"Bantu Saya! Saya Hamil Anak Luar Nikah, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu..."
Kes kehamilan luar nikah merupakan isu yang taboo dalam masyarakat. Apa yang akan anda lakukan sekiranya berada dalam situasi ini?
Kes anak luar nikah bukanlah perkara baru yang terjadi dalam masyarakat kita. Walaupun perkara ini dianggap taboo dalam masyarakat, hakikatnya ramai yang terjebak dalam masalah sosial dan meletakkan diri mereka dalam masalah tersendiri.
Apabila perkara ini terjadi khususnya dalam masyarakat Melayu Islam, masyarakat luar tidak mudah menerimanya. Ini menyebabkan pelaku akan rasa tertekan, tambahan lagi apabila tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Mereka risau mendapat kecaman dari keluarga, saudara mara dan orang lain.
Ada yang ditinggalkan, tetapi ada juga yang sedar kesilapan dan ingin mencari jalan yang terbaik bersama pasangan masing-masing.
Luahan Bakal Ibu Yang Hamil Anak Luar Nikah
Aplikasi theAsianparent yang mempunyai fungsi tanpa nama atau Anonymous telah mendapat perhatian beberapa pengguna komuniti baru-baru ini, berkaitan isu anak luar nikah.
Platform ini memudahkan bakal ibu dan bapa yang inginkan pendapat atau nasihat tanpa menunjukkan identiti pada umum.
Rata-rata pengguna yang membuat posting terdiri dari pelbagai masyarakat, dan ini termasuklah bakal ibu yang hamil anak luar nikah dan memerlukan nasihat tentang penjagaan kehamilan. Berikut merupakan beberapa posting yang diambil dari komuniti theAsianparent.
Kes 1
Kes 2
Kes 3
Kebanyakkan posting yang dibuat oleh bakal-bakal ibu ini menunjukkan yang mereka sayangkan bayi dalam kandungan, namun tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Tambahan lagi, penerimaan keluarga merupakan salah satu perkara yang penting tetapi disebabkan rasa takut, ramai yang masih menyimpan rahsia kehamilan tersebut.
Nasihat Dari Pengguna Komuniti
Apabila terdapat posting yang melibatkan anak luar nikah, pastinya ramai yang terkejut dan risau sekiranya anak tersebut digugurkan.
Majoriti masyarakat sebenarnya risau dengan nasib bayi dan rata-ratanya akan memberikan nasihat agar kandungan tersebut dijaga dengan baik dan bukan dijadikan mangsa kesalahan ibu bapa.
Ada pengadu yang risaukan penerimaan ibu bapa, membuatkan mereka ingin bertindak sendiri. Ini boleh menyebabkan pengadu merasa keseorangan dan boleh mengalami kemurungan sekiranya tidak mendapat sokongan keluarga.
Walaupun hakikatnya ia perkara yang sukar dilakukan, ramai yang mencadangkan sebaik-baiknya pengadu memberitahu kepada ibu bapa terlebih dahulu.
Ada juga di kalangan ahli komuniti memberikan nasihat dari segi agama. Ini kerana ada di kalangan bakal ibu ini yang ingin segera bernikah dengan harapan dapat mendaftarkan anak dengan nama pasangan masing-masing.
Berkenaan hal ini, sebaiknya dapatkan penjelasan yang lebih lanjut berdasarkan undang-undang terkini berkaitan hak anak luar nikah.
Secara ringkasnya, anak luar nikah tidak boleh dibin atau dibintikan dengan nama bapa walaupun mereka telah bernikah pada awal kehamilan.
Sekiranya anda mempunyai pendapat atau ingin membantu bakal-bakal ibu ini, anda boleh lakukannya di platform aplikasi theAsianparent dengan memuat turun di sini.
Berhadapan Dengan Situasi Hamil Anak Luar Nikah
Walaupun di Malaysia, rata-ratanya rakyat beragama Islam namun terdapat banyak kes-kes merisaukan seperti anak luar nikah, malah statistik menunjukkkan ia masih di tahap yang merisaukan.
Jika pasangan ingin bertanggungjawab sekalipun, ada beberapa perkara yang boleh mempengaruhi seperti sokongan keluarga, respon orang sekeliling, kebajikan anak, prosedur hospital dan banyak lagi.
Panduan Untuk Ibu Hamil Anak Luar Nikah
- Pastikan pasangan tahu yang anda sedang mengandungkan anaknya, agar dia tahu yang dia perlu bertanggungjawab.
- Sebaik-baiknya beritahu ibu bapa anda. Mereka mungkin kecewa dan marah, namun kesilapan tersebut telah berlaku dan ia merupakan satu risiko yang anda perlu lalui.
- Lebih adil sekiranya ibu bapa kepada pasangan juga mengetahui tentang perkara ini.
- Utamakan bayi anda kerana dia tidak bersalah, ingatlah yang si kecil dalam rahim itu tiada tempat bergantung melainkan anda.
- Jangan gugurkan atau buang bayi tersebut.
- Tebus kesilapan dengan menjaga anak itu, kerana sekiranya anda bertindak meninggalkan bayi ia mungkin lebih sukar untuk anda berpatah balik.
- Sekiranya anda tidak mampu menjaga anak itu, pihak JKM mungkin akan mengambil anak untuk dijaga dengan baik.
- Sekiranya anda ingin “membuang” bayi tersebut, jangan buangnya di tempat yang tidak sepatutnya. Sebaliknya, guna khidmat “baby hatch” untuk meninggalkan bayi dengan betul (dan tidak mengundang bahaya pada si kecil tersebut). Jangan risau, tiada tindakan akan diambil pada anda jika anda menggunakan khidmat baby hatch ini. Semak perkhidmatannya di sini.
Panduan Untuk Ibu Bapa
- Cuba terima anak walaupun anda tidak bersetuju dan marah dengan tindakannya.
- Ketepikan perasaan malu dan tidak menghukum si anak yang sedang sarat mengandung.
- Jika si ibu ikutkan emosi, risau pula anak akan menggugurkan bayi dalam kandungan akibat tiada bantuan yang boleh dia bergantung.
- Ingatlah yang anak di dalam rahim anak anda adalah cucu anda, walau apa pun yang berlaku.
- Berbincang dengan anak tentang keputusannya tentang penjagaan bayi.
- Jika pasangan anak ingin bertanggungjawab, sebaik-baiknya izinkan pernikahan agar bayi mendapat kehidupan yang baik dan tidak dihukum atas kesalahan ibu bapanya.
- Yang penting, bawa anak untuk membuka buku merah di klinik berdekatan.
Semoga bermanfaat.
Saya hamil anak luar nikah dan ingin daftar kehamilan, tetapi ahli keluarga saya belum tahu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcara-buat-surat-beranak-anak-luar-nikah