Satu tip mudah untuk hangatkan kembali hubungan seks anda lepas ada anak

Dengan petua hangatkan hubungan intim lepas ada anak dari suami isteri ini, anda tiada lagi alasan tak boleh "bersama" pasangan kerana sibuk dengan anak!

Hangatkan hubungan intim balik lepas ada anak

Selepas ada anak, semua masa dan usaha anda akan difokuskan untuk anak, betul kan? Sampai satu tahap, susah juga nak “bersama” suami ketika sibuk menjaga anak. Ada tak petua hangatkan hubungan intim balik yang mudah?

Ha… Ikuti petua hangatkan hubungan intim selepas ada anak dari sepasang suami isteri ini. Apa yang membuatkan petua dari Umairah* (bukan nama sebenar) ini amat unik adalah kerana ia mudah saja nak dibuat oleh mana-mana ibu bapa.

Jadi, tiada alasan lagilah kenapa anda tak boleh panaskan balik aksi di ranjang hanya kerana anda dan suami sudah beranak-pinak!

***

Saya sudah masuk usia 30-an dengan 2 orang anak. Dulu masa saya masih muda bergetah dan ramping, saya dan suami amat menggemari hubungan intim. Tapi sekarang, saya selalu penat, sibuk dengan anak-anak dan kerja.

hangatkan hubungan intimMemang saya seronok jadi seorang ibu. Tapi kadang-kadang saya cemburu apabila mendengar kawan-kawan saya yang seusia dengan saya tapi baru kahwin bercakap tentang hubungan “cinta” mereka. 

Saya dan suami pun asyik dilamun cinta juga dulu. Kami selalu bermesra diam-diam dan “amat nakal”. Tapi kini dek tanggungjawab dengan anak, kami sudah jarang berasmara. 

Bukan sebab tak bernafsu ke apa, tapi nak cari masa yang “betul-betul” sesuai untuk berasmara itu tiada. Ada saja penghalangnya!

Tanpa kami sedar, dengan 2 anak ini, kami hanya akan bersembang tentang jualan murah barang baby, takpun tentang lampin dan kesihatan anak saja. 

Jarang kami meluangkan masa untuk berdua-duaan. Nak capai klimaks dengan aksi hebat di ranjang? Lagilah bermimpi! 

hangatkan hubungan intim

Petua hangatkan hubungan intim balik lepas ada anak – berlaku jujur!

Walaupun kami sedar yang kami sudah kurang bermesra dan meluahkan tentang isi hati masing-masing, tapi saya dan suami tak pernah terlintas nak memperbaiki hubungan intim ini. 

Tapi satu hari, ketika saya dan suami tengah berbaring di sofa sambil menonton Game of Thrones, (dan anak saya sedang tidur sekejap), saya terlihat satu adegan “panas”.

Selepas habis scene itu, saya pandang suami dan saya tanya, bagaimana kami boleh hangatkan hubungan intim ini balik, walaupun lepas kami ada anak? 

Jawapannya satu saja – kami berjanji akan jujur jika rasa mahu melakukan seks

Dari perjanjian kami itu, saya dan suami berjanji kami akan meluangkan sedikit masa (5 minit pun tak apa!) untuk quickie sex

hangatkan hubungan intim

Sejak hari itu kami sedar powernya quickie sex ini. Selepas kami berasmara “dengan cepat” pada bila-bila masa kami berpeluang, kami akan lebih bertenaga selepas itu.

Malah ketika quickie sex juga, kami akan meluahkan perasaan secara kandid. Ia merapatkan lagi hubungan suami isteri! 

Sejak itu saya tak lagi merancang “special holiday” bagai untuk berasmara dengan suami.

Hangatkan hubungan intim lepas ada anak – quickie sex jawapannya!

Jadi, inilah nasihat saya untuk suami isteri merangkap ibu bapa di luar sana yang merasakan hubungan intim kalian sudah semakin hambar dan jarang berlaku, ikut tips atau petua saya ini. 

Lakukan quickie sex pada bila-bila masa, berbanding anda tunggu masa yang “sesuai”. Sampai bila-bila pun masa yang “sesuai” itu tak akan tiba, melainkan anak anda sudah besar dan masuk ke sekolah!

Selagi tak cuba, selagi itu anda tak tahu apa powernya quickie sex ini. 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Psst! 10 Tip Untuk Berasmara Diam-Diam Selepas Anak Anda Tidur