Hati-hati Membawa Bayi Naik Motor! Bayi Boleh Terperangkap di Jari-Jari Tayar

lead image

Jom tonton video usaha menyelamatkan bayi yang terperangkap di jari-jari tayar motosikal ini. Jangan sampai kemalangan seperti ini terjadi pada buah hati kita ya, ibu ayah!

Ibu bapa membawa bayi naik motor adalah pemandangan yang biasa di Malaysia. 

Terdapat lebih daripada satu peristiwa malang yang membabitkan bayi yang menaiki motosikal bersama ibu bapanya.

Seperti peristiwa yang terjadi di desa Sogaeadu, Nias, Sumatera Utara, ini.

Seorang bayi terperangkap pada jari-jari motor kerana kain yang menutupi tubuhnya tersangkut ketika motor sedang bergerak laju.

Video percubaan menyelamatkan bayi malang tersebut ada dirakam dan dimuatnaik ke laman Youtube.

Kelihatan beberapa orang awam sedang berusaha melepaskan bayi yang menangis dari jari-jari tayar.

Khabar baiknya adalah bayi tersebut berjaya diselamatkan dan telah segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Video usaha menyelamatkan bayi dari jari-jari motor tersebut dapat ditonton di sini:

Bagi ibu bapa yang kerap membawa bayi naik motor, mari lebih berhati-hati ya!

Jangan sampai kejadian seperti ini terjadi pada si kecil kita.