5 Jenis Pokok Halau Nyamuk, Sesuai Untuk Tanam Di Rumah! Boleh Elak Denggi
Selain guna racun halau nyamuk, ada cara semula jadi yang boleh dilakukan iaitu dengan menanam beberapa jenis pokok ini dengan mudah!
Rimas jugakan bila rumah ada banyak nyamuk ni!Tak selesa dibuatnya bukan saja gatal, malah takut penyakit lain pula. Selain guna racun halau nyamuk, ada cara semula jadi yang boleh dilakukan iaitu dengan menanam beberapa jenis pokok ini.
Menurut artikel dikongsikan siraplimau, ada beberapa jenis pokok yang boleh membantu secara semula jadi menghalau haiwan kecil ini yang mungkin boleh membawa maut jika anda dijangkita denggi atau penyakit bawaan nyamuk yang lain.
Disebabkan itu jangan pandang ringan ya jika rumah anda banyak nyamuk, kerana sekecil-kecil nyamuk ia boleh membawa penyakit yang bakal membahayakan nyawa anda!
Halau nyamuk dengan 5 pokok ini
Jangan tak percaya ya, nyamuk boleh dihalau jika anda tanam 7 jenis pokok ini di rumah, Jika tak percaya anda boleh cuba tanamnya di rumah dan lihat sendiri hasilnya.
Cuaca tropika di Malaysia memang sinonim dengan nyamuk. Apabila tiba musim panas, jumlah kehadiran nyamuk di laman kediaman semakin banyak lebih-lebih lagi jika ada kolam hiasan.
Ini kerana nyamuk membiak di kawasan ada takungan air, semak-samun dan sampah sarap. Selain mengutamakan kebersihan persekitaran, salah satu cara yang mesra alam serta untuk menghalau nyamuk di kediaman adalah dengan menanam pokok halau nyamuk yang biasanya mengeluarkan aroma yang dibenci oleh serangga tersebut.
Di sini disenaraikan beberapa tanaman pengusir nyamuk yang mudah ditanam di rumah masing-masing:
#1. Serai wangi (citronella)
Mesti ramai dah tahu yang serai wangi biasa digunakan dalam semburan penghalau nyamuk dan juga serangga.
Pati citronella yang terkandung di dalamnya boleh menghalang bauan seperti karbon dioksida dan asid laktik pada manusia yang menarik nyamuk untuk mendekat. Ia juga adalah salah satu bahan dalam essential oil yang memiliki pelbagai khasiat.
Serai wangi ini berbeza dengan serai yang kita gunakan dalam masakan iaitu cymbopogon citratus ialah sejenis tanaman daripada
Graminae/Poaceae atau kalau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai lemongrass.
Serai wangi pula nama botaninya ialah cymbopogon nardus dan dikenali dengan nama citronella dalam bahasa Inggeris.
#2. Pudina (peppermint)
Tak kira sama ada segar atau kering, pudina mempunyai aroma yang dibenci oleh nyamuk. Ia juga mengeluarkan bau yang menyegarkan dan menenangkan bagi manusia.
Anda boleh menanam pokok pudina di halaman untuk menghalau nyamuk atau buat pati minyak menggunakan daun pudina. Salah satu cara membuat minyak pati pudina adalah dengan mengisar pudina dengan minyak masak serta sedikit air.
Cara nak tanam pudina pun senang sangat.
#3. Bunga tahi ayam (lantana camara)
Di sebalik rupanya yang cantik dan menyerlah, bunga tahi ayam atau Lantana Camara amat ‘ditakuti’ oleh nyamuk disebabkan oleh baunya yang agak kuat.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal PLoS ONE (Public Library of Science) mendapati bukti saintifik bahawa tanaman ini berfungsi untuk mencegah nyamuk khususnya yang diketahui membawa penyakit malaria di Afrika.
Di Amerika Utara, bunga tahi ayam sering ditanam berdekatan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menghalang arnab dan rusa daripada memakan tanaman yang ada. Manakala di Asia pula, bunga tahi ayam digunakan untuk menghalau pelbagai serangga, termasuk nyamuk.
#4. Pokok selasih (basil)
Ia selalu dijadikan ulaman dan sering digunakan dalam masakan Thai. Pokok selasih juga merupakan antara penghalau nyamuk semula jadi yang paling berkesan. Aromanya yang sedikit menyengat menjadikan nyamuk benci akan tumbuhan ini.
Cara tanam pokok selasih adalah melalui keratan batang atau biji benih. Ia mudah hidup dalam cuaca tropika dan cepat membesar.
#5. Bunga kantan
Nama saitinfiknya ialah etlingera eliator dan ia adalah antara tanaman yang digunakan dalam masakan seperti laksa dan nasi kerabu.
Bau bunga ini memang wangi dan dapat melazatkan makanan, namun ia juga dikatakan mampu mengusir nyamuk. Pokok kantan boleh boleh ditanam dengan menggunakan rizom (ubi) atau biji benih.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: siraplimau
Baca juga: