Herpes membunuh bayi ini! Jangan biar bayi baru lahir dicium sembarangan

Herpes membunuh bayi ini! Jangan biar bayi baru lahir dicium sembarangan

Tiada siapa sangka jangkitan herpes pada bayi meragut nyawa bayi baru lahir ini. Hati-hati ibu, jangan biar bayi baru lahir anda dicium atau disentuh sembarangan!

Jangkitan herpes pada bayi

Pasangan John dan Louise Wills hanya dapat bersama bayi mereka yang baru lahir, Eibhlin seketika saja. Kejadian yang tidak disangka yakni herpes pada bayi telah meragut nyawa Eibhlin. Awalnya, mereka tak sangka langsung sebarang masalah! 

Apabila Eibhlin menunjukkan tanda-tanda tidak sihat, kedua ibu bapanya tidak berfikir banyak. Lebih-lebih lagi kerana John, si bapa baru lepas mengalami selsema. Jadi mereka menganggap mungkin Eibhlin terkena jangkitan si bapa.

Walaubagaimanapun, warna kulit Eibhlin berubah dan jadi semakin teruk, maka mereka segera ke hospital. Menurut Mama Mia, John dan Louise tidak menjangka anaknya sakit kerana kes herpes pada bayi. 

herpes pada bayi

Yang menyedihkan, beberapa jam selepas mereka tiba di wad kecemasan, Eibhlin diisytiharkan meninggal dunia.

Bayi kecil itu meninggal dunia seminggu selepas dibawa pulang ke rumah. 

"Dia telah diserahkan kepada Louise dan saya membungkusnya dengan selimut, matanya tertutup rapat," beritahu John kepada Mama Mia.

Bertambah sedih apabila pasangan itu mendapat tahu yang bayi mereka meninggal dunia akibat virus herpes. Pihak hospital telah cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan Eibhlin, tapi ia sudah terlambat.

Sentuhan pada bayi baru lahir boleh menyebabkan jangkitan herpes pada bayi

Herpes membunuh bayi ini! Jangan biar bayi baru lahir dicium sembarangan

Tiada siapa yang benar-benar tahu bagaimana Eibhlin terdedah kepada virus itu, tapi ibu bapanya menyangka ia dari seseorang di hospital. Ya, dari hospital, di tempat yang sepatutnya paling selamat untuk bayi baru lahir.

Seseorang mungkin terpegang Eibhlin atau tertumpah sesuatu ke atasnya. Mungkin dengan cara itu jangkitan herpes pada bayi boleh merebak.

Kes Eibhlin telah disebut sebagai Disseminated Neonatal Herpes Simplec Virus 1, yang menyebabkan kegagalan beberapa organ tapi tidak menunjukkan simptom hingga ia terlewat. Apabila simptom muncul, ia sudah merosakkan usus dan hatinya!

Kini, John dan Louise menggunakan pengalaman mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang jangkitan herpes pada bayi dan akibat buruknya.

herpes pada bayi Jangan benarkan orang asing mencium atau menyentuh bayi baru lahir anda sembarangan. Jangkitan herpes pada bayi amat berbahaya!

Apa itu jangkitan herpes pada bayi atau 'cold sore'?

Berpunca dari virus simplex herpes, jangkitan herpes pada bayi akan menimbulkan kesan melepuh di keliling mulut mereka. Selalunya walaupun tanpa rawatan, ia akan hilang selepas 7 hingga 10 hari.

Menurut NHS, seseorang yang dijangkiti virus ini tidak akan menunjukkan simptom hinggalah beberapa hari kemudian. Ia selalu bermula dengan rasa gatal-gatal, panas atau pedih di keliling mulut.

Kesan lepuh berisi air kemudiannya akan muncul terutamanya pada hujung bawah bibir. Ia lebih mudah dijangkiti jika pecah, tapi sekiranya sudah kering, ia masih boleh berjangkit kepada orang lain.

Elakkan berinteraksi secara rapat sekiranya anda risau dengan herpes hinggalah ia benar-benar sembuh dan hilang. 

 

 

Sumber: theAsian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.

Penulis

Aqma

Artikel(Cerita)
app info
get app banner