Normal Ke Jika Hidung Anda Kerap Berdarah Semasa Mengandung?

Normal Ke Jika Hidung Anda Kerap Berdarah Semasa Mengandung?

Adakah anda kerap mengalami hidung berdarah ketika hamil? Adakah ia normal? Apa cara untuk merawatnya? Ketahui tentang hidung berdarah dalam artikel ini.

Antara beberapa perubahan ketika hamil yang anda perlu tahu adalah sistem peredaran darah kian berkembang dan badan akan menghasilkan banyak darah hingga boleh menyebabkan hidung berdarah ketika hamil.

Jika anda alami perkara yang sama, ini penjelasannya dan cara rawatan untuk hidung berdarah saat hamil. Semoga ia berguna.

Adakah hidung berdarah ketika hamil normal?

hidung berdarah semasa hamil, hidung berdarah saat hamil, hidung berdarah, hidung berdarah ketika hamil, pendarahan hidung, hidung kerap berdarah, rawatan hidung berdarah

Pendarahan hidung sangat biasa ketika hamil. Pendarahan mungkin berlaku dari satu atau kedua-dua belah hidung. Biasanya, perkara ini bermula pada trimester kedua dan berlarutan hingga ke akhir kehamilan.

Apa yang menyebabkan hidung berdarah ketika hamil?

Hidung berdarah boleh berlaku kerana:

  1. Saluran darah berkembang: Apabila bekalan darah dalam badan meningkat, saluran darah akan berkembang dan menipis. Penambahan tekanan pada saluran darah akan senang pecah lalu terjadinya pendarahan.
  2. Alahan: Kebarangkalian anda dapat hidung berdarah lebih tinggi jika anda ada alahan dan menggunakan spray hidung. 
  3. Demam atau jangkitan: Jika anda demam atau ada jangkitan dalam hidung, membran mukus akan jadi kering dan saluran mudah pecah. 
  4. Kawasan persekitaran kering: membran mukus dalam hidung akan kering dengan cepat di udara yang sejuk dan kering, bilik berhawa dingin, dan dalam kapal terbang. Ia akan meningkatkan risiko hidung berdarah.
Bagaimana untuk hentikan hidung berdarah saat hamil?

hidung berdarah semasa hamil, hidung berdarah saat hamil, hidung berdarah, hidung berdarah ketika hamil, pendarahan hidung, hidung kerap berdarah, rawatan hidung berdarah

  • Duduk dan depankan badan. Kepala anda perlu berada lebih atas dari jantung.
  • Guna ibu jari dan jari telunjuk untuk memicit hidung. Oastikan bawah hidung berada dalam posisi terangkat sedikit.
  • Bernafas menggunakan mulut dan picit hidung selama 10-15 minit tanpa melepaskan tekanan. Ia akan buat darah kering dalam hidung dan bukan di tekak.
  • Duduk atau berdiri dengan tegak untuk mengurangkan tekanan darah di dalam hidung dan mencegah pendarahan berterusan.
  • Letakkan pek ais pada batang hidung.
Jangan dongakkan kepala atau baring kerana ia boleh buat anda telan atau hirup darah dan buat anda rasa mual.

Jika pendarahan tak berhenti selepas 15 minit, letakkan pek ais. Anda boleh terus memegang pek ais di batang hidung selama 10-15 minit.

Ini untuk mengelakkan hidung berdarah semula dalam masa 24 jam.

Walaupun hidung berdarah adalah perkara yang tak membimbangkan, ada beberapa perkara yang memerlukan anda untuk berjumpa dengan doktor secepatnya.

Hidung berdarah saat hamil: Bila anda perlu berjumpa doktor?

hidung berdarah semasa hamil, hidung berdarah saat hamil, hidung berdarah, hidung berdarah ketika hamil, pendarahan hidung, hidung kerap berdarah, rawatan hidung berdarah

Dalam beberapa kes, pendarahan hidung boleh jadi simptom masalah kesihatan lain dan anda perlukan diagnosis dari doktor.

Anda perlu berjumpa doktor jika:

Doktor akan periksa keadaan anda dan berikan anda rawatan sewajarnya.

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mom Junction

Baca juga:

Posisi tidur semasa hamil yang boleh buat bayi maut dalam kandungan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner