Anak Hidung Berdarah, Patutkah Ibu Risau? Ini Cara Merawatnya

Hidung berdarah kadangkala nampak menakutkan, tetapi masalah ini sebenarnya perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak. Ianya bukan keadaan yang serius, dan mudah dirawat.

Tahukah ibu bapa sebab utama mengapa kanak kanak hidung berdarah adalah kerana tabiat mengorek hidung? Tetapi apakah yang menyebabkan anak suka korek hidung?

Rembesan hidung kanak-kanak yang terdedah kepada udara kering akan kering menjadi keras, dan membentuk kerak. Kerak ini tidak selesa, dan kanak-kanak akan cuba untuk mengeluarkannya dengan mengorek hidung dengan menggunakan jari mereka. Tabiat ini boleh menyebabkan kecederaan pada salur-salur darah di dalam hidung sehingga luka dan pendarahan berlaku.

Punca Lain Kanak Kanak Hidung Berdarah

kanak kanak hidung berdarah Hembuskan hidung dengan perlahan untuk mengelak kanak kanak hidung berdarah. Sumber: pamfblog.org

Tetapi bukan itu sahaja punca kanak kanak hidung berdarah. Terdapat sebab-sebab lain juga mengapa ini boleh berlaku:

  • Trauma - hidung yang terhantuk pada sesuatu yang keras ataupun selepas ditumbuk, akan cedera dan menyebabkan pendarahan. Ini tidak semestinya bermakna batang hidung itu patah atau apa-apa yang serius telah berlaku.
  • Jangkitan sinus, alahan, atau demam selesema yang teruk - hidung yang tersumbat teruk atau terdapat apa-apa yang merengsakan hidung juga boleh mengakibatkan kanak kanak hidung berdarah. Terutamanya apabila anak menghembus hidung dengan terlalu kuat.
  • Udara kering - rembesan hidung akan menjadi kering sehingga menyebabkan anak suka korek hidung.
  • Jangkitan bakteria atau impetigo - lapisan dalam hidung mudah terdedah kepada jangkitan daripada bakteria. 
  • Masalah pembekuan darah - Jangan bimbang, keadaan ini jarang berlaku, kecuali didiagnosis oleh doktor.

Cara untuk merawat kanak kanak hidung berdarah

kanak kanak hidung berdarah sumber: Slideshare.net

  1. Galakkan anak menghembus hidung dengan perlahan, untuk mengeluarkan ketul-ketulan darah beku.
  2. Kemudian, dudukkan anak dengan keadaan menyandar ke depan, dan tekan bahagian hadapan hidung  (bahagian yang lembut dan bukan batang hidung) dengan mengunakan ibu jari dan jari telunjuk selama 10 minit.
  3. Galakkan anak untuk bernafas melalui mulutnya.
  4. Letakkan tuala sejuk atau kain yang berisi ais batu pada dahi dan bahagian atas hidung. Ini dapat menolong untuk mengecutkan salur-salur darah di hidung, dan menghentikan perdarahan dengan lebih cepat.
  5. Sekiranya perdarahan tidak berhenti, bawa anak untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Bawa anak ke hospital dengan segera jika anak berasa pening, nampak pucat, atau terdapat perdarahan yang tidak terkawal dan berterusan.

Sumber: Ask Dr Sears, NHS

Baca juga:

5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu