Hari Raya 'round' kedua: Jom balik kampung!

lead image

Tak sabar nak balik kampung? Dapatkan tip-tip balik kampung dalam artikel kali ini bagi membantu anda mendapatkan ketenangan fikiran dan keyakinan di sepanjang perjalanan balik kampung anda.

 

Raya masih berlanjut!

beraya

1. Keselamatan rumah

Wujudkan suasana rumah berpenghuni seperti lampu dan radio terpasang. Gunakan penetap masa (timer) agar lampu atau radio boleh dihidupkan secara berkala sepanjang hari.

Walau bagaimanapun, elakkan membiarkan lampu luar terpasang sepanjang masa kerana ini memberi petanda ketiadaan orang di rumah.

Cabut talian telefon rumah jika ada bagi mengelakkan ianya berdering panjang tanpa berjawab kerana ini juga menandakan rumah itu kosong.

2. Hentikan langganan suratkhabar/majalah

Suratkhabar atau majalah yang banyak berselerak di laman rumah boleh meyakinkan pencuri bahawa rumah itu memang tiada orang. Oleh itu, hentikan langganan akhbar atau minta tolong jiran anda simpankan majalah-majalah yang dihantar secara berkala ke rumah anda.

BERKAIT: Etika berbelanja untuk keperluan Hari Raya

 3. Maklumkan pada jiran dan polis akan ketiadaan anda

Sekiranya jiran anda tidak ke mana-mana pada musim perayaan ini, maklumkan pada mereka tarikh ketiadaan anda dan mintalah mereka tolong perhatikan keadaan rumah anda.

Jangan lupa memberikan nombor yang boleh dihubungi semasa anda di kampung sekiranya berlaku kecemasan dan nombor yang biasa anda gunakan itu tidak dapat dihubungi.

Selain itu, anda boleh daftarkan ketiadaan anda itu di balai polis berhampiran menggunakan Borang Balik Kampung yang boleh didapati di balai polis tersebut.

Sekiranya kawasan tempat tinggal anda itu mempunyai pengawal keselamatan, elok juga jika mereka turut dimaklumkan akan ketiadaan anda.

beraya

4. Jangan umumkan ketiadaan anda di laman sosial

Orang kata, rambut sama hitam, hati lain-lain. Jangan sekali-kali ‘update’ status facebook atau tweeter anda yang anda kini tiada di rumah, kerana anda tidak tahu berapa ramai ‘hackers’ di luar sana.

Selain ‘status update’, gambar-gambar yang anda muat naik ke laman sosial juga boleh memberi petunjuk yang anda kini tiada di rumah. Oleh itu, jika ingin berkongsi gambar raya, tunggulah sehingga anda telah pulang ke rumah anda.

5. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik

Servis kenderaan anda sebelum balik kampung. Sekiranya kereta anda telah menjalani servis berkala, lakukan pemeriksaan ringkas sekali lagi sebaik sahaja sebelum memulakan perjalanan.

Jangan lupa periksa tekanan angin tayar kenderaan kerana tayar yang terkurang atau terlebih angin boleh membahayakan pemanduan anda.

BERKAIT: Tips when you’re flying with children

6. Perjalanan selesa bersama anak-anak

Perjalanan yang biasanya mengambil masa hanya dua jam untuk sampai boleh menjadi empat atau lima jam atau lebih dek kerana kesesakan lalulintas di musim perayaan. Oleh itu, adalah penting anda memastikan keselesaan anda sekeluarga terutamanya anak-anak, di sepanjang perjalanan balik kampung anda.

Pastikan anda membawa kit pertolongan cemas bersama anda. Selain itu, bawa juga bekalan ubat-ubatan yang penting seperti paracetamol dan lain-lain keperluan ubatan anak anda. Manalah tahu, perjalanan yang panjang itu mungkin menyebabkan anak anda pening atau mabuk kereta.

Bawa bekalan makanan seperti roti,  biskut, air milo/susu kotak, sandwich dan lain-lain snek berkhasiat supaya anak anda tidak merengek kelaparan sekiranya tiada tempat untuk berhenti makan.

BERKAIT: Traveling with your little one

7. Jangan biarkan anak-anak bosan dalam perjalanan

Kanak-kanak sememangnya aktif dan apabila terpaksa duduk diam dalam tempat yang terhad untuk jangka masa yang lama pastinya membosankan dan membuatkan mereka resah gelisah.

Bawa barang permainan kegemaran mereka supaya mereka tidak bosan dan masih boleh beraktiviti walaupun perjalanan agak lama. Sekiranya mereka minat membaca, bawa bahan bacaan yang agak panjang agar mereka dapat mengisi masa perjalanan yang lama itu dengan membaca.

Bagi yang menaiki kenderaan awam seperti keretapi, bas atau kapal terbang, kalau boleh sediakan satu barang permainan atau bahan bacaan yang baru untuk mereka dan hanya keluarkannya apabila mereka telah benar-benar bosan dan gelisah atau menunjukkan tanda-tanda stress. Mereka pasti ceria kembali kerana mereka mempunyai sesuatu yang baru untuk diterokai!

BERKAIT : 10 tempat 'shopping' KL mesti dikunjungi!

 

SELAMAT HARI RAYA!