Hampir terjatuh di Taman Tema!

Pergi ke Taman Tema sememangnya menyeronokkan tapi elakkan keseronokan bertukar tragedi dengan mengambil endah tentang keselamatan ketika bermain. Ikuti berita seorang kanak-kanak yang hampir jatuh di Taman Tema Genting Highlands dan beberapa peraturan keselamatan yang sering diambil mudah.

jatuh

Hampir terjatuh

Pada 15 Julai yang lalu, seorang kanak-kanak dilaporkan hampir jatuh daripada permainan Rodeo Ride di Taman Tema Genting Highland oleh AsiaOne~Relax. Permainan setinggi 25 kaki itu dikhaskan untuk kanak-kanak.

BERKAIT : Handling your child's head bumps

Keadaan yang ceria bertukar cemas apabila kanak-kanak perempuan dalam linkungan 5 tahun itu mula menjerit sebelum dia melorot keluar daripada tempat duduknya. Dia kelihatan berpaut pada palang keselamatan tempat duduk dan berada dalam keadaan itu selama 10 saat sebelum diselamatkan.

Boleh dielakkan

Kanak-kanak lain yang turut sama dalam sesi permainan itu tidak kelihatan bimbang dan mereka juga kelihatan lebih tinggi berbanding kanak-kanak tersebut.

Kemungkinan kanak-kanak terbabit sebenarnya tidak sepatutnya dibenarkan menaiki Rider Rodeo kerana ketinggian yang mungkin kurang daripada yang dibenarkan iaitu 76cm.

BERKAIT : DWI - Driving While Intexticated

Jika benar, tidak kira sama ada pengendali permainan yang membenarkan atau ibubapa yang mendesak, kejadian sebegini boleh dielakkan.

jatuh

Yang sering diabaikan

Ibubapa di Malaysia seringkali mengambil mudah tentang peraturan yang ditetapkan pada satu-satu permainan yang ada di taman tema atau ‘amusement park’. Beberapa perkara yang sering diabaikan termasuk:

• Peraturan permainan ~ setiap pos permainan ada peraturan tertentu seperti ketinggian. Pastikan ibubapa menjelaskan kembali kepada anak-anak terutama tentang kepentingan mengikuti peraturan. Atau bacalah peraturan permainan bersama anak-anak dengan kuat bagi memastikan mereka memahaminya.

• Alat keselamatan ~ alatan keselamatan (contoh: tali pinggang, palang peha, pelampung tangan) diujudkan bagi menjamin keselamatan. Pastikan anda dan anak-anak sentiasa menggunakannya dan memasang dengan kemas. Laporkan jika ia tidak dapat dipasang dengan betul.

• Kekal di tempat duduk ~ para penumpang sentiasa diingatkan untuk kekal di tempat masing-masing sehingga alat permainan betul-betul telah berhenti di perhentian yang sepatutnya. Elakkan daripada membuka alatan keselamatan atau keluar daripada tempat duduk sebelum ia berhenti betul.

jatuh

• Umur dan kesesuaian ~ setiap permainan dibina dengan ciri kesesuaian tersendiri. Ada yang khas untuk dewasa, kanak-kanak dan ada juga yang sesuai untuk sekeluarga. Patuhi setiap kesesuaian ini. Permainan khas untuk orang dewasa pasti tidak sesuai untuk kanak-kanak yang memungkinkan mereka tergelongsor keluar atau merasa terlalu takut.

• Had kemampuan ~ rancang permainan yang boleh dan mampu dilakukan oleh setiap ahli. Berhenti apabila penat dan berehat beberapa kali di antara permainan. Elakkan meletakkan anak-anak yang diketahui akan takut atau panik dan menangis apabila merasa tidak selamat dalam permainan yang dirasakan tidak sesuai. Mereka mungkin bertindak luar kawalan.

Taman tema mungkin menyeronokkan dan mengujakan tetapi anda harus bermain dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan anak-anak.

BERKAIT : Traveling with your little ones 

Taman tema sekitar Malaysia

Terkini, terlalu banyak taman tema diujudkan sekitar Malaysia. Kami kongsikan beberapa diantaranya yang boleh anda kunjungi sekeluarga.

jatuh

Taman Tema

• Cosmo’s World Theme Park, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
~ http://www.timessquarekl.com/themepark/

• Genting Highland Theme Park, Genting Highland, Pahang
~ http://www.gentinghighlands.info/theme-park.htm

Taman Tema Air

• Desa Water Park, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur
~ http://www.desawaterpark.com.my/

• A Famosa Water World, Alor Gajah, Melaka
~ http://afamosa.com/theme-park/water-world/

• Wet World Batu Pahat Village Resort, Batu Pahat, Johor
~ http://www.owg.com.my/wetworld.html

Keduanya dan banyak lagi

• Sunway Lagoon, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor
~ http://www.sunway.com.my/lagoon/index.asp

• Lost World of Tambun, Ipoh, Perak
~ http://www.sunwaylostworldoftambun.com/

• Legoland Theme Park, Nusajaya, Johor
~ http://www.legoland.com.my/

Rujukan:

Kid nearly falls from Genting theme park ride
Consumer Safety – General Amusement Ride Safety Tips

Jika anda pernah berhadapan dengan kejadian serupa di mana-mana taman tema di Malaysia, kongsikannya di ruangan komen di bawah :)