HFMD BAWA MAUT! Budak 2 tahun mati kerana pneumonia lepas dijangkiti HFMD

lead image

Penyakit HFMD Malaysia makin parah. Seorang budak dilaporkan maut akibat jangkitan paru-paru yang teruk selepas dijangkiti HFMD sehari sebelumnya!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang status dan bahaya HFMD Malaysia kini. 

Pada tanggal 28 Julai lalu, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 5 bulan, berasal dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah, Sarawak dilaporkan maut disyaki gara-gara HFMD Malaysia. 

Kanak-kanak itu dilaporkan mengalami demam pada 24 Julai 2018 dan menunjukkan tanda-tanda penyakit HFMD serta ulser dalam mulutnya pada 25 Julai 2018. 

Ibu mangsa kemudiannya membawanya ke Klinik Kesihatan Daro untuk mendapatkan pengesahan. Mangsa didiagnosis dengan penyakit HFMD sebelum diberi rawatan. 

Status HFMD Malaysia: Seorang kanak-kanak maut

penyakit HFMD, HFMD Malaysia, HFMD di Malaysia, virus HFMD, simptom HFMD, tanda HFMD

Kredit: FMT

Namun menurut Ketua Pengarah Kesihatan, pada 27 Julai 2018 malam, kanak-kanak tersebut dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Daro dalam keadaan tidak stabil dan telah dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut. 

Pada pagi 28 Julai, mangsa maut dan penyebab kematian disahkan kerana jangkitan paru-paru yang teruk (severe pneumonia) selepas jangkitan HFMD

Sampel klinik telah diambil untuk mengesahkan penyebab kematian.

Sehari sebelum berita yang menggemparkan ini, seorang pakar kesihatan dari Bahagian Kawalan Penyakit, Dr Norita Shamsudin memberitahu Free Malaysia Today bahawa penyakit HFMD boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. 

penyakit HFMD, HFMD Malaysia, HFMD di Malaysia, virus HFMD, simptom HFMD, tanda HFMD

Kredit: KKM

Menurutnya, 

“Jangkitan virus, terutamanya virus Enterovirus (EV71) yang menyebabkan HFMD di Malaysia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi maut.

Contohnya seperti dehidrasi, keradangan otak, kegagalan jantung dan paru-paru, malah kematian.”

Justeru itu, kini, pihak KKM menasihati orang ramai terutamanya ibu bapa dengan kanak-kanak kecil mengambil langkah berjaga-jaga berikut untuk mengurangkan risiko penyakit HFMD Malaysia.

Penyakit HFMD boleh menjangkiti sesiapa saja, termasuklah orang dewasa. Namun, 90% daripada kes HFMD berlaku pada kanak-kanak bawah lima tahun.

Langkah mencegah HFMD Malaysia

Kredit: KKM

  • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas guna tandas, menyediakan makanan, menukar lampin dan mencuci najis bayi
  • Tutup mulut dan hidung masa batuk atau bersin
  • JANGAN KONGSI barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan, garfu, dan sudu
  • Sentiasa kekalkan kebersihan di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah, dan persekitarannya.
  • Basuh semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi, lantai, dan sebagainya, yang telah tercemar dengan air liur kanak-kanak.
  • Bawa kanak-kanak ke klinik atau hospital terdekat jika mereka mempunyai tanda-tanda atau simptom jangkitan.
  • Ibu bapa dinasihatkan agar tak bawa anak-anak ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar, pusat membeli-belah, stesen bas, dan lain-lain.
  • Untuk ibu bapa dengan kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda atau gejala jangkitan, jangan hantar kanak-kanak tersebut ke pusat jagaan kanak-kanak, taska, tadika atau sekolah. Kanak-kanak yang sakit harus dibawa ke klinik untuk rawatan.

Semoga maklumat ini cukup bermanfaat untuk ibu bapa semua. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan anda yang lain.

Sama-sama kita mencegah HFMD daripada semakin merebak dan meragut nyawa orang tak bersalah. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia, Astro Awani, World of Buzz

Baca juga:

HATI-HATI, virus HFMD kini merebak pada orang dewasa pula!