X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Hilang Selera Makan Waktu Hamil?Ini 6 Jenis Makanan Tinggi Nutrien Perlu Anda Utamakan

8 min bacaan
Hilang Selera Makan Waktu Hamil?Ini 6 Jenis Makanan Tinggi Nutrien Perlu Anda Utamakan

Hilang selera makan semasa kehamilan adalah perkara yang sering dialami oleh kebanyakkan wanita hamil, terutamanya pada trimester pertama. 

Hilang selera makan semasa kehamilan adalah perkara yang sering dialami oleh kebanyakkan wanita hamil, terutamanya pada trimester pertama. 

Gejala hilang nafsu atau kurang selera makan, mual pada waktu pagi, dan sensitif kepada bau makanan adalah tanda kehamilan yang normal. Kadang kala anda mungkin berasa sangat lapar tetapi tiada selera makan apabila melihat makanan, dan sebaik saja menyuapkan makanan pasti akan berasa loya dan terus muntah.

Namun, walaupun ini mengganggu keinginan untuk makan, ibu masih perlu meningkatkan berat badan semasa hamil untuk kesihatan tubuh serta janin. Apakah kesannya kepada bayi dan bagaimana cara untuk bantu tambah kembali selera anda?

Isi Kandungan

  • Jumlah Penambahan Berat Badan Semasa Kehamilan
  • Apa Yang Menyebabkan Ibu Hamil Hilang Selera Makan?
  • Komplikasi Kehamilan Akibat Hilang Selera Makan
  • Makanan Yang Perlu Diutamakan
  • Penuhi keperluan utama nutrisi walaupun hilang selera makan
  • Bila Anda Perlu Risau
  • Tips Meningkatkan Selera Makan Bagi Awal Kehamilan

Jumlah Penambahan Berat Badan Semasa Kehamilan

hilang selera makan, punca hilang selera makan, kurang selera makan, tiada selera makan, lapar tapi tidak selera makan

Peningkatan berat badan semasa hamil adalah bergantung kepada berat badan anda sebelum hamil, contohnya 11-16kg bagi yang mempunyai berat badan normal.

Sepanjang trimester pertama, sekiranya anda mengalami morning sickness, biasanya ibu hamil hanya bertambah 0.4-1.8kg malah ada juga yang mengalami penurunan berat badan.

Walau bagaimanapun, ibu tidak perlu risau ya. Di awal kehamilan, ukuran janin masih kecil bermaksud keperluan nutrisinya juga masih sedikit. Jadi selagi anda amalkan pengambilan vitamin prenatal dengan baik, anda dan bayi dalam kandungan masih dalam keadaan sihat. 

Setelah habis trimester pertama, ibu disarankan menambah berat badan sebanyak 0.4kg seminggu. Sekiranya anda masih belum ada selera makan di awal trimester kedua, anda dinasihat berjumpa doktor bagi mendapatkan jadual diet yang sesuai.

Apa Yang Menyebabkan Ibu Hamil Hilang Selera Makan?

punca hilang selera makan, kurang selera makan, tiada selera makan, lapar tapi tidak selera makan

 

Kehilangan selera makan sering kali terjadi apabila ibu hamil rasa mual sepanjang kehamilan, yang mana ia berlaku kepada 75% wanita hamil!

Rasa loya di pagi hari mungkin merupakan cara semulajadi tubuh anda untuk melindungi janin dari makanan yang berbahaya.

Peningkatan hormon estrogen dan hCG juga memainkan peranan menyebabkan mual semakin teruk, meningkatkan deria bau terhadap makanan serta mengurangkan selera makan anda.

Komplikasi Kehamilan Akibat Hilang Selera Makan

Kehilangan selera atau tiada selera makan semasa kehamilan boleh mendatangkan beberapa komplikasi kepada ibu hamil terutamanya kematian janin disebabkan oleh kekurangan zat makanan. Antara komplikasi yang lain pula adalah seperti berikut :

#1. Pertumbuhan janin yang lemah/terbantut

Pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan akan terjejas kerana kekurangan nutrisi penting yang diperlukannya. Untuk berkembang dengan baik dan sihat, bayi sangat bergantung kepada nutrisi yang dibekalkan oleh plasenta melalui tubuh ibu. Kalori yang mencukupi adalah sangat penting untuk tenaga bagi proses metabolisma pertumbuhan janin.

#2. Penurunan berat badan ibu hamil

Kehilangan selera makan bukan sahaja menyebabkan berat badan susut tetapi turut mengakibatkan anda kekurangan zat makanan yang turut menjejaskan kesihatan. Cepat berasa letih, badan menjadi lesu, tidak bertenaga bahkan masalah kesihatan yang lain juga turut membelenggu diri.

#3. Fungsi mental rendah/kecacatan neurologikal

Pertumbuhan otak bayi juga akan terganggu jika keperluan nutrisi tidak mencukupi. Antara masalah yang berkaitan dengan gangguan saraf ini adalah mereka akan mengalami masalah pembelajaran. Gangguan saraf ini sebenarnya dapat dicegah jika pengambilan folat dan vitamin B12 mencukupi.

#4. Anemia dan risiko penyakit lain

Komplikasi ini bukan sahaja akan terjadi kepada bayi, tetapi turut melibatkan kesihatan ibu hamil. Ibu hamil akan mengalami kekurangan sel darah merah atau anemia akibat daripada kekurangan nutrisi. 

#5. Keabnormalan pertumbuhan janin

Pada trimester pertama, nutrisi yang mencukupi amat diperlukan  untuk membentuk organ-organ tubuh janin. Kekurangan nutrisi akan menjejaskan proses pembentukan ini. 

#6. Kelahiran pramatang dan berat lahir rendah

Kelahiran pramatang terjadi apabila bayi dilahirkan terlalu awal iaitu sebelum 37 minggu kehamilan. Bayi yang dilahirkan awal dan mempunyai berat badan rendah berkemungkinan untuk mudah terdedah kepada masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi. Ia adalah kerana mereka masih lagi tidak mempunyai keupayaan untuk berkembang dengan sepenuhnya.

Makanan Yang Perlu Diutamakan

punca hilang selera makan, kurang selera makan, tiada selera makan, lapar tapi tidak selera makan

Terdapat beberapa punca hilang selera makan antaranya adalah :

  • pening dan muntah
  • keadaan kesihatan mental iaitu kebimbangan dan kemurungan
  • ubat-ubatan tertentu yang diambil ketika hamil
  • mengalami gangguan makan seperti anoreksia dan bulimia
  • masalah kesihatan seperti tumor dan pedih ulu hati

Walau bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab ibu hamil untuk makan diet yang pelbagai serta kaya dengan nutrien demi kesihatan diri dan juga bayi dalam kandungan.

Ketika hamil, anda tidak memerlukan banyak kalori tambahan, tetapi apa yang anda perlukan adalah vitamin dan sumber nutrien penting yang lain iaitu kalsium dan protein.

Penuhi keperluan utama nutrisi walaupun hilang selera makan

#1. Makanan ringan yang kaya dengan nutrien

Antara makanan yang ringan dengan nutrien contohnya seperti telur rebus, keju, keropok dan yogurt.

#2. Sayuran penuh dengan serat

Ibu hamil juga perlu perbanyakkan pengambilan sayuran yang tinggi dengan serat seperti ubi keledek, kacang hijau, lobak merah dan salad bayam merah.

#3. Makanan manis yang ringkas

Pelbagaikan sumber makanan yang bernutrisi dengan pengambilan buah-buahan kering, beri segar, oatmeal serta produk tenusu seperi keju untuk keperluan nutrisi yang lengkap.

#4. Bijirin atau kanji

Bijirin sangat kaya dengan vitamin E, serat dan protein. Antara pilihan makanan berasaskan bijirin atau kanji yang baik untuk wanita hamil adalah seperti beras perang, pasta, makaroni dan kentang bakar.

#5. Makanan berasaskan sup

Masakan berasaskan sup juga mengandungi zat makanan penting seperti protein, serat dan juga karbohidrat. Anda tidak lagi memerlukan nasi kerana di dalam sup juga mengandungi sumber karbohidrat. Antara pilihan sup adalah seperti mi sup ayam.

#6. Minuman

Selain pengambilan air kosong, ibu hamil juga boleh jadikan smoothie antara salah satu pilihan mereka. Selain rasanya yang lazat, terdapat banyak khasiat di dalam smoothie yang baik untuk ibu hamil antaranya adalah ia mudah dicerna, mempunyai nutrisi lengkap, dan mudah berasa kenyang.

Bila Anda Perlu Risau

Walaupun anda kehilangan selera makan, tetapi masih lagi mengambil nutrien penting yang mencukupi pada setiap hari, malah jika berat badan anda tetap ideal dan sesuai untuk pertumbuhan janin, tiada apa yang perlu anda risaukan.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Namun, jika anda tidak makan lebih daripada sehari dan kerap melangkau makan, anda perlu berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat mengenainya. Perlu diingat bahawa, mendapatkan nutrien yang mencukupi adalah sangat penting untuk ibu hamil terutamanya bagi pertumbuhan janin yang sihat.

Tips Meningkatkan Selera Makan Bagi Awal Kehamilan

#1. Banyak Minum Air Kosong

Sepanjang kehamilan, pengambilan air yang cukup lebih penting dariPADA makanan yang mengandungi kalori tertentu.

Pastikan anda minum 8-10 gelas sehari, daripada semua sumber termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran. Minuman lemon atau halia suam juga merupakan alternatif terbaik sekiranya anda rasa mual untuk minum air kosong.

#2. Jangan Makan Berlebihan

Makan 6 bahagian kecil dalam sehari akan memuaskan selera makan anda. Makan tidak kerap dan dalam kuantiti banyak akan menyebabkan anda semakin mual dan hilang selera makan.

#3. Makan Kudapan

Pada siang hari ketika anda mempunyai selera makan, makanlah sebanyak mungkin sumber protein dan karbohidrat kompleks yang membuatkan paras gula stabil dan kenyang lebih lama.

Buah-buahan seperti pisang boleh menjadi pilihan yang baik, tambahkan sesenduk yogurt untuk menambah kalsium dan protein. 

#4. Elakkan Makanan Yang Berbau

Makanan jenis ini termasuklah hidangan pedas dan berlemak, makanan berproses seperti burger, kentang goreng, dan chicken nugget. Untuk meningkatkan nafsu makan anda, cuba sesuatu seperti salad, ayam atau salmon panggang kerana ia lebih menyihatkan.

#5. Suhu Makanan Yang Sesuai

Ramai wanita lebih suka makanan dan minuman yang sejuk semasa hamil, dan ada segelintir yang suka makanan panas. Pilih makanan yang memenuhi citarasa anda supaya mudah untuk anda makan. 

#6. Amalkan Pengambilan Vitamin

Sebaiknya anda amalkan pengambilan vitamin sebelum anda hamil, atau sekurang-kurangnya sebaik sahaja anda sedar sedang hamil. Ini akan mengisi keperluan nutrisi anda semasa anda tidak mempunyai selera makan.

Vitamin tambahan yang boleh diaambil adalah seperti B6, Diclegis dan kombinasi vitamin B dan antihistamin (ini dapat membantu mengurangkan masalah mual dan meningkatkan nafsu makan). Rujuk doktor sebelum anda mengambil vitamin tambahan ini ya ibu!

Semoga bermanfaat.

  1. healthline.com (2022, Mei 22) How to Manage Appetite Loss During Pregnancy www.healthline.com/nutrition/loss-of-appetite-pregnancy

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nia Lara Sari dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga : Loya Sepanjang Hari? Cuba Cara Ini Bagi Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil!

Baca juga : Tanda Anda Hamil 1 Hingga 12 Minggu! Tak Semestinya Loya, Muntah-Muntah Saja Ya

Baca juga : Rimas Mulut Pahit Sampai Nak Makan Pun Tak Selera, Usah Bimbang! Ini Cara Atasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Hilang Selera Makan Waktu Hamil?Ini 6 Jenis Makanan Tinggi Nutrien Perlu Anda Utamakan
Kongsikan:
  • Bayi Susah Makan? Apa Kata Ibu Cuba 11 Cara Ini Untuk Pujuk Mereka Makan!

    Bayi Susah Makan? Apa Kata Ibu Cuba 11 Cara Ini Untuk Pujuk Mereka Makan!

  • 21 Jenis Makanan Untuk Tambah Susu Badan Ibu, Ramai Dah Cuba&Berhasil!

    21 Jenis Makanan Untuk Tambah Susu Badan Ibu, Ramai Dah Cuba&Berhasil!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Bayi Susah Makan? Apa Kata Ibu Cuba 11 Cara Ini Untuk Pujuk Mereka Makan!

    Bayi Susah Makan? Apa Kata Ibu Cuba 11 Cara Ini Untuk Pujuk Mereka Makan!

  • 21 Jenis Makanan Untuk Tambah Susu Badan Ibu, Ramai Dah Cuba&Berhasil!

    21 Jenis Makanan Untuk Tambah Susu Badan Ibu, Ramai Dah Cuba&Berhasil!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.