurants.com/straitskitchen
#4 Katong Kitchen di Village Hotel Katong
Katong Kitchen adalah salah sebuah restoran bufet di Singapura yang menyajikan pelbagai jenis masakan Nyonya asli – dan berkualiti tinggi.
Selain daripada itu, restoran ini juga menghidangkan pelbagai jenis santapan daripada Macau, Asia, Cina tempatan malah juga santapan Barat.
Anda boleh membuat rojak anda sendiri untuk melengkapkan pengalaman menjamu selera anda ini.
Waktu Makan:
Bufet Makan Tengahari: 12 tengahari – 3.30 petang (Isnin – Jumaat) 12 tengahari – 4 petang (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
Bufet Makan Malam: 6.30 petang – 10.30 malam (Setiap Hari)
Harga: Dewasa: SGD38 ke atas, Kanak-kanak: SGD19 ke atas
Alamat: Village Hotel Katong, Aras 4, 25 Marine Parade Road, 449536, Singapura
Hubungi: 6551 2141
Laman Web: www.kitchenlanguage.com.sg
Gambar kredit: Facebook Katong Kitchen
#5 Bufet Ala-Carte Seoul Garden
Di Bufet Seoul Garden, anda tidak perlu bangun untuk mendapatkan makanan. Sebaliknya, sistem à la carte mereka akan membenarkan anda memesan makanan yang diingini menerusi skrin komputer.
Anda berpeluang untuk memesan pelbagai jenis pilihan hidangan segar daripada pinggan-pinggan yang dihidangkan.
Waktu Makan: 11.30 pagi – 10.30 malam (setiap hari)
Harga: Dewasa: SGD21.99 ke atas, Kanak-kanak: SGD8.99 ke atas
Alamat: City Square Mall, 180 Kitchener Road, #03-23/24, 208539, Singapura
Hubungi: 6297 6339
Laman Web: www.seoulgarden.com.sg
Tambahan: Pada hari Sabtu, kanak-kanak yang memiliki ketinggian bawah daripada 1.0 m boleh menjamu selera secara percuma bersama dengan setiap seorang dewasa yang telah membayar!
Gambar kredit: Facebook Seoul Garden
#6 Asian Market Café di Fairmont Singapura
Asian Market Café menawarkan stesen makanan hidangan kontemporari Pan-Asian dengan aksi secara langsung – di mana masakan akan dimasak dengan serta-merta.
Waktu Makan:
Bufet Makan Tengahari: 12 tengahari – 2.30 petang (Isnin – Jumaat), 12 tengahari – 4 petang (Sabtu dan Ahad)
Bufet Makan Malam: 6 petang – 10 malam (Ahad - Khamis), 6 petang – 10.30 malam (Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum)
Harga: Dewasa: SGD55 ke atas. Kanak-kanak: SGD28 ke atas
Alamat: Fairmont Singapura, Aras 2, 80 Bras Basah Road, 189560, Singapura
Hubungi: 6431 6156
Laman Web: www.fairmont.com/singapore/dining/asianmarketcafe
Gambar kredit: www.fairmont.com/singapore/dining/asianmarketcafe
#7 Restoran Bufet Sakura International
Dengan lebih daripada seratus hidangan yang tersedia untuk dipilih, Restoran Sakura ini mengetengahkan masakan antarabangsa.
Restoran bufet ini menawarkan pelbagai jenis hidangan dan sajian yang membuka selera – datangnya daripada kelazatan hidangan Timur, Barat, Jepun malah juga hidangan tempatan.
Waktu Makan:
Bufet Makan Tengahari: 12 tengahari – 3 petang (Isnin – Jumaat)
Bufet Sarapan Tengahari (brunch): 11.30 pagi – 3.30 petang (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
Bufet Makan Malam: 6 petang – 10 malam (Isnin – Khamis), 5.30 petang – 10 malam (Jumaat – Ahad dan Cuti Umum)
Harga: Dewasa: SGD23 ke atas, Warga Emas: SGD20.90, Kanak-kanak: SGD13.90
Alamat: Dhoby Ghaut Hijau, 10 Penang Road, #01-02, 238469, Singapura
Hubungi: 6334 8197
Laman Web: www.sukigroup.sg/sakura
Gambar kredit: Facebook Sakura International Buffet Restaurant
#8 Carousel di Royal Plaza on Scotts
Sebagai salah sebuah bufet Halal pertama di Singapura, Carousel menawarkan pelbagai jenis hidangan yang akan menggoda selera semua penggemar makanan: dengan hidangan daripada Jepun, hidangan dari alat panggang listrik Perancis, kepelbagaian makanan laut antarabangsa, malah juga menu pencuci mulut yang sepanjang tiga meja!
Waktu Makan:
Bufet Makan Tengahari: 12 tengahari – 2 petang (Setiap Hari)
Minum Petang: 3.30 petang – 5.30 petang (Setiap Hari)
Bufet Makan Malam: 6.30 petang – 9.30 malam (Setiap Hari)
Harga: Dewasa: SGD42 ke atas, Kanak-kanak: SGD27 ke atas
Alamat: Royal Plaza on Scotts, Aras Lobi, 25 Scotts Road, 228220, Singapura
Hubungi: 6341 9159
Laman Web: www.carouselbuffet.com.sg
Gambar kredit: www.carouselbuffet.com.sg
#9 Dining at The Landmark
Nikmati hidangan yang menakjubkan daripada masakan India, Asia Tenggara, Mediterranean dan Barat.
Dining at the Landmark adalah rumah bagi seorang chef selebriti – Syed Shah.
Lihat stesen yang menawarkan aksi secara langsung – di mana pasta, shawarma ayam, dan pizza sayur-sayuran dibuat dengan segar selepas pesanan.
Waktu Makan:
Bufet Makan Tengahari: 12 tengahari -2.30 petang (Setiap Hari)
Bufet Makan Malam: 6.30 petang – 10.30 malam (Setiap Hari)
Harga: Dewasa: SGD20 ke atas, Kanak-kanak: SGD13 ke atas
Alamat: Village Hotel Bugis, 390 Victoria Street, #05-01, 188061, Singapura
Hubungi:6299 1512
Laman Web: www.landmark.com.sg
Gambar kredit: Facebook Dining at the Landmark
#10 Aquamarine di Marina Mandarin
Manjakan perut anda dengan pelbagai pilihan makanan Asia dan Antarabangsa di Aquamarine.
Salah satu acara kemuncak bagi restoran ini adalah pemilihan makanan laut yang segar seperti ketam spanner yang berair dan kepah segar, udang dikukus secara langsung, dan kupang hitam berjus daripada Perancis.
Waktu Makan:
Bufet Makan Tengahari: 12 tengahari – 2.30 petang (Isnin – Jumaat), 12 tengahari – 3 petang (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
Bufet Makan Malam: 6.30 petang – 10 malam (Setiap Hari)
Harga: Dewasa: SGD58 ke atas, Kanak-kanak: SGD29 ke atas
Alamat: Marina Square, Aras 4, 6 Raffles Boulevard, 039594, Singapura
Hubungi: 6845 1111
Laman Web: www.aquamarine.sg