Ini apa yang terjadi pada janin dan badan ibu ketika kehamilan masuk 5 minggu

lead image

Biarpun perut masih kelihatan kecils, ini tidak bermakna kehidupan baru di dalam kandungan tidak berkembang dengan pesat! Ini perkembangan kandungan ketika masuk usia 5 minggu...

Seorang ibu yang hamil 5 minggu tidak akan mempunyai perut yang menonjol seperti ibu yang sudah hamil beberapa bulan. Tetapi perut yang masih kelihatan kempis ini tidak bermakna kehidupan baru di dalam kandungan tidak berkembang dengan pesat.

Fasa hamil 5 minggu juga termasuk dalam trimester pertama. Ketika ini, adalah penting untuk wanita tersebut mula menjaga diri dan mendapatkan nutrien yang secukupnya pada fasa ini. 

Mari kita lihat perkembangan janin dan perubahan badan yang bakal dialami wanita hamil 5 minggu:

Perkembangan janin apabila ibu hamil 5 minggu

Gambar dari slideshare.net

Buat masa ini, embrio anda masih kelihatan seperti berudu dan belum lagi menyerupai bentuk manusia.

Tetapi jantung embrio yang hanya sekecil biji ketumbar, sudah sibuk mengepam darah dan membentuk ruang-ruang lain di dalam jantung. Dalam beberapa minggu lagi, ibu bapa akan dapat melihat denyutan embrio melalui transvaginal ultrasound iaitu ultrasound melalui faraj.

Organ-organ lain yang turut mula terbentuk termasuklah:

  • Sistem saraf dan organ-organ utama
  • Sistem peredaran darah dan organ-organ vaskular jantung
  • Perkembangan tiub saraf tunjang dan otak janin
  • Apabila ibu hamil kekurangan zat dan nutrien yang secukupnya, ini boleh memberi kesan kepada spina bifida atau kecacatan pada tiub saraf. 
  • Jantung janin mungkin sudah kelihatan melalui imbasan ultrasound apabila wanita hamil 5 minggu, tetapi kebiasaannya ia akan menjadi lebih jelas dari 6-8 minggu.
  • Tali pusat dan plasenta akan membawa nutrien dan oksigen ke janin kemudian mengumuhkan metabolisma.

Perubahan tubuh badan apabila ibu hamil 5 minggu

hamil 5 minggu

Sumber gambar dari Youtube

#1 Mudah berasa letih

Tubuh wanita hamil perlu menghasilkan lebih banyak darah untuk membawa oksigen dan nutrien ke janin dalam rahim. Peningkatan ini biasanya berlaku apabila wanita hamil 5 minggu sehingga memberi kesan kepada sistem peredaran darah wanita itu.

Di samping itu, kadar jantung anda mungkin akan meningkat kerana perlu menampung keperluan bayi yang berkembang. Ini boleh menyebabkan anda rasa penat, pening kepala dan lemah.

#2 Perubahan fizikal

  • pembesaran payudara
  • punggung yang semakin besar

#3 Perubahan emosi

 Walaupun perubahan emosi ialah perkara biasa, tidak semua wanita akan mengalami perubahan emosi ini seperti:

#4 Sedikit pendarahan (Spotting)

Apabila wanita hamil 5 minggu, itu juga masanya plasenta melekat pada rahim dan boleh menyebabkan pendarahan ringan atau spotting.

#5 Rasa mual dan muntah

Keadaan ini adalah perkara biasa semasa kehamilan. Wanita mungkin akan rasa pening, rasa mual dan muntah-muntah akibat peningkatan tahap hormon estrogen dan progesteron serta Human Chorionic Gonadotropin (hCG). 

Namun, perkembangan janin boleh terganggu jika ibu tidak mendapat nutrien yang secukupnya.

Cara untuk mengatasi ini ialah untuk mengambil makanan yang berkhasiat dalam kuantiti yang kecil tetapi dengan lebih kerap. 

Jika ibu betul-betul tak lalu nak makan, tanya doktor kalau dia boleh mencadangkan beberapa suplemen yang boleh membantu bayi anda mendapat nutrien yang secukupnya.

***

Bagaimanakah pengalaman ibu-ibu semasa hamil 5 minggu? Masih ingat tak? Kongsi pengalaman anda bersama kami di ruang komen di bawah!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Rujukan: WebMD, MyHealth

Baca juga:

Jika ibu hamil tak cukup kalsium, kasihan ibu dan bayi dalam kandungan! Ini sebabnya…